Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Tuesday 22 January 2013

CINA PON HORMAT PADA NAJIB TUN RAZAK!


Malaysia dipilih sebagai venue pertama bagi kampus cawangan luar negara Universiti Xiamen pada 2015.
 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kampus cawangan itu akan dibina di tanah seluas 60.72 hektar di Salak Tinggi, dekat sini dan dijangka beroperasi pada September 2015.

"Kerajaan Malaysia telah memberi kelulusan secara prinsipnya kepada Universiti Xiamen untuk menubuhkan cawangan kampus luar negaranya yang pertama di sini.

"Jemputan ini begitu bersejarah kerana inilah kali pertama kerajaan China membenarkan sebuah universitinya menubuhkan kampus di luar negara," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan 30 minit dengan Presiden Universiti Xiamen, Prof. Zhu Chongshi dengan anggota delegasinya seramai 20 orang di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

#LISTEN KEZALIMAN MALAYSIA TERHADAP HAK RAKYAT!



Betul ke Malaysia ni negara yang kolot serta mundur dari segi pendidikan tinggi? Wajarkah anda berfikiran sedimikian? Anak Jati  berasakan Malaysia merupakan antara hab pendidikan rantau asia tenggara yang paling maju dan paling berpatutan, sehinggakan mampu menarik pelajar-pelajar asing dari negara Afrika dan Asia yang lain. 

Pikir-pikir lagi

Malaysia negara yang zalim? Tidak memberi bantuan yang sewajarnya kepada penduduk-penduduk seperti pendidikan percuma? Sejak bila United States of America memberi pendidikan percuma kepada mereka yang masuk ke pendidikan tinggi tanpa biasiswa? Dan di UK pendidikan percuma hanya di peringkat sekolah namun cukai yang ditagih dari rakyat UK berjulat 20-40% setiap bulan. Fikirkan lagi zalimkah Malaysia ini yang menawarkan pinjaman boleh ubah dan pelbagai bentuk biasiswa untuk pelajar yang cemerlang? 

Fikirkan lah wahai orang Malaysia, sekiranya zalim Malaysia, anda tidak akan mampu memperoleh seorang satu komputer, satu smartphone, satu tablet, dan pelbagai lagi kemudahan dan prasarana yang membantu pendidikan. Jangan disogok dengan kemajuan negara Jepun, US dan Eropah yang lain, haruslah kita sedar di kelompok mana Malaysia berada, dan kita berbangga Malaysia antara pemacu kelompok tersebut!

"Serangan Waktu Subuh" Tun M...


Tun M memang antara pemimpin negara yang terbaik diantara yang terbaik di Malaysia malah beliau juga boleh dikatakan dipandang tinggi dimata dunia. Budi & jasa beliau amat tinggi dan terpuji. Patutlah beliau di sanjung & menjadi ikon, rupanya insan bernama Mahathir Bin Mohamad ini seorang yang bijaksana dalam mentadbir negara.


Siapa kenal dia ? Nama beliau ialah Margaret Thatcher. Sepanjang karier beliau, beliau dikejutkan dengan rancangan genius oleh mantan PM kita yang tercinta, Tun Dr Mahathir.

Peristiwa ini masih diingati oleh dunia dan dikenali dengan nama, "Serangan Subuh." Pada september 1981, Tun Dr Mahathir telah menghantar empat orang anak Melayu antaranya ialah Ku Li dan Ghaffar Baba.
Tun Dr Mahathir telah mengarahkan kajian yang begitu teliti dijalankan ke atas undang-undang pelaburan British. Rancangan Tun Dr Mahathir ialah untuk mendapat kembali tiga buah syarikat yang dahulunya milik Malaysia, tetapi telah dirampas oleh British.

Guthrie, Sime Darby dann Golden Hope telah berjaya kembali kepada tangan anak Malaysia, dengan pembelian secara senyap oleh Malaysia ke atas saham British di London Stock Exchange pada waktu subuh tanpa disedari sesiapa.

