Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Tuesday 8 January 2013

PEMBOCORAN DOKUMEN RASMI KERAJAAN DIPANDANG SERIUS MB PERAK !!

mb-pandang-serius

Menteri Perak, Dato’ Seri Dr  Zambry Abd Kadir menganggap pembocoran dokumen rasmi kerajaan oleh kakitangan awam sebagai satu perkara yang amat serius yang boleh menjejaskan pentadbiran sesebuah kerajaan.

Katanya, pembocoran dokumen merupakan satu tindakan yang bertentangan dengan prinsip penubuhan sesebuah kerajaan yang boleh membawa implikasi tidak baik.

Katanya kakitangan awam adalah tertakluk di bawah Akta Rahsia rasmi, mereka  perlu memastikan dokumen rasmi kerajaan ini dijaga dengan baik.

“Bagi saya ia merupakan satu perkara serius, ini bukan kerana soal `wisel blower’ ataupun kerajaan BN takut, ia adalah kerana prinsip berkerajaan sama ada kerajaan BN mahupun kerajaan bukan BN.

“Seperti di negeri-negeri lain dari segi amalan berkerajaan perkara seperti itu tidak seharusnya berlaku, sebab itu wujudnya Ordinan rahsia atau Akta Rahsia Rasmi yang harus dipatuhi..kalau tidak habislah negara.

“Ini kerana kerja-kerja ataupun sebarang bentuk perjanjian atau perkara-perkara yang diputuskan di peringkat kerajaan negeri sudah tidak lagi menjadi dokumen rahsia,’’ katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyampaikan ucapan di Majlis Perhimpunan dan Excutive Talk Bil 1/2013 di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan hari ini.

SETERUNYA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...