Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Sunday 7 April 2013

TUN M SOKONG IBRAHIM ALI !!! DUA-DUA PEGANG RAHSIA BESAR PAKATAN HARAM !!!


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyatakan kesediaannya membantu kempen Datuk Ibrahim Ali di Pasir Mas sekiranya beliau bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Beliau berharap, BN akan membuka laluan kepada Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan juga Ahli Parlimen Pasir Mas yang telah banyak berjasa kepada BN melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.

"Dia tubuh Perkasa bukan untuk bertanding tapi sokong BN, Perkasa juga berjaya mengumpul 400,000 keahlian sehingga kini yang mungkin lebih banyak daripada Pas.

"Pada saya, dia tidak buat sesuatu untuk kepentingan diri... kalau ada banyak orang macam Ibrahim, pasti Malaysia akan selamat. Saya harap BN akan bagi tempat pada Ibrahim," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Perhimpunan Selamatkan Selangor anjuran Perkasa di sini hari ini.

Untuk rekod pada pilihan raya umum lalu, Ibrahim yang bertanding atas tiket Pas menang kerusi Parlimen Pasir Mas menewaskan calon BN, Ahmad Rosdi Mahamad dengan majoriti 8,991. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...