Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Saturday 12 January 2013

12 Ribu Rakyat Kedah Bangkit tentang Kezaliman !!!


Kira-kira 12,000 orang berkumpul di Charok Genting Bunga, Padang Terap, dekat sini bagi membantah tindakan kerajaan Pas Kedah melakukan aktiviti pembalakan di kawasan seluas 400 hektar di hutan simpan Tasik Pedu bagi projek taman agro pelancongan.

Perhimpunan membabitkan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) Kedah berlangsung secara aman selama hampir tiga jam selepas solat Jumaat.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata banyak lagi tanah terbiar di negeri ini boleh dibangunkan untuk dijadikan ladang buah-buahan tanpa menyentuh kawasan hutan berhampiran kawasan tadahan air.

"Semua ini bohong sahaja, hari ini kita bawa rakyat negeri ini datang ke kawasan ini untuk melihat hutan yang telah digondolkan oleh kerajaan Pas Kedah dan ini bukan fitnah dan rakyat boleh menilai," katanya pada sidang media di sini Jumaat.

Katanya Perkasa Kedah diminta membuat satu surat aku janji kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan pemimpin Barisan Nasional (BN) negeri agar tidak mengganggu hutan simpanan kekal sekiranya mereka dapat menawan kembali negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) nanti.





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...