Kejadian berlaku sekelip mata. Anggaran waktu kejadian ialah waktu tengah hari. Ketika Pemuda UMNO Putrajaya sedang sibuk mengedar risalah kepada penduduk di sekitar Apartment Presint 9, Fasa 12, ketika itulah puak² fanatik hamPAS 'menyerang' BN Putrajaya dengan membakar bendera gergasi BN yang digantung di pesisir jalan berdekatan Sek Keb P8 (2) serta berhampiran rumah teres P8.
Kejadian ini juga turut menggemparkan beberapa penduduk berdekatan tetapi nasib baik api yang merebak ini berjaya dikawal. Sekiranya penduduk tidak perasan, pasti api merebak dengan cepat dan boleh merosakkan harta benda lain dan mungkin kejadian lebih buruk akan berlaku.
Rata-rata penduduk di sini nampaknya semakin berang dan kurang senang dengan cara PAS Putrajaya berkempen dan cara mereka membuat provokasi kepada jentera BN. Penulis sempat menemubual penduduk(identiti terpaksa dirahsiakan) berkata, "hari penamaa calon belum lagi tetapi penyokong Husam Musa sudah mula mencetuskan kontroversi di Putrajaya. Beginikah akhlak orang Islam? Saya juga percaya, penyokong² Husam Musa ini adalah penduduk luar Putrajaya yang mungkin datangnya dari Bangi / Kajang/ Seri Kembangan mahupun Dengkil..Orang Putrajaya tidak buat perkara negatif macam ni" katanya lagi.
Buat Husam Musa, kejadian ini sememangnya tidak akan mematahkan semangat pejuang² BN di Putrajaya ini tetapi Pemuda UMNO Putrajaya akan lebih bersemangat demi mempertahankan Putrajaya daripada dirampas oleh 'orang luar' seperti kamu dan sekutu kamu.
Kami rakyat Putrajaya selama hampir 10 tahun hidup di sini dengan aman damai dan beruntung dapat YB Tengku Adnan yang banyak membantu kami. Jangan kerana PRU13 ini tiba² kamu (Husam Musa) muncul hendak menjadi hero pula?? Baliklah ke kampung halaman mu wahai Husam Musa...
No comments:
Post a Comment