Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Friday 23 November 2012

~Bila orang Islam sokong murtad~


Kenyataan ahli parlimen Melayu ultra kiasu mengenai orang Melayu bebas memilih agama, terus mendapat sokongan. Selain daripada sokongan rakan politik sepakatan, seperti yang dijangka, pertubuhan yang dianggotai sekumpulan wanita Islam tetapi anti-Islam, turut memberikan sokongan. Mereka mempertikaikan kenapa ‘masuk Islam boleh, keluar tidak boleh’? ‘Islam mesti ada jalan keluar, bukan satu hala sahaja’. Jarangkan sekali pertubuhan ini bersuara, jika sesuatu isu tidak berpihak kepadanya. Tiba-tiba mereka begitu lantang bersuara menyokong ahli parlimen tersebut.

Apakah makna semuanya ini? Masihkah kita masih buta? Terutama, pimpinan tertinggi PAS yang pada awalnya, bertindak berdiam diri, kini tampil menyokong dan mempertahankan ahli parlimen tersebut. Ramai pakar dalam PAS yang fasih berbahasa Inggeris, terjemahkanlah apa yang diucapkan dengan ikhlas kepada pimpinan mereka.

Saya mendengar satu persatu apa yang diperkatakan dalamyou tube. Kenyataan beliau tidak diputar belitkan. Apa yang dilaporkan oleh akhbar tempatan dan laman web ultra kiasu,malaysiakini, memang benar. Kenapa kita masih berdolak-dalik? Kita sepatutnya bertindak mempertahankan kebenaran dan menolak kebatilan. Ini tidak, kita bertindak melihat dia geng kita atau tidak. Ini beginilah cara kita bertindak, kepada siapakah kita harapkan untuk menjaga agama, bangsa dan negara ini.

Pertubuhan wanita jahil Islam ini berkata kebebasan beragama termasuk kebebasan menukar agama jika sudah tidak dipercayai adalah dibenarkan dalam Islam. Memaksa seseorang berpegang kepada agama adalah hipokrasi. Ingin saya bertanya, apakah sandaran yang digunakan untuk berhujah? Paling tidakpun, perincikan apa yang diperkatakan. Ya, tidak dinafikan ada jalan keluar untuk mereka yang mahu murtad atau tidak lagi percaya kepada Islam. Namun, mereka tidak bolehlah boleh murtad sewenang-wenangnya kerana agama Islam bukan agama kedai kopi, suka masuk, tak suka keluar.

Kita semua tertakluk kepada undang-undang, proses dan prosedur. Misalnya, mesti ada proses seperti kaunseling, bertaubat, pujuk, rayu dan sebagainya. Setelah pelbagai usaha dilakukan, tetapi masih berdegil, ketika itu, tanggungjawab kita mungkin telah selesai. Tetapi melepaskan seseorang untuk terus murtad, tidak boleh diterima sama sekali.

PAS sepatutnya tampil ke hadapan memperincikan lagi ‘prosedur murtad’ kepada orang Islam. Bukannya terus menyokong dengan menuding jari, “ini adalah permainan politik kotor UMNO”. Sikit-sikit UMNO. Bezakanlah identiti PAS dengan PKR. Pendek kata, jika ada berita yang disensasikan, mesti kerja UMNO. Letih melihat politik sebegini. Tidakkah sebenarnya peranan kita sebagai pertubuhan Islam menjernihkan yang keruh. Kenapa asyik menuding jari?

Terlalu banyak terbuang kerana menuding jari daripada membincangkan idea dan masa depan agama. Teringat kepada kata-kata barat, great mind discuss idea, average mind discuss event, small mind discuss people. Kita terlalu banyak memperkatakan ‘orang’ daripada perkara asas (idea) itu sendiri sehingga minda menjadi kerdil. Tidak hairan, kita tidak banyak berubah. Masa banyak terbuang memperkatakan orang daripada memberi dan membincangkan idea. Sejarah membuktikan bahawa, kebanyakan negara-negara yang telah mencapai tahap maju, adalah disebabkan mereka banyak menfokuskan idea daripada menuding jari kepada orang.

Idea daripada kawan dan lawan digunakan untuk membangunkan negara. Belajarlah daripada kekalahan Romney kepada Obama. Romney menerima kekalahannya dan akan menyokong membantu pentadbiran Obama dengan menyumbang idea-idea bernas meskipun melalui kritikan. Sikap inilah yang perlu ada pada kita hari ini.

