Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Saturday, 12 January 2013

Tahniah Pada Peserta HKR #kl112

 #KL112: Tahniah semua!

Tahniah! Tiada perkataan lain yang nampak sesuai dan tepat diberikan kepada semua.

Tahniah bukan sahaja kepada penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat, tahniah juga kepada Polis Diraja Malaysia, Kementerian Dalam Negeri, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan pengurusan Stadium Merdeka.

Sekali lagi rakyat dan pihak berkuasa telah berjaya membuktikan bahawa satu perhimpunan - tidak kira saiz dan bilang peserta - boleh diadakan dengan aman dan berjaya jika setiap individu yang terbabit, sama ada yang memegang kuasa atau sebaliknya, bekerjasama, menghormati satu sama lain, memahami tugas dan tanggungjawab masing-masing dan menghormati peraturan dan undang-undang.

Selepas insiden pahit Perhimpunan Bersih 2.0 dan Bersih 3.0. semua menunjukkan bahawa rakyat Malaysia masyarakat matang.

Nampaknya kita boleh menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dengan tenang dan aman.

Komen-komen blog mikro yang ditinjau menunjukkan pemimpin dari Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) mengucapkan tahniah atas 'kejayaan' hari ini.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah yang mengucapkan tahniah kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, "+100 RT "@dinogombak: tahniah boss @HishammuddinH2O dan syabas pada @PDRMsia ada yang tak tidur dari semalam... #Salute."

Saifuddin yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi menulis, "Tahniah! RT "@dinogombak: boss @HishammuddinH2O dah boleh relaks minum kopi !!"

Hishammuddin pula membalas mesej Twitter dengan menulis: "Terima kasih, ia tidak mudah @DrFathirAlhadad: #KL112 #HKR112 @HamdanMSalleh dengar khabar @PDRMsia semakin matang bersama masyarakt madani... Kudos H2O."

SETERUSNYA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget