Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Thursday 28 February 2013

Surat Cinta Pemimpin DAP? Dengan Siapa? Jom Pakat- pakat Baca Oiii

HIASAN

Anak Jati Malaya mendapat info berkenaan fanpages fb Buletin Mutiara cuba untuk mengembalikan keyakinan rakyat setempat dengan menyebarkan gambar yang dikatakan surat penuh penghargaan oleh penduduk kawasan Westland yang berpuas hati dengan cara pemerintahan yg dijalankan DAP.


Seperti yang admin paparkan di atas, gambar ini dikatakan adalah surat penghargaan menurut media arus Pakatan Rakyat itu.


Persoalan yang admin timbulkan di sini, sekiranya benar ia merupakan sebuah surat penghargaan, kenapa pula menggunakan kertas yang boleh disifatkan sebagai kertas tandas?

Adakah penghargaan itu sekadar untuk menempelak sikap tidak acuh kerajaan DAP?

LAGI:SUMBER


Ustaz Palsu Jadi duta Maggi?

sekadar Hiasan.



Walaupun diberi akal untuk berfikir, ada ketikanya manusia boleh percaya dan yakin pada perkara yang paling tidak diterima akal, termasuk membenarkan isteri ditiduri lelaki lain, konon sebagai cara untuk menghapuskan dosa.

Kita pernah mendengar suami melacurkan isteri untuk mendapatkan wang, atau menebus hutang. Tetapi belum ada suami menyerahkan isteri tercinta kepada lelaki lain semata-mata untuk membuang dosa.

Lebih teruk lagi lelaki yang meniduri isteri orang itu mengaku dirinya alim dan mendakwa mempunyai mukjizat sehingga boleh bercakap dengan malaikat dan ALLAH. Dia mendakwa dirinya Imam Mahdi.

Itulah dilakukan oleh ‘Ahmad 100’, gelaran yang diberikan kepada seorang lelaki penyebar ajaran songsang yang kini dikatakan aktif di Kuala Lumpur. Seperti dilaporkan media, Ahmad sedang mencari 25 pengikut untuk dijadikan penggerak utama ajaran tersebut.

Antara prasyarat menjadi pengikutnya ialah, seseorang itu mesti bernafsu tinggi sehingga boleh berkahwin dengan 13 wanita dan bersedia menyerahkan isteri untuk ditiduri Ahmad. Jika isteri berkenaan gagal menaikkan syahwat Ahmad, suaminya tidak layak menjadi ahli ajaran tersebut.

Memang tidak masuk akal, tetapi ada yang terpengaruh. Salah seorang pernah menjadi pengikut ajaran ini mengaku jahil agama, sehingga termakan pujuk ketua ajaran tersebut tanpa sebarang was-was.

WAJIB BACA:KETUA WIRA PERKASA MALAYSIA MEMBUAT LAPORAN POLIS Terhadap P. BALASUBRAMANIAM??




KETUA WIRA PERKASA MALAYSIA SDR. IRWAN FAHMI TELAH MEMBUAT SATU LAPORAN POLIS TERHADAP PENYIASAT PERSENDIRIAN P.BALASUBRAMNIAM JAM 2.30 PETANG TADI DIBALAI POLIS DANG WANGI KUAL LUMPUR..

LAPORAN BELIAU SEPERTI DIBAWAH..
MEMBUAT LAPORAN POLIS KERANA SAYA TELAH MEMBACA BANYAK LAPORAN DALAM AKHBAR-AKHBAR MENGENAI DENGAN SEORANG PENYIASAT PENSENDIRIAN BERNAMA P. BALASUBRAMANIAM YANG MENDAKWA/MENUDUH Y.A.B  DATO’  SERI MOHD. NAJIB PERDANA MENTERI MALAYSIA TERLIBAT DALAM KES PEMBUNUHAN MODEL MONGOLIA ALTANTUYA SHARIBUU. P. BALASUBRAMANIAM JUGA SEBELUM INI TELAH MELARIKAN DIRI KE LUAR NEGARA DAN MEMBURUK-BURUKAN NAMA BAIK PERDANA MENTERI DAN MALAYSIA. MENGIKUT LAPORAN-LAPORAN AKHBAR, PADA 27/2/2013  BAHAWA P. BALASUBRAMANIAM TELAH KEMBALI KE MALAYSIA PADA 24/2/2013  DENGAN DISAMBUT OLEH BEBERAPA ORANG PEGUAM DARI PARTI PEMBANGKANG TERMASUKAN R. SIVARASA DAN LAIN-LAIN. R. SIVARASA ADALAH SEORANG AHLI PARLIMEN YANG ADA KAITAN DENGAN SEBUAH ORGANISASI BERANAMA SUARAM YANG MENDAPAT DANA ASING MELALUI SUARA INISIATIF SDN. BHD. DENGAN ITU, OLEH KERANA DAKWAAN P. BALASUBRAMANIAM SANGAT SERIUS, SAYA MENGGESA PIHAK POLIS MENYIASAT DAKWAAN-DAKWAAN P.BALASUBRAMANIAM ITU. SEKIRANYA P.BALASUBRAMANIAM TIDAK DAPAT MEMBERI BUKTI YANG KUKUH DAKWAANNYA, PIHAK POLIS HENDAKLAH MENDAKWA BELIAU KERANA SENGAJA MENYEBARKAN FITNAH TERHADAP SEORANG PERDANA MENTERI NEGARA INI. SAYA JUGA MENGGESA PIHAK POLIS MENDAKWA MEREKA-MEREKA YANG BERSUBAHAT DENGAN P. BALASUBRAMANIAM KERANA KESALAHAN YANG SAMA. SEKIAN LAPORAN SAYA.

