AIDC melaporkan :
Ada beberapa hujah dan dalil yg perlu diambil kira dalam artikel ini. Lihat bagaimana dalam hadis yang dipetik (Baca Sini)
Walaupun Rasulullah tidak merejam perempuan itu tetapi tetap Baginda menilai peribadi perempuan itu. Itulah realiti kita hari ini.
Kita bukannya nak mahupun menyebat malah takzir pun tidak. Tapi kita mahu nilai layak atau tidak orang2 ini.
Jadi bukan qazaf. Di akhir2 artikel juga menyebut bahawa rakaman video tetap ada nilai dan gunanya dalam Islam kalaupun tak boleh untuk mensabitkan hukuman hudud zina.
Jadi istilan yang lebih kemas ialah "rakaman video tidak boleh jadi bukti untuk mensabitkan jenayah hudud zina " tetapi video tetap diterima sebagai bukti untuk membuktikan suatu tahap yg lebih rendah seperti takzir atau lebih rendah lagi kelayakan seseorang dipilih untuk sesuatu amanah. Wallahua'lam.
Seperkara lagi, ramai yang memberi komen di dalam blog ini supaya 'tidak mengaibkan pemimpin'. MiM yakin mereka ini penyokong pembangkang dan mereka yang tidak mengikuti politik secara dekat. Realitinya, Hadi Awang, Presiden PAS sendiri telah berkata : |
"Saya ingin menarik perhatian, dalam pilihan raya kecil di Permatang Pasir sebagai contoh, Umno dan Barisan Nasional mengatakan kita tidak boleh menyebut keaiban seseorang, sedangkan pilihan raya adalah suatu amanah yang besar untuk rakyat memilih pemimpin.
Di mana dalam amanah memilih pemimpin kita wajib mendedah peribadi orang yang hendak dipilih itu, adakah ia seorang yang benar-benar adil, tidak fasik dan tidak melakukan perkara-perkara yang boleh menjatuhkan maruah.
Itu satu tanggungjawab agama yang tidak termasuk dalam perkara yang membatalkan pahala puasa. Ini jelas diperkatakan oleh ulama-ulama dalam kitab mereka, khususnya dalam perkara yang seperti ini.
Bahkan, dalam perkara saksi di mahkamah, saksi dalam perkahwinan pun kita kena dedahkan peribadi seseorang. Inikan pula untuk memilih wakil rakyat dalam satu kawasan yang mewakili rakyat untuk membuat dasar dalam Dewan Undangan Negeri (Dun).
Maka, ia perlu ditelitikan dalam perkara maruah dan peribadi pemimpin ini.”
BACA LAGI DI MIM
No comments:
Post a Comment