Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%
Showing posts with label Anak Muda. Show all posts
Showing posts with label Anak Muda. Show all posts

Thursday, 18 April 2013

"YES !!! Kerajaan Memang Zalim ???"


Kerajaan BN zalim? This is my story.

Saya seorang mahasiswa yang menuntut di Universiti Teknologi MARA. Alhamdulillah saya diterima menyambung pengajian di sebuah universiti yang begitu banyak dibantu kerajaan. Yuran pengajian UiTM adalah yang terendah di Malaysia. Atas peruntukan kerajaan yang besar terhadap UiTM, ramai mahasiswa UiTM yang mendapat bantuan zakat dan elaun makan. Bagi yang mempunyai masalah kewangan, disediakan pula bantuan kebajikan. Atas kerjasama Dato Seri Najib, ramai rakan-rakan yang tidak berkemampuan dapat menyambung pelajaran ke UiTM melalui program Mengubah Destini Anak Bangsa. Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M) sememangnya banyak membantu mahasiswa sehingga dilema apa lagi nak dibeli untuk menghabiskan baucer kerana jumlahnya sangat banyak. Alhamdulillah kerajaan dalam manifesto BN bercadang menaikkan lagi jumlah BB1M dari RM250 ke RM300.

Alhamdulillah apabila masuk sahaja ke UiTM, saya terus memohon pinjaman PTPTN dan mendapat wang dalam masa yang singkat. Kini, syukur Allah memberi rezeki lebih apabila saya mendapat biasiswa JPA. Terima kasih kerajaan Malaysia kerana menyediakan peruntukan dari segi pinjaman dan biasiswa kepada anak-anak muda untuk menyambung pengajian.

Keluarga saya pula, diketuai oleh ibu dan bapa saya yang mana kedua-duanya adalah penjawat awam. Dari dahulu sehingga sekarang mereka banyak dibantu kerajaan dan melalui perkhidmatan merekalah mereka mampu menyara saya dan adik beradik. 

Adik pertama saya mendapat tajaan MARA untuk menyambung pengajian ke Brunel University, United Kingdom. Alhamdulillah segala kos hidupnya ditanggung oleh MARA.

Adik kedua saya pula masih belajar di sekolah rendah dan bakal menghadapi UPSR tahun ini. Alhamdulillah kerajaan memberikan bantuan RM100 untuk pelajar-pelajar sekolah. Yuran pendidikan sekolah rendah juga telah dimansuhkan. Pinjaman buku teks juga diberikan secara percuma.

Adik bongsu saya juga belajar di sekolah di kelas pendidikan khas. Adik bongsu saya adalah seorang kanak-kanak kelainan upaya atau OKU. Alhamdulillah kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat memberikan bantuan RM150 sebulan bagi kanak-kanak OKU yang bersekolah.

Seluruh keluarga saya begitu banyak dibantu kerajaan dari pelbagai sudut. Maka saya beranggapan tidak perlu dipersoalkan mengapa kami sekeluarga berterima kasih kepada kerajaan dan terus menyokong kerajaan sedia ada.

Sekali lagi timbul persoalan, zalimkah kerajaan BN?

SUMBER

Monday, 15 April 2013

APA !!! Tok Guru Ditegur Anak Muda Klate Di Perantauan ?? Macam ada apa2 je!!!


Terbaik!! Teguran Anok Mudo Perantauan Klate Untuk Nik Aziz. #GE13

Saya amat tertarik dengan satu penulisan tokoh anak muda di sebuah negeri. Beliau banyak melontarkan idea yang baik dan bernas, sesuai dengan ketokohan yang ada pada beliau... (Bukan jilat deh...)

Sekali fikir, sangat elok pandangan dan buah fikiran beliau yang kritis dan analitik terhadap masa depan parti Pas dan Karier politik Tok Guru Nik Aziz.
Berikut adalah luahan pandangan beliau...