Najib Umum Insentif Bulanan RM 10k Buat Blogger BN?


Pengamal media sosial perlu bersikap lebih matang dan bertanggungjawab apabila menggunakan kemudahan baharu itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Sambil menyatakan sikap optimistik beliau terhadap media sosial dan kesannya kepada masyarakat, Najib berkata, adalah sesuatu yang menyedihkan jika media sosial tidak terikat langsung dengan sebarang etika. 

Kata beliau, etika dan tanggungjawab yang datang bersama media sosial adalah sama pentingnya bagi masyarakat dalam memanfaatkan kepentingannya. 

"Adalah sesuatu yang menyedihkan sekiranya tidak wujud sebarang etika dalam konteks media sosial ini," katanya pada Minggu Media Sosial Malaysia anjuran Dewan Media Sosial Malaysia (MSMC) di sini semalam. 

Acara itu turut dihadiri Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim dan pengasas serta Presiden MSMC, Shahul Hameed Shaik Dawood. 

HEHEHE Jangan Marah ek...

Peristiwa 11 Bulan Perak dinerakakan siapa yang tahu???


Satu pertemuan mesra antara beberapa badan pertubuhan bukan kerajaan(NGO) dan YB Dato Hamidah telah dibuat di kediaman YB Dato Hamidah sendiri.

Walaupun perancangan ini dibuat begitu singkat tetapi komitmen semua pengerusi NGO terbabit begitu responsif terhadap perjumpaan yang cukup bermakna.

Ada diantaranya terpaksa datang dari kawasan yang agak jauh demi untuk berjuang bersama-sama dengan jentera pilihanraya Barisan Nasional.

Menurut salah seorang pengerusi sebuah NGO berkata, sudah sampai masa kami akan bersama-sama Barisan Nasional dalam mempersiapkan jentera pilihanraya PRU13 demi untuk mempertahankan tanahair kami daripada diragut oleh rejim cina DAP.

Pengalaman kami selama 11 bulan sudah cukup buat kami untuk mengetahui niat buruk rejim cina DAP dimana ada orang Melayu sanggup menjadi talibarut mereka.

Pergerakan kami disekat, penggunaan dewan orang ramai juga disekat, tadika ditutup demi menunjukkan betapa berkuasanya mereka iaitu rejim cina DAP memerintah negeri yang majoriti orang Melayu.

Semua permohonan tanah yang dibuat oleh orang Melayu juga dibatalkan sebaik sahaja mereka mengambilalih pemerintahan negeri Perak.

Kini sudah cukup rakyat mengenali siapa mereka yang sebenar, siapa talibarut mereka dan siapa pencacai mereka.

Kami NGO-NGO seluruh Dun Sungai Rapat berikrar akan bersama YB dato Hamidah dalam mempertahankan kerusi Dun Sungai Rapat demi Agama, bangsa dan Tanahair.

Kami tidak akan biarkan Barisan Nasional/UMNO menghadapi pilihanraya paling getir ini secara bersendirian dan kami rela luangkan masa dan tenaga kami untuk bersama-sama membantu BN/UMNO dalam PRU13 nanti.

Kemenangan BN/UMNO adalah kemenangan rakyat juga dan jika kalah rakyat juga akan menderita dibawah pemerintahan rejim cina DAP ala komunis.

Mahasiswi pro- berperangai kurang senonoh??


