Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Saturday 2 March 2013

Kisah Lahad Datu akan di Cerpenkan oleh seorang penulis Buku Sejarah tempatan??




Tidak dinafikan lagi bahawa kedatangan kumpulan itu telah membuat penduduk cemas dan segala aktiviti harian dihadkan. Kumpulan itu digelar sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal. Mereka juga kini berada di Kampung Tandau, Labian di Lahad Datu memberi jaminan akan meninggalkan Sabah secepat mungkin dengan syarat tuntutan mereka dipenuhi.

Dianggarkan lebih 100 orang mendarat di pantai lahad datu menggunakan bot dan bersenjata. Pihak polis kini mengambil pendekatan ‘berhati-hati’ bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Pada ketika ini rundingan sedang berjalan dan diharap penduduk di sekitar Lahad Datu supaya tidak percaya pada khabar angin. Kumpulan itu difahamkan menggunakan bot pancung dan polis akan menyiasat bagaimana mereka berjaya memasuki negara ini. Selain itu, pihak polis yakin bahawa rundingan akan berjaya dilakukan secara aman agar dapat menghantar mereka keluar dari negara ini secepat mungkin.

16 Februari 2013

Kerajaan Filipina menggesa sekumpulan 100 warga negara itu yang bersenjata dan kini dikepung pasukan keselamatan Malaysia di pesisir pantai berhampiran Lahad Datu, Sabah pulang ke pangkuan keluarga masing-masing di tanah air mereka

Setiausaha Ketiga dan Naib Konsul Kedutaan Besar Filipina di Kuala Lumpur, Johann Veronica M. Andal berkata pasukan tentera dan polis negara itu kini memantau serta bertukar maklumat dengan rakan sejawatan mereka di Malaysia dalam usaha mencari penyelesaian segera insiden itu. Pada masa sama, rondaan dan langkah keselamatan lebih ketat dipertingkat diperairan Tawi-Tawi dan pulau bersebelahan.

17 februari 2013

Pencerobohan kumpulan bersenjata oleh 100 lelaki warga Filipina di Lahad Datu, Sabah yang bermula minggu lalu semakin menghampiri penghujungnya. Kumpulan berkenaan yang dikenali sebagai Tentera DiRaja Kesultanan Sulu dikatakan bersetuju untuk meninggalkan Sabah. Perkembangan itu dimaklumkan oleh Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib sebentar tadi.

Beliau bagaimanapun memberitahu, kumpulan itu ada meletakan syarat untuk bertemu dengan satu individu tertentu sebelum bergerak keluar. Polis Sabah enggan memberikan nama indvidu yang dimaksudkan itu.

Setakat ini, kerajaan Malaysia dan polis telah memperlihatkan tahap profesionalisme yang tinggi dalam menangani kes pencerobohan berkenaan dengan toleransi dan dialog berterusan.

18 Februari 2013 – Penceroboh TIDAK MAHU TINGGALKAN SABAH


Pengikut Sultan Sulu yang menceroboh masuk ke Sabah minggu lalu tidak akan meninggalkan negeri itu kerana mendakwa kawasan tersebut merupakan wilayah nenek moyang mereka, kata Sultan berkenaan pada Ahad berhubung insiden yang berlaku. Sultan Jamalul Kiram berkata kira-kira 400 pengikutnya termasuk 20 penembak – tetap bertegas untuk tinggal di tempat berkenaan walaupun mereka dikepung oleh pasukan keselamatan, serta desakan kerajaan Malaysia yang mahu kumpulan itu pulang ke Filipina

Mengapa kami harus meninggalkan rumah kami sendiri? Hakikatnya mereka (rakyat Malaysia) membayar sewa (kepada kami). Pengikut kami akan tinggal di Lahad Datu, Sabah. Tiada siapa akan dihantar pulang ke Filipina. Sabah ialah rumah kami,” katanya kepada pemberita di Manila

Kesultanan Islam yang berpangkalan di Selatan Filipina pernah mentakluki Borneo dan menerima pampasan nominal tahunan dari Malaysia di bawah satu perjanjian lama kerana memiliki Sabah. Kiram berkata beliau memutuskan untuk menghantar kumpulan pengikutnya ke Sabah selepas kesultanan itu dipinggirkan dalam satu rangka kerja perjanjian yang ditamatkan pada Oktober antara Manila dan kumpulan pemberontak Islam di selatan Filipina

