Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Saturday 29 December 2012

PELAKON DISURUH BERBOGEL!!!


PETALING JAYA: Pendatang baru yang juga pelakon iklan, Fahd Rafael (gambar) melalui detik cemas kerana ada pihak cuba mengambil kesempatan terhadapnya apabila disuruh beraksi bogel untuk sebuah sesi fotografi.
Fahd Rafael atau nama sebenarnya Fadhlan Izham, 21, berkata, peristiwa itu terjadi beberapa tahun lalu ketika dia sibuk melalui uji bakat untuk berlakon iklan televisyen tempatan.
“Saya terkejut apabila beberapa pihak meminta saya melakukan aksi pelik iaitu berbogel untuk sesi fotografi dengan alasan untuk karya hasil seni bagi dipertandingkan di sebuah acara,” katanya kepada mStar Online di sini.
Tambahnya, selepas meneliti permintaan itu, dia mendapati acara yang dimaksudkan tidak wujud menyebabkan dia mula mencurigai tawaran berkenaan.
Kata Fahd, dia sudah banyak kali menerima tawaran sedemikian apatah selepas dia berjaya membina otot-otot badannya agar kelihatan sasa.
Ditanya adakah sebelum ini dia pernah berkasi keterlaluan sehingga tawaran sedemikian sering diberikan kepadanya, pelakon iklan minuman berkarbonat Coca Cola ini berkata, dia hanya memenuhi undangan pelajar fotografi sebelum ini untuk Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) bagi tujuan pendidikan.
“Saya mengaku, saya pernah beraksi sedemikian untuk projek fotografi seorang pelajar Aswara, apabila badan saya yang seperti tidak berbaju itu di simbah dengan cecair coklat.
“Sebenarnya saya tidak berbogel tetapi memakai seluar pendek. Cuma gayanya sahaja menampakkan saya seperti tidak memakai apa-apa. Ia adalah bagi tujuan pendidikan pelajar itu,” katanya.
Jelas pemuda ini lagi, dia tidak berhasrat mengulangi perkara itu lagi kerana bimbang ada pihak yang mahu menjatuhkan kerjayanya pada masa akan datang.
Ditanya mengenai arah tujunya dalam bidang seni Fahd berhasrat untuk menjadi pelakon drama dan sedang berjinak-jinak dalam bidang berkenaan.
“Saya perlu memberi tumpuan pada bidang lain juga untuk perkembangan bakat saya. Tidak hanya menjadi model iklan semata-mata kerana setiap hari ada saja model-model baru yang akan muncul dengan kelebihan masing-masing,” katanya.
Selain Coca Cola, Fahd turut terlibat dalam beberapa iklan lain dengan memegang peranan utama seperti iklan Suzuki (2010), Mcdonald’s (2010), Digi (2011), Suzuki Nex (2012) dan Shieldtox Watercolour (2012).
Dia juga pernah berlakon dalam sebuah telefilem untuk siaran Astro iaitu Arca Cintaterbitan PTV Film Production.

TEMAN LELAKI GILA SEKS!!!



Seorang remaja perempuan yang bekerja di sebuah kedai telefon di Pekan Banting trauma apabila seorang lelaki menunjukkan kemaluannya di sebuah perhentian bas di Telok Datok.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi itu ketika remaja berkenaan sedang menunggu bas untuk ke tempat kerja.

Mangsa yang ingin dikenali sebagai Nia, 16, berkata, dia terkejut apabila pemandu sebuah kereta Waja memberhentikan kenderaannya lalu menunjukkan kemaluan di hadapannya.

Tidak sampai tiga minit katanya, suspek yang berusia dalam lingkungan umur 40-an dengan berpakaian pejabat itu bergegas memandu semula kenderaan menghala ke Banting apabila mendapati sebuah bas awam berhenti di belakang.

“Akibat terkejut saya hanya mengalihkan pandangan ke arah lain dan cuba untuk menyelamatkan diri.

“Mujur suspek tidak melakukan tindakan di luar kawalan dan bertindak beredar selepas itu,” katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat.

Mangsa berkata, sebelum ini kejadian sama melibatkan remaja lain pernah berlaku di kawasan taman berkenaan tetapi dengan suspek berusia dalam lingkungan umur 20-an.

"Saya khuatir suspek yang dianggap 'gila seks' ini terus berlegar-legar di kawasan taman untuk menakutkan remaja dan orang awam lain," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Skim Rondaan Sukarela (SRS), Mohd Khairul Abdul Samad ketika dihubungi berkata, beliau kerap menerima aduan namun kebanyakkan mereka enggan membuat laporan polis.

Katanya, difahamkan terdapat dua suspek pernah cuba memperdayakan remaja di sini dengan meminta menunjukkan alamat menerusi telefon bimbit tetapi sebenarnya menunjukkan gambar aksi lucah.

