Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Monday, 8 April 2013

Terkini !!! Gomo Akan Serang Anwar Di Ceramahnya !!!

Papagomo VS Anwar Ibrahim : Nampaknya apa yang dipanggil perjuangan oleh blogger Papagomo sendri tidak pernah padam walaupun ketika ini Papagomo berhadapan dengan dua tuntutan saman yang bernilai puluhan dan ratusan juta masing-masing daripada Anwar Ibrahim sendiri dan juga Husam Musa.

Perjuangannya selama ini untuk menyerang dan melemahkan pimpinan Pakatan Rakyat termasuklah sasaran utamanya Anwar Ibrahim tidak hanya berhenti setakat……penyebaran beberapa siri video melibatkan Anwar Ibrahim sahaja yang didedahkannya sebelum ini.

Ini kerana yang menariknya kali ini, blogger Papagomo yang gah di laman blognya sehingga seringkali mendapat perhatian dan ruang menerusi hasil tulisannya di Buletin Utama TV3 dan Utusan Malaysia untuk dijadikan sumber rujukan berita mereka, Papagomo sendiri mengumumkan yang beliau akan bertanding menentang pimpinan NO.1 Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim di kubu kuat Ketua Pembangkang Malaysia itu dalam Pilihanraya Umum ke 13 (PRU 13) kali ini.

Papagomo VS Anwar Ibrahim : PRU 13 Medan Kuburkan Anwar?

blogger papagomo

Papagomo VS Anwar Ibrahim : Kalah Sudah Pasti, Tapi Biar Anwar Senak!

Meneliti akaun Twitter blogger Papagomo, Papagomo sedar sebenarnya yang beliau akan kalah. Tetapi pelannya bertanding di Parlimen Permatang Pauh untuk “berkongsi bahan kempennya ” bersama -sama warga Permatang Pauh di sana sekaligus dengan harapan dapat memecahkan sedikit -sebanyak jumlah majoriti yag bakal dimenangi Anwar Ibrahim kelak.

Papagomo pilihanraya
Papagomo
Papagomo

Jikalau Anwar Ibrahim mungkin akan meneruskan agenda kempen seperti yang dipersetujui oleh pilipinan Pakatan Rakyat bagi membentangkan manifesto pakatan Rakyat (SEPERTI DI SINI) termasuklah hebahan agenda ekonomi kepada warga Permatang pauh amnya, apa pula agaknya bahan kempen yang bakal dihidangkan Papagomo untuk warga Permatang Pauh yang boleh mengganggu gugat dan memecahkan seberapa banyak jumlah majoriti yang pernah dimenangi Anwar Ibrahim semasa Pilihanraya kecil Permatang Pauh sejumlah 15,671 undi?

Adakah risalah kempen seperti dakwaan liwat terhadap Anwar Ibrahim ataupun juga beberapa lagi siri video lucah dan liwat yang didakwa melibatkan Anwar Ibrahim akan dipertontonkan Papagomo kepada rakyat Malaysia umumnya dan warga Permatang Pauh amnya sepanjang berlangsung kempen Pilihanraya Umum ke 13 kelak? 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...