Apa yang menariknya, kejayaan Tun membawa kembali 3 syarikat ini ke tangan anak Malaysia telah membawa pulangan 36 Bilion ditambah pula dengan tanah di dalam dan luar negara kepunyaan Guthrie.
Margeret Thatcher amat bengang dengan kejatuhan syarikat British yang berusia lebih 200 tahun ke tangan Malaysia (ladang Guthrie pun dahulunya milik Malaya). Beliau hanya tahu seminggu selepas peristiwa tersebut. Ianya jadi pengajaran yang amat berguna kepada PM Britain tu kerana sebelum ni dia amat bongkak kerana enggan menjual tanah Guthrie yang ada di negara kita semasa Malaysia menawarkan untuk membeli tanah tersebut.

Tapi akhirnya Tun dengan beraninya melaksanakan Dawn Raid Project sehingga tiada satu ekar pun tanah Guthrie di seluruh dunia yang tidak jatuh ke tangan Malaysia dan pengambilalihan itu sah di sisi undang2 ekonomi antarabangsa walaupun kerajaan Britain membantah.

Akhbar-akhbar di seluruh dunia pada masa itu meletakkan pengambilalihan itu sebagai berita utama mereka dengan tajuk antaranya "Serbuan Menyingsing Subuh" dan "Serangan Malaysia ke atas Kota London" yang menceritakan tentang kejayaan Malaysia, sebuah negara kecil di Asia Tenggara yang berjaya menundukkan keegoan Britain dalam usaha mendapatkan semula beratus ribu ekar tanah yang dahulunya kepunyaan orang Melayu tetapi dimiliki British sejak zaman penjajahan.

Budak Klate

Muka Tak tahu malu !!



Agak2 mengkome lar kan siapa agaknya ye???...pikir2 kan lah ye !!

AHLI PARLIMEN KEMBOJA PUJI SISTEM EKONOMI ISLAM MALAYSIA !!



Kepakaran dan bimbingan Malaysia diperlukan untuk membantu membangunkan sistem pendidikan, institusi zakat dan industri halal di Kemboja.

Anggota Parlimen Kemboja Zakaryya Adam berkata Malaysia merupakan negara model terbaik yang boleh dicontohi kerana terbukti berjaya mengembang dan memperkukuhkan sistem ekonomi Islam sehingga diakui di serata dunia.

“Kami harap kerajaan Malaysia termasuk pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan agensi swasta dapat datang membantu dan membimbing kami (Kemboja) dalam mewujudkan sistem pentadbiran yang baik, sistematik dan cekap,” katanya kepada pemberita di sini.


Terdahulu beliau membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Islam di Indochina: Pembangunan Sosioekonomi Muslim Kemboja’ pada Seminar Nusantara: Islam di Asia Tenggara Cabaran dan Harapan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini Ahad.

Zakaryya berkata buat masa ini, Kemboja berhasrat memberi tumpuan kepada tiga bidang industri berkenaan dan berharap satu kerjasama erat antara dua negara dapat dicapai dalam masa terdekat. – BERNAMA

Gambar Budak Sekolah balun Agen edar Bible Bahasa Melayu!


Ambil ko..hahah
Artikel penuh disini 

Sharifah Zohra Jabeen buat report polis !!!

Berikut adalah laporan polis yang telah dibuat sendiri oleh Sharifah Zohra Jabee,diharapkan pihak berkuasa boleh ambil tindakkan secepat yang mungkin.





tq Ratu Naga


[LIVE] Najib Berucap Di khalayak Rakyat Palestin !!


Tahniah Datuk Seri Najib diatas keberanian anda ..We from Malaysia sentiasa doakan datuk dlm keadaan selamat..Amin !!!

Kepala berkecai dilenyek treler


Foto

Muar: Seorang kanak-kanak berusia lima tahun maut dengan kepala pecah akibat dihempap tayar lori kontena dipandu bapanya yang terbabas dan terbalik di Batu 10 Jalan Pagoh-Muar, di sini, ketika mangsa bersama kakak serta ibu bapanya dalam perjalanan ke Muar, semalam.