"Wahai anak KELATE dale FB ambo,Tok Guru pun kure sehat doh. Umur 82 tahun molek rehat-rehat doh. Ambo kadang-kadang kesian pada Tok Guru kito. Kutuk, perudoh tidok samo sekali ambo buat. Tapi di umur gini, srupo Tun M pun sudah berehat dan tukat mano bulih. Ore tetap saye ko Tun, kalu saye ko Tok Guru, bui lah ore lain pulok jadi MB. Ore tetap saye kow dio. 

Kito anok mudo diajar hormat ore tuo. Mok pok mano ajar kito ludoh keji, beci ore tuo... takdok. Kadey-kadey sedih jugok, kalu lain-lain calon dalam PAS tu ulamak jugak, ustak jugok takpolah, tapi loni bercapu gaur habis. Saen sobat nilai la sendiri. Ambo pun beraso nok balik kijo kelate. Ore Kelate ni memey hebat di luar Klate. Ambo dop nafi.

pesey ayoh ambo,"mu saem la nga sapo pun takpo, jange ikut perangai dio.... waima kaki dadoh sekalipun, sekurey-kurey kito bulih nasihat dio....perudoh jange sekali...."


Che Murad a.k.a Pokder

Itu antara luahan dan idea yang perlu dinilai oleh pemimpin kita, disemua peringkat. Kedang-kadang, kita lupa bahawa Singapura yang hebat itu, suatu ketika di selamatkan oleh seorang kanak-kanak yang bukanpun ada jawatan.

Fikir-fikirkanlah wahai pemimpin.... 
Jadilah pejuang bangsa.... BUKAN PEJUANG BANGSAT!!!!

Wednesday, 27 March 2013

Gempar !!! Anak Muda Malaysia Cipta Rekod???


"Dengan konsep 1Malaysia, saya akan cuba melakukan yang terbaik untuk mengharumkan Malaysia di mata dunia. Saya harap usaha ini akan memberi motivasi kepada lebih banyak belia Malaysia untuk menyahut cabaran-cabaran dunia," katanya selepas menerima bendera kebangsaan daripada Najib sempena Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA), di sini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyerahkan 'Jalur Gemilang' kepada Kapten James Tan, yang pada usia 21 tahun, mencuba menjadi juruterbang termuda melakukan penerbangan solo mengelilingi dunia.

Menggunakan pesawat N81MG Cessna, perjalanan beliau selama 50 hari akan meliputi jarak 22,000 batu nautika (41,000km) dengan singgah di 31 destinasi.

Dalam cubaannya memecahkan rekod dunia yang kini dipegang warga Switzerland Carlo Schmid, 22, tahun lepas, Tan, anak kelahiran Hulu Langat menetapkan matlamat untuk memperkasakan minda belia Malaysia menerusi misinya itu.

Berita Penuh Klik SINI

Friday, 15 February 2013

Anak Muda Di Minta Jangan Terlalu Taksub Dengan Janji Manis Pembangkang



Generasi muda kini lebih taksub dengan janji pakatan pembangkang untuk mambawa perubahan dalam hidup mereka berbanding bersyukur dengan pembangunan dan kesejahteraan yang dikecapi negara setelah sekian lama.

Menurut bekas Perdana Menteri Tun Mahathir, ketika negara berada dalam era pembangunan, pekerjaan, pelajaran dan peluang menjadi golongan professional adalah terhad dan generasi muda kini tidak merasai kesusahan yang di alami rakyat sebelum ini.

"Bila kita anggap sesuatu itu sebagai perkara biasa, kita tidak begitu menghargainya.
“Kita menghargainya bila kita mendapat sesuatu yang tidak kita pernah dapat, tapi mereka dilahirkan di zaman negara sudah capai banyak kemajuan dan bagi mereka, ini memang keadaan biasa, dengan itu mereka tidak menghargainya," katanya kepada pemberita disini hari ini.

Tambah beliau, apa sahaja yang dikatakan Barisan nasional (BN) tidak mendapat respon yang baik.
Mahathir turut menjelaskan generasi muda kini begitu taksub dengan kepercayaan bahawa hanya perubahan pemerintahan akan membawa kepada perubahan dalam kehidupan mereka, sebab itu keadaan sekarang berbeza dengan suatu masa dulu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...