Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Thursday, 7 March 2013

Kematian Pejuang Bumi Malaysia dihina Teruk!!!


Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya adalah peribahasa yang paling sesuai apabila kita membicarakan tentang keceluparan mulut pemimpin pakatan pembangkang.

Di bawah adalah kenyataan keluarga Allahyarham Koperal Sabarudin Daud yang sangat kecewa dengan keceluparan pakatan pembangkang.
SHAH ALAM - "Saya sanggup mati demi menuntut bela atas kematian adik dan tidak rela kematiannya dihina sebegini rupa," kata Che Azni Ahmadun, 49, sepupu kepada Koperal Sabarudin Daud, 46, yang terkorban dalam insiden pencerobohan di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah baru-baru ini. 
Sebelum itu, Che Azni membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam kira-kira jam 3 petang semalam, sebelum keluar kira-kira setengah jam kemudian. 
Ketika ditemui, beliau berkata, laporan dibuat kerana mahu pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya terhadap Naib Presiden PKR, Tian Chua dan Ahli DAP, Jonathan Lin yang didakwa mengeluarkan kenyataan tidak bertanggungjawab berhubung insiden terbabit. 
 Jonathan Lin - contoh keceluparan penyokong DAP.
Pesara tentera itu berkata, kenyataan yang dikeluarkan Jonathan mengenai anggota terkorban juga sangat melampau dan dilihat sebagai cuba mengambil kesempatan untuk mengeksploitasikan isu tersebut. 
Che Azni berkata, beliau sangat kecewa kerana pengorbanan mangsa yang terkorban tidak dihargai. 
"Saya pernah berkhidmat sebagai anggota keselamatan dan tahu macam mana pengorbanan yang dicurahkan untuk negara. 
"Jika dipanggil semula untuk berkhidmat, saya rela angkat senjata untuk menuntut bela atas kematian Sabarudin dan anggota lain yang terkorban," katanya. 
Menurutnya, dia berharap polis dapat mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat, selain mahu membetulkan keadaan agar jasa anggota keselamatan yang terkorban dipandang tinggi. - SH
Anda lihat juga video YB Zulkifli Noordin yang menempelak mulut celupar Tian Chua, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menghina pasukan polis yang berkorban nyawa mempertahankan nyawa di Lahad Datu.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...