Dalam kejadian jam 8.20 pagi itu, Mohd Afiq Amrin, 5, maut di tempat kejadian selepas lori dipandu bapanya, Mohd Yazid Banain, 44, terbabas di satu selekoh menyebabkan kenderaan berkenaan terbalik ke dalam parit berhampiran.

Mohd Afiq tercampak keluar dari kenderaan itu dan dihempap tayar kanan lori kontena menyebabkan kepalanya pecah manakala bapanya patah kaki. Ibunya, Suriyati Abd Rahman, 30-an, serta kakaknya, Nur Damia Batrisya, 6, cedera ringan dalam kejadian itu.

Pegawai Bomba Kanan 2 Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Muar Razali Ismail berkata, satu jentera bersama tujuh anggota dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.

Lagi [CLICK HERE]

14 Tuntutan:bar Council !!!




Antara Tuntutan Majlis Peguam...

1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

2. Orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh... dikenakan tindakan undang-undang.

3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.

4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan Orang Islam,Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.

6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.

7. Orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

9. Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

13. Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang Hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

Jumpa budak dpt RM20,000 ???



Polis mengklasifikasikan kes kehilangan seorang kanak-kanak, William Yau Zhen Zhong, 6, di Putra Heights, Subang Jaya pada Rabu lalu sebagai kes orang hilang.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, setakat ini pihaknya percaya William tidak diculik kerana tiada sebarang wang tebusan yang diminta daripada pihak keluarga.

Beliau berkata, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan ada individu telah menemui kanak-kanak itu dan menyimpannya.

"Sejak kehilangan William dilaporkan, kita telah berusaha mencarinya di seluruh kawasan Putra Height namun gagal dan usaha mengesan telah diteruskan di kawasan lain.

"Kami juga menerima banyak panggilan daripada orang awam berhubung kes ini dan tiga daripadanya menyatakan mereka ternampak kanak-kanak tersebut tetapi selepas siasatan dijalankan ia tidak benar.

Ganjaran berjumlah RM20,000 akan diberi kepada mana-mana individu yang menyalurkan maklumat mencari sehingga menemui seorang kanak-kanak, William Yau Zhen Zhong, 6, yang dilaporkan hilang di Putra Heights, Subang Jaya di sini sejak Rabu lalu.

Tawaran tersebut dibuat oleh ibu bapa kanak-kanak itu dan Biro Pengaduan Awam MCA yang masing-masing menawarkan wang berjumlah RM5,000 dan selebihnya daripada Kelab Kehormat Ikatan Relawan Rakyat Wilayah Persekutuan.

Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong berkata, maklumat daripada orang ramai amat penting dalam usaha menjejaki kanak-kanak tersebut.

Selain mengedarkan gambar mangsa, sistem amaran awal kehilangan kanak-kanak dikenali sebagai talian NUR Alert sudah diaktifkan," kata polis kepada pemberita di rumah keluarga kanak-kanak itu di Seksyen 25 di sini hari ini.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengadakan lawatan ke rumah keluarga mangsa.

Anak kedua daripada tiga beradik itu dilaporkan hilang di Jalan Putra Mahkota, Putra Heights dekat sini apabila gagal ditemui selepas dipercayai keluar dari kenderaan untuk mencari ibu bapanya yang singgah di sebuah kedai barangan elektrik di situ.

Shahrizat berkata, beliau akan membantu keluarga mangsa dan pihak polis untuk mengesan kanak-kanak itu dengan mengedarkan gambar Zhen Zhong melalui 22,000 cawangan wanita Barisan Nasional (BN) di seluruh negara.

Selain itu, katanya, Skuad Sayang Wanita UMNO di seluruh negara juga akan dikerah dalam misi mencari semula kanak-kanak itu.

Sementara itu, bapa mangsa, Yau Kok Kang, 32, berharap mana-mana individu yang menyimpan serta menjaga Zhen Zhong supaya memulangkan semula kanak-kanak itu ke pangkuan keluarga atau mana-mana lokasi selamat dengan segera.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kanak-kanak itu diminta menghubungi polis di talian 03-56319800, 012-2197133 atau Kok Kang di 016-9691616.




*sumber dari laman sesawang akhbar tempatan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...