Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Tuesday 11 December 2012

~GEMPAR!! Mangsa Pertama Terkena Radiasi LYNAS!!~





Korang lihat sendiri betapa beraninya orang kampung Gebeng yang tak takut mati seperti Cina dan pencacai Himpunan Hijau . Siap boleh pegang lagi nadir bumi yang didakwa merbahaya oleh puak-puak pembangkang.

Kesimpulannyq nadir bumi Lynas ini sebenarnya tak merbahaya pun seperti didakwa pembangkang . Mereka hanya mahu politikan isu ini bagi membolehkan berarak seperti Himpunan lalat Hijau .

Yang tak tahannya kini puak cacai PR duk spin kata Nadir Bumi tu selamat tapi yang tak selamatnya sisa bahan buangan pulak dah..Aduhaii lawak babi betul la cacai PR ni dulu kata nadir bumi tu yang tak selamat.La ni duk spin kot lain pulak..Hoi cacai korang taktau ke yang tempat sisa buangan tu dibuat ikut spesifikasi..

Korang tu bukan pakar dalam bidang ni so tak payah la nak tunjuk pandai..Kalau pandai korang taklah jadi cacai PR..PR ni suka cacai yang bodoh boleh kena kencing saja.

~Gempar !!! Mayat Misteri Berusia 30 Tahun Di Temui Tiga Pengali Kubur Dalam Keadaan Sempurna~



KANGAR: Tiga penggali kubur tergamam menemui mayat dipercayai berusia lebih 30 tahun dalam keadaan elok dan sempurna, ketika menggali liang lahad untuk tujuan pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Tok Paduka, di sini, semalam.

Mayat lelaki tidak dikenali itu ditemui jam 11.30 pagi sebaik ketiga-tiga penggali kubur berkenaan menggali liang lahad terbabit pada kedalaman 1.5 meter.

Berdasarkan maklumat, mayat lelaki itu bukan saja masih elok dari segi fizikal, malah kain kafan jenazah juga masih sempurna, kecuali sedikit kotor akibat diselaputi lumpur.

Bagaimanapun, kayu keranda yang digunakan untuk melindungi mayat sudah reput dimamah usia.

Penggali kubur, Desa Sulaiman, 74, berkata penemuan jenazah itu mengejutkan kerana sepanjang pengetahuannya liang lahad yang digali itu memang kosong.

Katanya, keadaan jenazah itu tidak berbau dan masih sempurna dengan kulit serta isi yang terlekat pada tubuh jarang dilihat, apatah lagi dengan usia jenazah yang dipercayai mencecah puluhan tahun.

"Saya 30 tahun menggali kubur di sini, tetapi tidak pernah menemui kejadian sedemikian, walaupun pernah mendengar cerita mengenainya sebelum ini.

"Sepanjang pengetahuan saya, mayat yang masih elok dan sempurna walaupun berusia ratusan tahun kebiasaannya milik orang alim kerana jenazah mereka dilindungi Tuhan berikutan amalan baik yang dilakukan sepanjang hayat," katanya.

Difahamkan, penemuan mayat itu menyebabkan urusan pengebumian jenazah seorang wanita berusia 53 tahun yang dijadualkan sebelum Zuhur, ditangguhkan beberapa jam untuk memberi laluan kepada urusan pengebumian semula jenazah yang ditemui itu.

Desa dan dua lagi rakannya terpaksa menguruskan pengebumian semula jenazah terbabit di sebelah liang lahad yang digali, sebelum meneruskan urusan penggalian liang lahad baru untuk pengebumian jenazah wanita yang baru meninggal itu.

Rakannya, Mohd Hafiz Abdan, 20, berkata beliau tergamam melihat wajah serta tubuh mayat yang masih elok seperti baru meninggal dunia ketika mengangkat mayat terbabit untuk dialihkan ke liang lahad baru.

"Saya sempat melihat keadaan susuk tubuh mayat berkenaan yang berkulit sawo matang, namun tidak berani menatapnya terlalu lama.

"Apa pun, penemuan mayat berkenaan bagi saya suatu misteri kerana jarang dilihat walaupun oleh penggali kubur," katanya.

~neelofaa nakal!!!!betulkew???~




Designer yang bertanggungjawab menyediakan pakaian untuk Neelofa bagi sebuah program wanita di stesen TV baru-baru ini, nampaknya tidak berpuas hati dengan sikap Neelofa.. Entah dimana silapnya, Designer yang bernama Nurita Harith telah mengeluarkan tweet yang mendakwa Neelofa kurang ajar serta tidak profesional..
Tweet dia berbunyi : “Harap semalam merupakan kerjasama terakhir saya bersama budak perempuan Neelofa. Sangat kurang ajar dan tidak professional.”

Apakah punca dan penyebab Designer tersebut mengeluarkan status sebegitu rupa, masih lagi belum diketahui.. Adakah benar Neelofa bersikap kurang ajar dan tidak profesional?, Kita tunggu sahaja penjelasan daripada Neelofa nanti.. Tapi cara Designer ni mengeluarkan tweet tu tersangat lah profesional…-Mygosip

~JANJI BN JIKA DIBERI MANDAT TUK MENTADBIR PENANG~


Sebanyak 20,000 unit rumah kos rendah dan mampu milik serta sistem pengangkutan monorel akan dibina di negeri ini sekiranya Barisan Nasional (BN) diberi mandat untuk mentadbir semula kerajaan negeri pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sebanyak 10,000 unit rumah akan dibina di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan 10,000 lagi oleh JKP Sdn. Bhd., Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Katanya, projek pembinaan kediaman tersebut bakal dilaksanakan dalam masa terdekat.