“Bagaimanapun, SRS sentiasa mengadakan kawalan berjadual di kawasan taman bagi mengelakan masalah sosial berleluasa,” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan laporan dibuat oleh mangsa.

SUMBER

HADI AWANG MINTA 1 Jam!!!

Abdul Hadi Awang

Teman setuju bebeno dengan Hadi Awang berikutan beliau dalam sidang wawancara SINAR berkenaan amanay yang telah dikeluarkan oleh beliau sendiri.Mengikut laporan SINAR Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta kerajaan memberi beliau peluang siaran secara langsung sejam menerusi RTM untuk menjelaskan isu Amanat Haji Hadi yang kembali menjadi polemik semasa

Beliau juga didalam wawancara juga menegaskan enggan menyatakan pendirian sama ada amanat itu harus ditarik balik atau tidak dalam sidang media kerana percaya kenyataannya tidak akan disiarkan penuh sebagaimana diharapkan selain berlakunya diputar belit fakta.

“Saya minta supaya diberi peluang secara langsung sejam oleh RTM dan TV3. Beri satu jam biar saya jelas, lepas itu masyarakat boleh nilai,” kata beliau selepas melancarkan Petugas Muslimat Marang PRU13 di Dewan Tok Guru, Rusila, Marang, pagi tadi.

KJ Mengamuk

Setuju bebeno teman dengan KP UMNO teman ni.Bukan apa sepatutnya tak perlu lah hadkan harga yg tak sampai RM 500.Dah nama smartphone kan mesti la harganya atas RM500.HMM layan je kat bwah ni.

Khairy Jamaluddin

SHAH ALAM - Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak mengehadkan rebat RM200 kepada telefon pintar berharga RM500 sahaja.

"Tak perlu ada had harga untuk rebat yang diberi untuk telefon pintar," kata beliau dalam mesej yang diajukan kepada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim hari ini, menerusi Twitter.

Dalam mesej berasingan, Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno menulis bahawa ucapan Bajet 2013 hanya menyebut tentang pendapatan belia yang layak menerima rebat telefon pintar, bukannya harga telefon pintar.

Menjawab mesej pengikutnya, Khairy berkata: "Setuju. Kalau nak bagi rebat RM200, bagi sajalah kepada semua telefon pintar."

Khairy, yang juga Ahli Parlimen Rembau menyatakan demikian ekoran rungutan orang ramai berhubung laporan media bahawa SKMM telah menerbitkan kriteria menikmati rebat RM200, antara lain pembeli seharusnya warganegara Malaysia berumur 21 tahun hingga 30 tahun; berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah, model telefon pintar 3G yang diluluskan dengan harga maksimum RM500, pelanggan jalur-lebar mudah-alih sedia ada atau pakej baru dan hanya satu telefon pintar untuk seorang belia.

Menurut notis SKMM, program rebat di bawah Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan (NBI) telah diperuntukkan sejumlah RM300 juta oleh kerajaan yang akan memberi manfaat kepada 1.5 juta belia.

Permohonan untuk rebat adalah terbuka dari 1 Januari hingga 31 Disember depan dan para belia yang berminat boleh memohon melalui laman web SKMM.

Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi dipetik berkata, had harga adalah perlu kerana dasar itu direka untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan para belia untuk memiliki telefon pintar sendiri.

Di bawah Bajet 2013 yang diumumkan pada 28 September lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rebat RM200 akan diberi ke atas pembelian telefon pintar 3G untuk belia berumur 21 hingga 30 tahun, dengan pendapatan bulanan RM3,000 ke bawah atau tanpa pendapatan bulanan, daripada peniaga yang dibenarkan bawah Pakej Komunikasi Belia.

SINAR

ULAMA SARAN PAS KELUAR DARI PAKATAN!!!



Fathul Bari
Fathul (tengah) pada sidang media di Bangunan Umno Selangor, semalam.

SHAH ALAM – Pas dinasihatkan keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) supaya parti itu lebih dihormati dan dimuliakan kerana prinsipnya walaupun menjadi parti minoriti.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya berkata, Pas hari ini dilihat menggadaikan prinsip dan pendiriannya serta tidak selantang dahulu dalam mengemukakan isu.

“Kita nasihatkan Pas keluar PR, walaupun akan menjadi minoriti tetapi dia (Pas) akan lebih dimuliakan kerana prinsipnya.

“Suatu ketika dahulu Pas lantang bersuara bahkan sampai ke tahap mengkafirkan kelompok tidak sealiran dan sependapat dengannya.

"Hari ini Pas hanya diam dan tidak membangkitkan lagi isu hudud, negara Islam dan pendirian-pendirian lain yang pernah dilaungkan,” katanya ketika sidang media di Bangunan Umno Selangor, semalam.

