JAKIM yang selama ini diletakkan di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan Dato Seri Jamil Khir mengetuai jabatan tersebut (bertaraf menteri) bolehlah kini melebarkan sayap dan peranannya lebih jauh apabila kabinet memutuskan kenaikkan taraf JAKIM sebagai sebuah kementerian dan tindakan ini dilihat tepat pada masanya.
Persoalan mengenai agama Islam sebagai agama rasmi seringkali menjadi polemik politik apabila sebuah lagi parti yang menggunakan sentimen ke-Islaman iaitu PAS dilihat tidak berupaya menekan parti perikatan mereka terutamanya DAP dalam mengangkat agama Islam sejajar dengan kedudukannya di dalam perlembagaan.
Nasharuddin Mat Isa, bekas timbalan presiden PAS yang baru dilucutkan dari majlis syura baru-baru ini dikhabarkan bakal dilantik sebagai menteri pertama kementerian kemajuan agama Islam dan ia akan dilakukan sewaktu parlimen terbubar secara otomatis mengikut peruntukan perlembagaan.
No comments:
Post a Comment