Biar betul Dua rakyat Malaysia antara 41 individu yang dijadikan tebusan di sebuah pangkalan gas di In Amenas, Algeria.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dalam satu kenyataannya berkata, pihaknya sudah berhubung dengan keluarga mangsa yang dijadikan tebusan serta syarikat di mana mereka berkerja yang berpangkalan di Singapura.
“Malah, pihak kedutaan juga meminta bantuan dari Kementerian Luar Negeri Algeria bagi mengesahkan sama ada terdapat rakyat Malaysia lain yang terbabit dalam insiden itu.
“Dalam masa sama, kita juga memohon bantuan bagi memastikan keselamatan serta pembebasan rakyat Malaysia yang kini dalam tahanan,” katanya.
Menurutnya, dia juga sudah berhubung secara langsung dengan rakan sejawatnya di Algiers, TYT Mourad Medelci bagi membincangkan perkara berkenaan.
“Kerajaan akan melakukan yang terbaik dalam usaha memastikan rakyat Malaysia yang ditahan dapat dibebaskan dengan selamat,” katanya.- Harian Metro
No comments:
Post a Comment