Fathul mendakwa, hanya kerana kuasa dan Putrajaya prinsip dan pendirian Pas selama ini tergadai begitu sahaja.

Beliau berkata, kerjasama Pas dengan DAP dan PKR pada hari ini disifatkannya menggadai pegangan-pegangan asal parti itu.

"Mungkin kerana Putrajaya atau kelemahan mereka serta kuasa membuatkan mereka jatuh ke tahap ini.

“Tidak dapat dinafikan manusia jatuh kerana pangkat, kuasa dan harta. Ini juga satu muhasabah kepada Umno sendiri, jika berlaku perselisihan pendapat, jangan kerana kuasa semata-mata kita gadaikan pendirian dan prinsip kita tentang agama,” katanya.

Dalam pada itu, Fathul berkata, belum PR menawan Putrajaya, telah timbul pelbagai kontradiksi dalam pakatan pembangkang berkenaan dan dijangka akan lebih parah sekiranya mendapat kuasa itu.

Katanya, dalam PR, tiada agenda Islam, yang ada hanya mempertahankan perlembagaan sedia ada termasuk Islam sebagai agama persekutuan dan hak-hak keistimewaan orang Melayu.

“Tapi agenda Islam secara jelas seperti mempertahankan akidah Islam, hukum Islam yang Pas laungkan puluhan tahun lalu sudah tiada.

“Pas dalam bab ini menyebut bahawa negara berkebajikan disebut adalah manifesto itulah negara Islam sebenar, tetapi saya katakan pada mereka, kenyataan itu salah kenyataan kerana DAP sendiri memaklumkan negara berkebajikan dalam manifesto
PR bukan negara Islam sebaliknya negara sekular,” katanya.

Beliau turut mempersoalkan pertembungan dan percanggahan dalam pakatan ini dan tidak relevan untuk diberi mandat untuk memerintah.

“Pas nak bawa objektif dia, DAP kata tak boleh dah janji dah. Lim Guan Eng kata dah jelas kepada Pas dan juga PKR pelaksanaan hudud tak dibenarkan kecuali dengan persetujuan DAP," katanya.

MALAYSIA melonjaK DI PBB!!!


NEW YORK: Tahun 2012 membawa sinar gemilang kepada Malaysia di Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) apabila imejnya melonjak dengan begitu ketara di badan dunia ini.

Ia bermula dengan pelantikan Wakil Tetap Malaysia ke PBB Datuk Hussein Haniff sebagai pengerusi Jawatankuasa Sosial, Kemanusiaan dan Kebudayaan PBB, yang juga dikenali sebagai 'Jawatankuaa Ketiga'.

Pada 8 Jun pula, Persekutuan Persatuan Kesihatan Reproduktif Malaysia (FRHAM) menerima Anugerah Kependudukan PBB 2012 (Kategori Institusi), di ibu pejabat badan dunia ini di sini.

Sumbangan Cemerlang

Hussein berkata anugerah tahunan berprestij itu diberi kepada individu dan institusi yang memberi sumbangan paling cemerlang terhadap usaha meningkatkan kesedaran berkaitan persoalan atau penyelesaian terhadap isu kependudukan.

"(Dan) penerimanya dipilih oleh Jawatankuasa Bagi Anugerah Kependudukan PBB, yang lantik oleh Majlis Ekonomi dan Sosial (Ecosoc)," katanya.

FRHAM dipilih bagi mengiktiraf pencapaiannya dalam menganjurkan kesihatan reproduktif, meningkatkan kesihatan dan status wanita dan kanak-kanak di Malaysia melalui program perancangan keluarga. "Pada 25 Jun, 'sistem eKasih', yang merupakan produk inovasi Unit Pelaksanaan dan Penyelarasan, Jabatan Perdana Menteri, menerima hadiah utama Anugerah Perkhidmatan Awam PBB (UNPSA) 2012 bagi kategori Memajukan Ilmu Pengurusan Dalam Kerajaan bagi rantau Asia Tenggara.

Hussein berkata Anugerah Perkhidmatan Awam PBB merupakan pengiktirafan antarabangsa paling berprestij terhadap pencapaian cemerlang dalam perkhidmatan awam. CLCSPada 6 Jun pula, Malaysia dipilih sebagai anggota Jawatankuasa Mengenai Had Pelantar Benua PBB (CLCS).

Malaysia, yang diwakili ketua pakar geosains Petronas Dr Mazlan Madon, dipilih menganggotai suruhanjaya itu pada mesyuarat Negara-negara Yang Menandatangani Konvensyen Mengenai Undang-undang Laut PBB (SPLOS), katanya.

Beliau berkata suruhanjaya itu mempunyai 20 anggota yang dipilih kumpulan negara berkenaan untuk berkhidmat bagi penggal lima tahun.

