Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Sunday, 7 April 2013

Gempar !!! Penduduk Siap Parang Utk Tetak Penyangak SULU


Arfian LAHAD DATU - "Saya sedia mati lawan pengganas," itulah yang diluahkan penduduk Kampung Sungai Merah, Arfian Arsad, 31, ketika ditanya mengenai pencerobohan pengganas Kiram ke kawasan kampungnya sejak pertengahan Februari lalu.

Menurutnya, akibat terlalu marah dan menyusahkan kehidupan penduduk, dia sanggup berhadapan dengan pengganas hanya bersenjatakan parang dan jika terpaksa, berlawan menggunakan tangan kosong.

Katanya, keberanian meresap dalam diri apabila mendengar dua perajurit negara terkorban di Kampung Tanduo, 1 Mac lalu.

Dua perajurit yang terkorban itu adalah ASP Zulkifli Mamat, 29, dan Sarjan Sabaruddin Daud, 46, kedua-duanya dari VAT69.

"Saya betul-betul sakit hati, saya sudah tidak tahan, saya nekad untuk bunuh pengganas kerana perwira kita telah terbunuh.

“Sejurus selepas pertempuran itu (1 Mac), saya terus arahkan ibu, bapa dan adik beradik saya lari meninggalkan kampung ini, saya mahu tinggal bunuh pengganas,” katanya.

Arfian berkata, pada mulanya dia mahu pergi ke Kampung Tanduo untuk membunuh pengganas, tetapi pasukan polis yang mengepung kampung tersebut tidak mengizinkannya masuk dan hanya membenarkan dia tinggal di rumah.

Kecewa dengan arahan polis itu, Arfian terus meletakkan parang di beberapa sudut rumahnya bagi persediaan menentang pengganas jika mereka berjaya meloloskan diri.

Sejak itu, Arfian berseorangan diri di rumah selama 26 hari, menunggu jika ada pengganas berani memecah masuk rumahnya.

“Saya terus berkawal di sekitar rumah, walaupun seluruh penduduk sudah melarikan diri, saya sanggup mati, saya sudah asah parang setajamnya.

“Saya tahu mereka ada ilmu kebal, sebab itu mereka berani datang ke sini untuk membuat kacau. Mereka menggunakan ilmu kulias (menyekat tembakan), ilmu angin (pengabur dan muncul di banyak tempat serentak) serta ilmu kebal.

“Saya boleh berhadapan dengan mereka, saya yakin boleh membunuh beberapa orang daripada mereka (pengganas) sebelum nyawa saya sendiri melayang,” katanya penuh yakin.

Pada 5 Mac, ketika Op Daulat dilancarkan dengan serangan udara dari pesawat pejuang F/A-18D, Arfian masih berada di rumahnya yang terletak hanya 2 kilometer dari Kampung Tanduo.

Katanya, pada pagi hari tersebut, dia sempat merakam serangan udara tersebut di atas atap rumahnya sendiri.

“Selepas pesawat lalu di kampung saya, saya terus merakam dan mendengar letupan yang amat kuat, seluruh tanah bergegar.

“Sejurus selepas itu, saya nampak kepulan asap dari arah Kampung Tanduo,” katanya.

Sementara itu, ibu Arfian, Putri Salleh, 58, berkata, pada mulanya dia tidak mahu meninggalkan anaknya bersendirian di rumah dengan hasrat ‘gilanya’.

Tetapi segala pujuk rayunya gagal apabila anaknya tetap berkeras mahu membunuh dan menghalau pengganas dari bumi Sabah.

“Dia terlalu sakit hati, sebab itu keberaniannya membara, saya hanya redha pada ALLAH tentang keselamatannya,” katanya.

Putri berkata, dia mempunyai enam orang anak, dan Arfian adalah anak ketiganya.

Ditanya mengenai hasrat pengganas Kiram yang mahu menawan Sabah, Putri berkata, hasrat tersebut tidak akan berjaya buat selama-lamanya selagi Malaysia mempunyai pahlawan yang berani.

“Selagi Gunung Kinabalu teguh berdiri, selagi itulah kami bertahan di sini,” katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...