"Rumah yang dibina oleh PR1MA Berhad berharga lebih rendah di pasaran, misalnya kalau harga pasaran sebuah rumah RM500,000, kita akan jual RM300,000 kepada rakyat," katanya ketika berucap dalam Program Jelajah Janji Ditepati di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini hari ini.

Yang turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi; Pengerusi BN negeri, Teng Chang Yeow; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman dan beberapa menteri Kabinet.

Hadir sama, Pengerusi PR1MA, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis dan juga Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA, Datuk Abdul Mutalib Alias.

Najib berkata, rumah PR1MA itu kini dibuka untuk pendaftaran dalam talian dan akan dicabut undi secara telus.

Menurutnya, janji kerajaan BN itu tidak sama seperti kerajaan DAP Pulau Pinang kerana tiada rumah kos rendah atau mampu milik yang dibina di negeri ini seperti disebut dalam Laporan Audit Negara 2010.

Beliau menambah, pemimpin pembangkang juga hanya pandai berjanji kepada rakyat tetapi tidak ditunaikan.

"Inilah janji saya di depan ribuan rakyat Pulau Pinang dan bukan macam janji Ketua Pembangkang yang mahu mengatasi masalah rumah di Kampung Buah Pala dalam tempoh dua minggu, tetapi mereka tidak tunaikan.

"Semua orang tahu penduduk Kampung Buah Pala tidak dapat rumah seperti yang dijanjikan dan yang selesaikan masalah 26 keluarga India ialah kerajaan BN," ujarnya.

Sementara itu katanya, sistem pengangkutan monorel itu bertujuan mengatasi masalah kesesakan lalu lintas yang semakin serius di negeri ini.

Katanya, penduduk Pulau Pinang berhak disediakan dengan kemudahan.


SUMBER BSK

~PORTAL LAMAN PEMBANGKANG GELAR PENEROKA FELDA LEMBU~


Rupanya kejayaan Himpunan Generasi Baharu Felda yang selesai dilangsungkan di UiTM Shah Alam akhir minggu lalu, tidak hanya mengundang perasaan megah generasi kedua Felda tapi ia juga menyebabkan ada pihak yang tidak senang duduk kehadiran besar di acara tersebut.

Dianggarkan kira-kira 12,000 orang generasi muda dan anak peneroka Felda dari seluruh negara termasuk Sabah hadir ke majlis tersebut yang turut melibatkan pengumuman rasmi pembahagian durian runtuh fasa ketiga oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak.

Durian runtuh bernilai RM563 juta bagi fasa ketiga itu adalah imbuhan dari hasil kejayaan penyenaraian FGVH di Bursa Saham yang mana setiap keluarga peneroka bakal mendapat RM5000.00 untuk dibahagi samarata antara anak-anak peneroka.

Mungkin menyedari kejayaan acara itu bakal memberi impak besar kepada peningkatan ketara sokongan rakyat khususnya warga Felda kepada Barisan Nasional (BN), maka portal suarapakatanrakyat.com telah mmenghina peneroka Felda sebagai bodoh seperti lembu. 

Penulis portal itu yang cenderung mendewakan Anwar Ibrahim sebagai pemimpin paling suci berkata demikian setelah menerima bulat-bulat dakwaan AJK PAS Pusat yang menuduh pemberian wang durian runtuh RM5,000.00 telah menyebabkan ramai anak peneroka bergaduh adik beradik berebutkan pembahagian wang tersebut.

Sedangkan sekalipun jika dakwaan oleh Pengerusi ANAK, NGO proksi kepada PAS itu adalah benar, namun penulis portal itu tidak sepatutnya menyamakan peneroka Felda mahupun generasi mudanya dengan kebodohan seekor lembu.

Apa hak penulis pro PR merendah-rendahkan taraf pemikiran generasi baharu Felda? Adakah menjadi kesalahan untuk generasi baharu peneroka felda menerima imbuhan durian runtuh itu, sedangkan mereka berhak menerimanya berikutan sokongan mereka kepada usaha penyenaraian FGVH di BSKL.

Portal suarapakatanrakyat.com jelas sekali tidak mengambil iktibar disebalik keterlanjurannya sebelum ini yang menulis artikel mempertikaikan tarian tradisi Sumanzau yang tampak jelas menghina orang Sabah.

Bila rakyat Sabah bangkit menyuarakan kemarahan, pandai pula si penulis berdolak dalik mencipta alasan untuk menegakkan benang basah sehinggalah bila keadaan semakin tak terkawal, barulah portal itu menarik balik artikel penghinaan selepas mendapat nasihat pemimpin-pemimpin PR.

Sekarang penulis suarapakatanrakyat.com mengulangi perangai sama, kali ini menghina warga Felda yang disamatarafkan dengan lembu pula.

Sama saja perangai dan sikapnya seperti Naib Presiden PKR, Nurul Izzah yang tidak pernah terdetik di fikiran untuk mengambil pengajaran dari kelemahan dan kesilapan sebelumnya.

Tahun lalu Nurul Izzah telah mempromosikan Bangkung Christmas Bazzar yang menyediakan minuman keras dan nyanyian keagamaan Kriastian, tahun ini pula diulangi lagi kesilapannya dengan mencetuskan kontroversi berkaitan akidah orang Melayu Islam pula.

Dek kerana kuasa, penghinaan terhadap kelompok lain dihalalkan dan akidah agama digadai dijual sesuka hati, ia satu gambaran jelas betapa terdesaknya PR dalam usaha mereka untuk merampas kuasa demi memuaskan nafsu puak mereka.

Bila sudah beginilah pembawaan sikap penyokong dan pemimpin PR, usahlah berangan-angan untuk memerintah negara ini. Rakyat Malaysia tidak kerugian pun menolak kehadiran PR yang ternyata hanya banyak mencetuskan kontroversi dan kecelaruan berbanding manfaat untuk rakyat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...