Menurut Perdana Menteri, pembangkang seharusnya menghormati keputusan rakyat kerana perkara itu adalah salah satu daripada prinsip penting dalam sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan di negara ini.
"Kita mesti terima apa jua keputusan rakyat, jika dia (pembangkang) kata dia percaya kepada demokrasi, dia tidak boleh tolak sesuatu yang telah diputuskan oleh rakyat," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di sini hari ini.
Kelmarin, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengingatkan rancangan Anwar mengimport demonstrasi jalanan ala 'Arab Spring' harus diambil perhatian serius memandangkan kemampuan Ketua Pembangkang itu menganjurkan demonstrasi besar-besaran sebelum ini tidak dapat dinafikan.
Najib berkata, kerajaan mahu pilihan raya umum diadakan mengikut landasan yang benar dan pihaknya sendiri penuh yakin Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkemampuan memastikannya berjalan dengan adil dan bersih.
Menurut beliau, sekiranya pembangkang tidak menghormati undang-undang, perkara itu akan mewujudkan satu keadaan yang menolak 'rule of law' atau kedaulatan undang-undang dan kesannya adalah buruk kepada negara.
"Kita harap pihak pembangkang akan menerima keputusan rakyat dan tidak mencari alasan seandainya mereka tidak menang untuk huru-harakan negara.
"Menghormati undang-undang adalah prinsip asas dalam negara manakala perjalanan demokrasi menuntut kita untuk menghormati undang-undang," katanya.
No comments:
Post a Comment