Menurut bekas Perdana Menteri Tun Mahathir, ketika negara berada dalam era pembangunan, pekerjaan, pelajaran dan peluang menjadi golongan professional adalah terhad dan generasi muda kini tidak merasai kesusahan yang di alami rakyat sebelum ini.
"Bila kita anggap sesuatu itu sebagai perkara biasa, kita tidak begitu menghargainya.
“Kita menghargainya bila kita mendapat sesuatu yang tidak kita pernah dapat, tapi mereka dilahirkan di zaman negara sudah capai banyak kemajuan dan bagi mereka, ini memang keadaan biasa, dengan itu mereka tidak menghargainya," katanya kepada pemberita disini hari ini.
Tambah beliau, apa sahaja yang dikatakan Barisan nasional (BN) tidak mendapat respon yang baik.
Mahathir turut menjelaskan generasi muda kini begitu taksub dengan kepercayaan bahawa hanya perubahan pemerintahan akan membawa kepada perubahan dalam kehidupan mereka, sebab itu keadaan sekarang berbeza dengan suatu masa dulu.
No comments:
Post a Comment