Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Thursday, 2 May 2013

TERKINI DAN SADIS !!! Remaja Maut Diseret Treler 100 Meter!!!

PARIT BUNTAR: Seorang penunggang motosikal maut dalam keadaan mengerikan apabila digilis dan diseret sebuah treler sejauh lebih 100 meter di Simpang Lima Parit Buntar, semalam.
Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa, M Sharendran, 22, mati di lokasi kejadian dan tubuhnya tersepit di bawah tayar treler berkenaan.
Seorang saksi kejadian, Saiful Mua’zam, 21, berkata, kejadian berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal bersendirian bergesel dengan treler yang menuju Kuala Kurau.
Menurutnya, kejadian itu menyebabkan mangsa yang menaiki Yamaha 135L terjatuh sebelum digilis tayar belakang treler itu.
"Saya tergamam melihat mangsa jatuh betul-betul di bawah tayar belakang lori itu sebelum digilis hampir 100 meter. Pemandu treler itu hanya berhenti selepas menyedari kenderaan berat dibawa melanggar mangsa dan motosikalnya," katanya.
Dia berkata, kejadian berlaku ketika hujan lebat dan jalan sibuk dengan kenderaan.
"Inilah kali pertama saya menyaksikan kemalangan begitu dahsyat. Saya tidak sanggup melihat keadaan mayat mangsa yang hancur akibat kemalangan itu.
"Mayat mangsa dibawa keluar oleh anggota polis sebelum dihantar ke Hospital Parit Buntar," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian Superintendan Mat Fauzi Nayan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kes kemalangan berkenaan yang membabitkan pemuda dari Ladang Jin Seng, Bagan Serai.
"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk dibedah siasat dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. ~Antarapos

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...