Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Monday 4 February 2013

Artis Jatuh Gaung ??



Diam tidak bermakna tiada lagi permintaan. Meskipun jarang mendapat publisiti, baik menerusi media cetak mahupun elektronik, rutin penyanyi Ezlynn, 31, tetap padat dengan persembahan.

Ketika ditemui di majlis prebiu filem Hantu Kak Limah 2: Husin, Mon, Jin Pakai Toncit arahan Mamat Khalid, Ezlynn kekal energetik, bahkan ramah seperti biasa. Katanya, tawaran menyanyi, berlakon dan mengacara tidak pernah putus hingga ada yang terpaksa ditapis supaya tidak berlaku pertindihan jadual. Tidak menafikan publisiti itu penting, Ezlynn bagaimanapun berkata, artis yang sudah lama berkecimpung dalam arena seni sepertinya tidak perlu lagi bersusah payah mempromosikan diri. Lainlah jika masih baru, perlu berusaha keras memastikan bakat serta kehadirannya disedari ramai. “Zaman publisiti bercerita itu ini sudah berlalu. Tak perlulah perkara kecil pun nak cerita, lainlah kalau ada produk baru tidak kiralah sama ada single atau filem, seronok sikit nak berkongsi. “Kalau nak ikutkan, memang dari dulu lagi saya hanya akan muncul di akhbar, majalah, televisyen dan radio jika ada produk baru. Kalau tak ada cerita, tak perlu reka cerita semata-mata mahu tonjolkan diri. Itu bukan cara saya. “Kini aneka medium yang membolehkan kita berkomunikasi dengan peminat. Biasanya saya gunakan laman sosial Facebook dan Instagram. Di situlah saya berkongsi aktiviti seni dan harian saya,” katanya.


Setiap hujung minggu, kata Ezlynn, ada saja undangan menjayakan persembahan di luar Kuala Lumpur. Minggu ini dia ke Pulau Pinang manakala hujung minggu depan pula ke Ipoh, Perak. Sepanjang bulan ini hingga penghujung Februari, dia terikat dengan komitmen promosi filem Hantu Kak Limah: Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit dan Fear Factor Selebriti Malaysia. Kata Ezlynn, menyanyi adalah keutamaannya selepas bidang lakonan dan mengacara. Andai tawaran menyanyi dan berlakon datang serentak, Ezlynn pasti memilih menyanyi sebab berlakon memakan masa lama. “Banyak tawaran drama terpaksa saya tolak kerana penggambaran terlalu lama. Jika telefilem, saya tidak ada masalah kerana paling lama 10 hari. “Saya berharap filem Hantu Kak Limah 2 diterima ramai. Sentuhan Mamat kali ini berbeza daripada Zombie Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah Balik Rumah. “Bagi saya, Hantu Kak Limah 2 kelakar biarpun ia lebih berat daripada karya terdahulu, malah saya suka ‘CGI’ yang menjadikan filem itu tambah menarik. “Selepas ini Animasi Bola Kampung 3D The Movie akan menyusul di pawagam. Ramai nama besar terbabit dengan projek ini termasuk Afdlin Shauki, Noh Hujan dan Deanna Yusof. Saya meminjamkan suara untuk watak utama, Iwan,” katanya yang baru selesai menjalani rakaman program Rentak Irama Muzik Jalanan di mana dia tampil sebagai juri bersama Lan Typewriter dan Andy Flop Poppy. Andai tidak terikat dengan aktiviti seni, dia gemar berbasikal bersama suami, Adam Fahmy Shamsudin, 35. Pencinta basikal mountain bike ini melakukan aktiviti sihat itu tiga kali seminggu, malah mereka aktif menyertai jambori berbasikal bukit. “Biasanya, saya kayuh basikal selama dua jam. Bermakna dalam seminggu, cecah kira-kira 100 kilometer. Aktiviti ini bukan saja bagus untuk kesihatan, ia juga membuatkan kulit saya cantik dan kurang berkedut. “Jika ada persembahan di luar Kuala Lumpur, saya dan suami pasti bawa bersama basikal. Kami akan berkayuh di tempat yang ada trek mountain bike. Kami turut menyertai jambori berbasikal bukit berskala besar. “Biasanya dalam setahun, ada lima hingga enam penganjuran. Ramai pencinta mountain bike menyertai aktiviti ini, bayangkan ada lebih 2,000 peserta masuk hutan. Kami kena redah sungai, menempuh trek mencabar dan bertembung dengan haiwan liar, termasuk ular.

“Tahun lalu, saya pernah redah sungai yang deras arusnya. Ketika itu semua peserta kena junjung basikal dan saya hampir dibawa arus. Mujur ada orang tolong selamatkan saya. “Jatuh hingga berparut dan bercalar sana sini perkara biasa. Antara insiden tidak dapat dilupakan ialah jatuh gaung. Orang tak perasan saya jatuh sampai mereka dengar jeritan saya. Kebetulan pula suami saya ketinggalan jauh di belakang. Ramai bantu tarik saya dan basikal. Mujur ketika itu tak cedera. “Paling teruk, saya pernah terjatuh sebab terlalu penat ketika berkayuh. Kepala saya rasa berpinar dan kemungkinan saya tertidur ketika berkayuh. Kepala saya terhentak batu. Helmet saya kemek. “Sakitnya Tuhan saja yang tahu. Kepala saya bengang selama 10 minit dan tak dapat kawal air mata dari berhenti menitis. Apapun, pengalaman itu tidak buat saya serik,” katanya yang belum dikurniakan cahaya mata.

HMETRO

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...