Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Wednesday, 2 January 2013

INI SALAH UMNO!!!Jalan Raya Runtuh Dirempuh Arus Di Besut


Gempar! Jalan Raya Runtuh Dirempuh Arus Di Besut | Belum reda lagi tentang isu tanah runtuh di Setiawangsa (LINK), satu kes tanah runtuh lagi telah berlaku di Besut. Biarpun ia hanya kes terpencil, tanah runtuh ini telah menyebabkan dua orang cedera. Dalam laporan berita ini mereka menyebut jambatan, namun sebenarnya ia adalah kes tanah runtuh di Besut, Terengganu. Memang tidak dinafikan, kes tanah runtuh sejak akhir -akhir ini sering berlaku berikutan hujan turun tidak berhenti. Boleh lihat gambar di bawah ini.


tanah runtuh

BESUT- Banjir besar yang berlaku Isnin lalu bukan sahaja menjadi banjir terburuk di kawasan Kampung Padang Bual, Hulu Besut tetapi turut menyebabkan sebuah jambatan di Kampung Durian Telur dekat Pasir Akar, runtuh menyebabkan ia terputus dua.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Durian Telur, Hasbullah Yusof berkata, kedua-dua belah hujung jambatan konkrit yang baru siap dibina beberapa bulan lalu runtuh setelah dirempuh arus deras Sungai Besut kira-kira jam 9 malam sebelum dihanyutkan.

Menurutnya, air sungai yang banyak dan deras telah melimpah memasuki laluan alur bawah jambatan itu lalu merempuh tebing jalan menyebabkan berlaku runtuhan tanah di hujung  jambatan tersebut.

“Kira-kira 350 penduduk terpaksa melalui jalan alternatif (jalan lama) yang terletak di sebelah jambatan itu untuk keluar ke pekan Pasir Akar,” katanya.

Hasbullah berkata, runtuhan itu turut menyebabkan dua remaja yang melalui jalan itu kira-kira jam 12 tengah malam, Selasa lalu terjatuh di bahagian lubang runtuhan itu sedalam kira-kira 4 meter dan cedera parah.

Menurutnya, dua remaja yang tidak dikenali itu bukan penduduk kampung tersebut, dan dipercayai tidak perasan dengan halangan yang dibuat penduduk.

“Sekarang, Pejabat Daerah Besut menutup laluan ke jambatan itu sementara kerosakan dibaiki bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku,” katanya.

Sementara itu Adun Hulu Besut, Nawi Mohamad ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan beliau akan mencadangkan kepada kerajaan untuk membaiki jalan tersebut secepat mungkin untuk keselesaan penduduk.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...