Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Thursday, 17 January 2013

Nak BR1M ke BL1M ke?


Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) YB Khairy Jamaluddin telah memperkenalkan Bantuan Lesen 1 Malaysia (BL1M) yang bakal memberi manfaat buat 500,000 golongan belia untuk memiliki lesen memandu kelas B2.

Dalam sidang media dan Majlis Perlancaran Laman Web www.bl1m.my di PWTC pada 14 Januari yang lalu Khairy Jamaluddin berkata :

"Inisiatif BL1M yang dikemukakan oleh Pemuda. BN ini bertujuan memberi peluang kepada semua penunggang motosikal meningkatkan kesedaran tentang keselamatan jalan raya, dengan meringgankan beban mereka dalam permohonan lesen dan proses pendidikan."

"Pendek kata, anda berhak menikmati kebebasan memiliki kaedah pengangkutan sendiri, dengan syarat anda juga menyedari tanggungjawab anda kepada komuniti."

"Manfaat program BL1M amat luas; ia akan membantu meningkatkan keselamatan jalan raya di taman perumahan, bahkan juga jalan awam."

"Mesej dari Pemuda BN sememangnya jelas: Kami mengutamakan keselamatan anda, dan akan berusaha ke arah pencapaiannya. Inisiatif BL1M ini merupakan salah satu daripada 10 usul yang digariskan di Perhimpunan Agung UMNO; kami sedia memenuhi janji membela rakyat."

Di bawah program BL1M, pemohon lesen kelas B2 tunggal (250cc ke bawah) berwarganegara Malaysia dan berusia 17 hingga 40 tahun hanya dikenakan bayaran yuran sebanyak RM199.

Ia meliputi pemohonan lesen serta tangkapan gambar, kelas latihan amali, ujian teori undang berkomputer dan ujian praktikal di institut memandu (IM) yang diluluskan oleh JPJ.

Pada masa ini, kos purata untuk memohon lesen B2 dan menjalani kelas latihan serta ujian-ujian yang ditetapkan sebanyak RM380. - MyMahasiswa

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...