Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Friday, 7 December 2012

~MESIR TERUS BERGOLAK~

KAHERAH - Sekurang-kurangnya lima terkorban manakala 446 cedera termasuk anggota polis dalam pertempuran ganas antara penyokong dan penentang Presiden Mesir, Mohammed Mursi di luar istana presiden di Kaherah, kelmarin.

Pertempuran di daerah Heliopolis itu dipercayai berlaku selepas ribuan penyokong Mursi menyerang 300 penentang sedang mengadakan bantah dan duduk di luar kawasan istana presiden tersebut.

Selepas keadaan reda seketika, ratusan penentang Mursi kembali semula dan membaling bom api ke arah penyokong Ikhwanul Muslimin.

Sementara itu, pihak berkuasa memaklumkan sebanyak tiga kereta kebal ditempatkan di hadapan istana sebagai langkah berjaga-jaga jika keadaan kembali tegang. 

Rentetan peristiwa itu Presiden Mesir, Mohammed Morsi bersedia mengadakan satu perbincangan dengan pembangkang, dijadualkan esok, bagi meredakan krisis politik baru yang melanda negara itu.

Pelawaan itu diberikan di sebalik demonstrasi dan pertembungan antara penunjuk perasaan dan penyokong beliau, yang setakat ini telah membunuh lima orang selain mencederakan 644 orang.

Ia dilihat sebagai situasi paling buruk selepas kebangkitan rakyat awal tahun lalu. Kebangkitan rakyat itu membawa kepada kejatuhan Presiden Hosni Mubarak.

Mohammed menyampaikan ucapan kepada rakyatnya semalam ketika penunjuk perasaan berhimpun di pekarangan istana presiden sejak beberapa hari lalu. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget