Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Friday, 15 February 2013

Terminal Bas Medan Gopeng harus dikekalkan


Ipoh: Pengusaha-pengusaha bas di Terminal Medan Gopeng mencadangkan supaya Terminal Medan Gopeng dikekalkan di samping Terminal Amanjaya di Meru Raya bagi melancarkan lagi sistem pengangkutan awam di Bandaraya Ipoh.

Setiausaha Badan Bertindak Pengusaha Bas Terminal Medan Gopeng, Abd Hamid Sidek berkata, mereka mencadangkan Terminal Medan Gopeng digunakan untuk perkhidmatan bas ekspres ke selatan manakala Terminal Amanjaya untuk bas ekspres ke utara.

Menurut beliau, mereka bukanlah membantah kewujudan Terminal Amanjaya tetapi cadangan tersebut dicapai hasil beberapa sesi perbincangan yang diadakan dikalangan pengusaha bas yang beroperasi di Medan Gopeng.

"Kami bukanlah membantah Terminal Amanjaya kerana itu sebagai mercu tanda di negeri Perak tetapi kami sebagai pengusaha bas yang memperolehi pendapatan tidak seberapa, bercadang mahu kekal di sini,'' katanya pada sidang media di Ipoh hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Koperasi Pekerja Dan Pengusaha Bas di Terminal Medan Gopeng berkata, kadar sewa yang dikenakan di Terrminal Amanjaya juga jauh lebih tinggi berbanding dengan kadar sewa yang sedia ada sekarang.

“Kami menyokong penuh segala usaha kerajaan dan kami juga berpendapat supaya dikekalkan terminal yang sedia ada supaya perjalanan penumpanguntuk ke utara dan selatan akan berjalan dengan lancar,” katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...