Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Friday, 21 September 2012

~PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2012 nk dkt dh ...~



KUALA LUMPUR - Perhimpunan Agung Umno tahun ini akan berlangsung dari 27 Nov hingga 1 Dis depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
Najib, yang juga Presiden Umno, berkata perhimpunan lima hari itu akan dimulakan dengan taklimat presiden pada 27 Nov diikuti dengan perasmian perhimpunan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri pada sebelah malam.
"Dari 28 Nov hingga 1 Dis pula akan berlangsung perhimpunan Wanita, Pemuda dan Puteri manakala pada 29 Nov hingga 1 Dis ialah Perhimpunan Agung Umno," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato' Onn di sini, hari ini.
Turut hadir Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Najib juga berkata sehingga 18 Sept, sebanyak 176 bahagian Umno telah bermesyuarat manakala baki 15 bahagian lagi dijangka berbuat demikian pada hujung minggu ini.
Bagaimanapun, Najib berkata Perhimpunan Agung Umno akan ditunda sekiranya kerajaan memilih untuk mengadakan pilihan raya umum pada waktu yang sama.
"Mudah sahaja. Sekiranya pilihan raya diadakan, kita tangguhkan Perhimpunan Agung. Tarikh pilihan raya terpulang kepada kita untuk putuskan bila masa yang terbaik. Kita boleh adakan atau tidak adakan, tapi kita akan teruskan seperti biasa," katanya.
Ditanya sama ada penetapan tarikh Perhimpunan Agung akan menyebabkan rakyat terus membuat spekulasi bahawa pilihan raya umum akan diadakan tahun depan, Najib secara berseloroh berkata biarlah rakyat membuat spekulasi mengenai perkara itu.
"Saya suka mereka buat spekulasi," katanya. - Bernama
dipetik dari laman ini

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...