Nak dijadikan cerita sekumpulan mahasiswi UKM yang membuat ‘Perhimpunan Aman’ di perkarangan Dewan Canselor Tun Abdul Razak petang tadi semata-mata untuk menunjukkan betapa besar kepalanya mereka yang baru setahun jagung dalam dunia politik negara.

Lebih memalukan, kira-kira 10 orang mahasiswi terbabit yang menggelarkan diri sebagai kumpulan AKSIS UKM kononnya cuba meraikan kedatangan Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang datang ke institusi berkenaan bagi menghadiri Majlis Legacies of Women Forum dengan cara yang amat biadap.
Inilah masalahnya apabila wujudnya sesetengah golongan mahasiswi yang hanya pandai bercakap tetapi tidak tahu berfikir. Menuduh pihak lain dengan 1001 macam fitnah dan meminta pihak itu untuk memberi jawapan mengikut acuan mereka sahaja.

Kedengaran mahasiswi ini meminta Rosmah supaya menjawab persoalan mengenai isu pembelian cincin serta barangan jenama yang digunakan oleh isteri pemimpin nombor satu negara itu sedangkan perkara itu telah lama dilakukan oleh Rosmah.

Selepas isu berkaitan pembelian cincin berlian serta barangan jenama lain, bukankah Rosmah sudah menjawab persoalan ini berulang-ulang kali dalam ucapannya. Nampaknya pelajar-pelajar ini tidak membuat sebarang persediaan sebelum melontarkan suara.

Salah seorang mahasiswi berkenaan yang difahamkan ketua kepada perhimpunan aman tersebut kemudiannya membuat laungan kononnya kumpulan itu hanya berhimpun untuk melontarkan pandangan mereka.

Namun, apa yang peliknya apabila salah seorang pensyarah institut terbabit mencadangkan mereka mengadakan pertemuan bersama Rosmah selepas majlis yang dihadirinya lantas lain pula yang dijawab.
“Isu ini sudah lama, mengapa baru sekarang Rosmah nak jawab.“Kami mahu Rosmah turun ke perkarangan dewan ini untuk berjumpa kami dan membuat sidang media,” kata salah seorang wakil Aksis UKM.

Tidakkah permintaan ini menunjukkan kebiadapan seorang pelajar terhadap seseorang yang boleh dianggap sebagai ibu apatah lagi wanita itu adalah isteri pemimpin negara.Kalaupun tidak mahu menghormati Rosmah sebagai isteri Perdana Menteri maka hormatilah wanita itu sebagai orang yang lebih berumur.

Dimanakah hilangnya adab menghormati orang tua di kalangan pelajar-pelajar ini.
Sudahlah tidak ada adab dengan orang tua, bertambah teruk mahasisiwi ini menambah lagi keangkuhan mereka terhadap Rosmah dengan membuat fitnah kononnya beliau lari dari menemui pelajar itu melalui pintu belakang.
Berikut adalah antara artikel dari AKSIS UKM yang PerakToday.com temui:
“Isteri PM Terpaksa Keluar Pintu Belakang Elak Jumpa Mahasiswi

“Tahniah kepada Gerakan Mahasiswi UKM yang tampil menyatakan protes kepada DS Rosmah hari ini di UKM. Selepas Najib minggu lepas dikepung mahasiswa di Terengganu, hari ini Rosmah terpaksa melarikan diri melalui pintu belakang dengan kereta yang lain untuk tidak bertemu mahasiswi.

Sekali lagi, hasrat mahasiswa/i dikecewakan orang penting negara. Mereka terlalu takut. Kalau tak salah, kenapa mahu lari? “

Sejauhmanakah kebenaran kenyataan mahasiswi ini yang menyatakan Rosmah lari dari pintu belakang kerana enggan menemui mereka.

Disaksikan puluhan manusia di kalangan wartawan, anggota polis yang bertugas, kakitangan serta pensyarah UKM dan beberapa pelajar yang kebetulan melalui dewan berkenaan yang melihat keberangkatan pulang Rosmah ketika perhimpunan AKSIS itu berlangsung melalui pintu hadapan UKM.

Nak dikatakan buta, tetapi pelajar-pelajar ini sudah sah kecelikannya. Namun masih membuat onar terhadap orang lain.Apa gunanya bertudung labuh, apa gunanya memakai purdah sekiranya sibuk membuat tuduhan terhadap orang lain tanpa sebarang bukti.

Ketika wakil mahasiswi berkenaan sibuk menyatakan tuntutan mereka terhadap Rosmah, kedengaran pelajar lain yang menuntut supaya Aksis mengemukakan bukti dalam setiap tuntutan mereka.Mendengar laungan tuntutan bukti tersebut, lantas wakil mahasiswi berkenaan menyatakan pelajar-pelajar berkenaan tidak membuka fikiran mereka seluas-luasnya.

Keadaan itu menimbulkan suasana yang agak aneh dimana para pelajar UKM lain yang kurang bersetuju dengan tindakan Aksis mentertawakan wakil mahasiswi terbabit kerana pada pandangan mereka golongan berkenaan sebenarnya sengaja mencari publisiti.

Dari jauh mereka berkata:“Jangan cakap kosong…cakap dengan bukti, kami pun mahasiswi dan mahasiswa UKM. Kami nak BUKTI tentang tuntutan Aksis.“Jangan malukan UKM kalau nak cakap tak ada bukti.“Kalau berani nak buat tuntutan kenapa semua tutup muka..berani kerana benar, wajah atau muka kita bukan aurat,” kata mereka.

Perhimpunan itu kemudiannya bersurai setelah pengawal keselamatan UKM meminta peserta yang terlibat untuk menunjukkan kad pelajar masing-masing.Difahamkan terdapat kemungkinan sebahagian besar mahasiswi yang terlibat bukan pelajar UKM.

Kerana tiada kemaluan,sanggup dibunuh?



JAKARTA – “Kalau alat kelamin tak ada, lebih baik mati saja,” begitu kata seorang ibu berusia 38 tahun dalam keterangan kepada polis ketika mengaku membunuh anak lelakinya berusia tujuh tahun kerana malu dengan jiran-jiran di Jatinegara, Cakung, Jakarta Timur pada Selasa.

Dalam kejadian di rumahnya itu pada tengah hari ini, wanita itu dilaporkan telah membenam kepala kanak-kanak itu ke dalam baldi berisi air sehingga tidak bernyawa.

Ibu itu juga mengikat tangan dan kaki anaknya agar dia tidak meronta.

Dia telah menyerah diri di balai polis dan mengaku melakukan pembunuhan itu.

Seorang jurucakap polis dipetik oleh portal berita kompas.com sebagai berkata bahawa kanak-kanak lelaki itu telah melalui proses berkhatan di kampung halaman di Grobogan, Jawa Tengah, pada Disember lalu.

Setelah pulang ke Jakarta, wanita itu yang mendapati alat kelamin anaknya mengecil telah membawa anaknya ke sebuah pusat berkhatan di Bekasi, Jawa Barat.

Usaha itu tidak memberi hasil sebagaimana yang diharapkan sehingga menyebabkan dia berasa malu dengan jiran-jiran dengan keadaan zakar anaknya itu, kata jurucakap itu.

Selain motif perasaan malu, polis akan juga menyiasat motif lain dalam pembunuhan itu kerana jiran-jiran wanita itu tidak mengetahui masalah yang dialami kanak-kanak lelaki itu selepas dia berkhatan. – BERNAMA

Gambar Firaaauuun bagi bantuan ??


Dipetik daripada sumber Apple Biru ,Beliau ada mendedahkan beberapa keping gambar yang PAS kutuk dan hina Kerajaan BN macam firaun bagi BR1M pada rakyat tuh! Rakyat yang ambil BR1M  dihina seperti ayam dan lembu, tambah lagi Bodoh dan segala bagai. Gambar-gambar ini nak tunjuk siapa yang Firaun dan ayam dan lembu.. Adeehh!!


Lagi Gambar Di SINI

Misteri - Rakaman Cahaya Di German



Benar atau tidak?Wallahualam..Kisah atau cerita tentang UFO selama ni memang banyak dan ianya menimbulkan pelbagai tanggapan hinggakan ada di kalangan kita sendiri yang taksub dengan benda-benda misteri ni.Namun rakaman terbaru ini sudah pasti menggemparkan banyak pihak kerana objek misteri bercahaya di rakam dengan jelas melalui sebuah terowong di German.



Cerita Penuh SINI

Abby Abadi kena Taruh?


Padan muka! Mulut laser Ustazah Segera PAS ni elok ditampal je. Bagi sebijik baru dia tau. bak kata orang, selagi tak ditutup mulut atas bawah ni selagi itulah dia melalak. Kalau ya pun nak menyokong biar la berpada-pada. Jangan nampak bodoh tuli. Bak kata pengomen tweet Abby Bodoh ni, SPM Abby Abadi ni dapat berapa ek? Bagai anjing menyalak bukit. Adeehh! Pedas der! Padan Muka..ptuii!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...