Banyakkan membincangkan idea daripada orang. Misalnya, kenyataan ahli Lembah Pantai itu. Apa yang saya faham, ayat tidak ada paksaan dalam beragama, dalam surah al-Baqarah: 256, adalah ditujukan kepada orang bukan Islam, walaupun semua ayat dalam al-Quran ditujukan kepada manusia. Kita tidak boleh paksa bukan Islam memeluk Islam, kecuali atas kerelaan mereka.

Misalnya, dahulu saya tidak Islam, walaupun saya cenderung terhadap Islam, orang Islam masih tidak boleh paksa saya memeluk Islam, kecuali atas kerelaan saya sendiri. Bila ada kerelaan dan keikhlasan, ketika itu, orang Islam boleh membantu untuk proses pengIslaman seterusnya. Pendek kata, tidak ada unsur paksaan, kecuali dalam kes-kes tertentu dalam zaman dahulu.

Perlu diingat, setelah saya memeluk Islam atas kerelaan sendiri, maka saya tidak boleh keluar daripada Islam atau murtad sewenang-wenang kerana saya telah memilih Islam. Islam terlalu suci dan mulia, sebab itu kita tidak boleh menyalahkan Islam dan keluar Islam, setelah memeluk Islam. Islam bukan agama kedai kopi, keluar masuk sesuka hati, bila ‘dirasakan’ sukar untuk diamalkan.

Soalan sebeginilah yang selalu dipertanyakan, kenapa agama Islam begitu rigid dan tidak adil? Boleh masuk Islam tetapi tidak boleh keluar?  Kenapa tidak ikut seperti Indonesia atau India, tidak perlu memeluk Islam untuk mengahwini bukan Islam?

Perlu saya jelaskan, selain daripada tidak boleh mempermainkan agama Islam seperti kedai kopi, orang (agama) Islam turut dilindungi oleh perlembagaan. Baca Perlembagaan Negeri dan Perlembagaan Persekutuan, Perkara 3, 11 dan Perkara 160 (2), makna Melayu, yang membawa erti, beragama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu dan berbudaya Melayu. Bermakna, orang Melayu mesti beragama Islam. Jika keluar Islam, maka, sudah tidak Melayu lagi namanya. Kebebasan menukar agama tidak terpakai kepada orang Melayu (Islam).

Kita mungkin mendengar ada Arab Kristian atau Arab Yahudi dan sebagainya. Tetapi di Malaysia, bila disebut Melayu, mereka mesti menerima Islam sebagai cara hidup, kecuali mereka murtad tanpa pengetahuan seperti yang berlaku dalam beberapa kes.  Inilah perlindungan dalam perlembagaan yang tidak dalam negara lain hatta dalam negara majoriti Islam. Sebab itulah, saya agak sukar untuk menerima pendapat jahil yang mengatakan Malaysia sebuah negara sekular.

Ternyata ultra kiasu Melayu tersebut tidak sensitif atau tidak faham budaya politik negara ini. Mungkin dia baru setahun jagung menceburi bidang politik sehingga menyebabkan beliau mudah atau sengaja tersasul. Kadang-kadang terlalu berlagak pandaipun tidak boleh juga. Tidak mengapa, kita nampak bodoh seketika, asalkan tidak merugikan Islam. Saya amat bimbang dengan umat Islam hari ini, masing-masing hendak menunjukkan pandai. Mereka tidak sedar bahawa ‘kepandaian’ mereka itu sebenarnya boleh menjahanamkan Islam sehingga Islam dianggap sama dengan agama lain atau pluralisme. Kita boleh berkongsi nilai-nilai agama yang mulia, tetapi kita tidak berkongsi agama, kerana akidah berbeza.

Oleh kerana ahli parlimen ini bukan kelulusan agama atau undang-undang, lebih baik jangan terlalu obsess dalam membincang isu-isu ini, kerana boleh membahayakan diri sendiri. Inilah akibatnya apabila kita terlalu ghairah untuk berkuasa. Bila bercakap, tidak fikir implikasinya terhadap agama suci murni ini.

sumber rasmi...blog ustaz Ridhuan Tee

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...