Sebelum ini, Malaysia diwakili dalam suruhanjaya itu oleh bekas ketua pengarah Jabatan Alam Sekitar, yang berkhidmat selama tiga penggal berturut-turut dari 1996 hingga 2011.

Malaysia melakar satu lagi pencapaian penting apabila dipilih menganggotai Majlis Pentadbiran Operasi Pos, Kesatuan Perkhidmatan Pos Universal (UPU) pada kongres kesatuan itu di Doha, Qatar pada 10 Oktober.

Hussein berkata Majlis Pentadbiran Operasi Pos (POC) bertindak sebagai badan teknikal dan operasi UPU terdiri daripada 40 negara anggota, yang dipilih pada kongres itu.Badan itu diberi kebebasan memilih sendiri pengerusinya dan mengadakan mesyuarat setiap tahun di ibu pejabat UPU di Berne, Switzerland.

Program kerja POC menjurus ke arah membantu memodenkan perkhidmatan pos dan menaik taraf produk serta perkhidmatannya, sambil mengawasi aspek operasi, ekonomi dan komersial perniagaan perkhidmatan pos.

Badan ini juga mengemukakan syor kepada negara anggotanya tentang standard teknologi, operasi atau proses yang menjadi bidang kepakarannya, agar mereka mengguna pakai amalan seragam dalam operasi masing-masing.

Suruhanjaya Pembinaan Keamanan

Hussein berkata Malaysia juga mendapat sokongan daripada Kumpulan Asia Pasifik di PBB untuk menjadi anggota Jawatankuasa Penganjuran Jawatankuasa Pembinaan Keamanan (PBC) bagi penggal 2013-2014, yang pemilihannya dijadual berlangsung bulan ini.

"Sebagai calon tunggal dari rantau Asia dan Asia Pasifik, Malaysia dijangka dipilih secara sebulat suara oleh Perhimpunan Agung PBB pada pemilihan itu," katanya.

Di samping itu, Malaysia juga mendapat sokongan daripada kumpulan itu sebagai satu daripada tujuh negara anggota yang akan mewakili rantau berkenaan dalam Suruhanjaya Bangsa Bersatu Mengenai Undang-undang Perdagangan Antarabangsa (UNCITRAL), sebuah badan PBB berpejabat di Vienna, bagi penggal 2013-2019.

Negarawan, Anugerah Kemuncak kepada pencapaian Malaysia pada 2012 ialah pemilihan bekas perdana menteri dan negarawan paling ulungnya, Tun Dr Mahathir Mohamad, sebagai penerima Anugerah Yayasan Habitat-Rafik Hariri PBB 2012, pada satu majlis di sini pada 28 September.

Anugerah yang diperkenal pada 2011 ini diberi kepada individu, organisasi atau institusi dari seluruh dunia yang melakar pencapaian cemerlang dalam bidang kepimpinan, kenegarawan dan tadbir urus serta pembinaan dan pembinaan semula penempatan dan komuniti, pembangunan sumber manusia dan kegiatan kebajikan dalam memerangi kemiskinan bandar.

Dr Mahathir adalah penerima kedua anugerah itu, selepas Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan pada 2011.

Nazek Hariri, balu Allahyarham Rafik Hariri, bekas perdana menteri Lubnan, dalam ucapannya berkata Dr Mahathir boleh dijadikan model peranan serta inspirasi oleh semua pihak, manakala ketekunan dan wawasan beliau menjadi bukti betapa impian boleh diterjemah menjadi kenyataan dan sesebuah negara boleh menikmati masa depan yang gemilang melalui keyakinan diri dan ketekunan usaha.

Pergerakan Kesederhanaan Global

Sementara itu, kewujudan kerjasama erat antara Malaysia dan PBB pada 2012 terbukti dengan kunjungan setiausaha agung badan dunia itu, Ban Ki-moon, ke Malaysia pada Mac.

Dalam kunjungannya, Ban memberi pengiktirafan terhadap Pergerakan Kesederhanaan Global (GMM) yang dianjurkan penubuhannya oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Perhimpunan Agung PBB pada September 2010.

Ban menyeru dunia supaya memberi sokangan kepada idea yang dicetuskan Najib itu kerana beliau melihat terdapat potensi besar dalam kerjasama rapat antara GMM dan Perikatan Tamadun Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNAOC).

Hussein berkata anugerah yang diterima Malaysia daripada PBB merupakan pencapaian yang sungguh bermakna kerana ia mencerminkan pengiktirafan masyarakat antarabangsa terhadapnya kerana melaksanakan pelbagai langkah yang memberi manfaat besar serta boleh dijadikan sebuah negara contoh.

Ia juga merupakan pengktirafan bahawa segala langkah yang dilaksanakan Malaysia sekarang dalam membangunkan ekonominya adalah pendekatan betul serta merupakan model kejayaan. -BERNAMA

 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...