Perjanjian itu membuka jalan perdamaian di selatan Filipina yang merupakan rumah kepada kumpulan minoriti masyarakat Islam dan sebahagian besar orang Kristian Jurucakap Kesultanan Sulu, Abraham Idjirani kemudian berkata adik kepada sultan, Raja Muda Abimuddin Kiram, yang mengetuai kumpulan ke Sabah telah menyatakan kepada beliau melalui telefon bahawa mereka akan tinggal di sana

Objektif untuk tinggal di Sabah adalah untuk selama-lamanya, dengan mengambilkira hak kedaulatan kami ke atas Sabah, katanya kepada AFP. Idjirani berkata terdapat kira-kira 400 pengikut Kesultanan Sulu, termasuk 20 orang yang membawa senjata

Pada Khamis, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata jumlah mereka yang bersenjata adalah 80 hingga 100 orang. Idjirani berkata kumpulan berkenaan tidak akan bertindak ganas namun mereka akan menentang jika ada provokasi

Kami mengiktiraf keupayaan Malaysia. Kami tidak mempunyai senjata dan keupayaan namun kami mempunyai kebenaran sejarah,” katanya sambil menambah bahawa kumpulan itu ‘sanggup mati demi mempertahankan hak nenek moyang mereka’. Idjirani berkata pembantu kanan Presiden Benigno Aquino telah menghubungi sultan dan mereka sedia menghantar surat kepada kerajaan Malaysia bagi pihaknya dalam urusan perundingan

21 Februari 2013

Kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang memaklumkan situasi di Lahad Datu di mana kumpulan bersenjata yang mendakwa sebagai Tentera Diraja Kesultanan Sulu menceroboh masuk di Kampung Tanduo masih terkawal Selain itu beliau berkata, isu tersebut akan diselesaikan secepat mungkin.

Kami mengharapkan penyelesaian dilakukan secara aman,” katanya kepada pemberita Ismail menyangkal dakwaan bahawa polis telah berlembut dengan penceroboh terbabit. Kami mahu mengelak sebarang pertumpahan darah…kami berjaya mengawal keadaan. Kami berharap isu tersebut diselesaikan segera,” katanya

1 Mac 2013 – LAHAD DATU KINI DALAM ZON PERANG !!

Bunyi tembakan kini turut kedengaran akibat dari gempur antara tentera Sulu dan Pihak Malaysia. Doakan segalanya dalam keadaan yang selamat. Diharap pihak pertahanan kita kuat untuk melawan serangan pihak musuh. Nantikan laporan yang menyusul seketika nanti.

Tembakan didengari di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah, yang menjadi tempat kumpulan penceroboh selatan Filipina berkampung.

Ia berikutan tindakan pihak keselamatan Malaysia memasuki kawasan itu dipercayai untuk memulakan operasi menahan mereka setelah beberapa siri rundingan gagal dan tempoh pengusiran berakhir.

Info Terkini kematian


Dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina. Dua polis cedera dan kini dikejarkan di Hospital Lahad Datu.

Update 3.30 Petang

10 Anggota Penceroboh Terbunuh: ABS-CBNnews melaporkan jurucakap Abraham Idjirani sebagai berkata dia baru bercakap sendiri dengan adik Sultan Sulu Jamalul Kiram – Azzimudie Kiram – yang mengetuai kumpulan bersenjata di Lahad Datu itu. Azzimudie mengesahkan bahawa 10 lelaki terbunuh dan empat yang lain cedera dalam insiden tersebut.

“Dia melihat sendiri mayat-mayat tersebut,”  “Yang terbunuh termasuk seorang wanita.” Beliau mendakwa bahawa komando polis Malaysia telah menggunakan penembak tepat ke atas pengikut Azzimudie.

Update 4.36 Petang

Lahad Datu: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menguatkuasakan perintah berkurung serta merta di seluruh pekan ini sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

Update 6.55 Petang


Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib mengesahkan dua anggota keselamatan negara manakala 12 anggota kumpulan penceroboh dari Selatan Filipina terkorban dalam pertempuran antara dua kumpulan terbabit pagi tadi. Tiga anggota keselamatan turut disahkan tercedera dalam kejadian yang berlaku antara 20 hingga 30 minit pada jam 9.59 pagi.

Beliau juga mengesahkan kumpulan penceroboh itu melepaskan tembakan terlebih dulu ketika pihak berkuasa keselamatan sedang mengetatkan kepungan di lokasi persembunyian mereka di Kampung Tanduo. Hamzah turut mengesahkan pihaknya merampas beberapa senjata antaranya M-16, pelancar roket, peluru dan beg pakaian.

Lahad Datu kini berada dalam keadaan terkawal. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...