BERITA yang mungkin membuatkan si Anwar dan puak-puak pakatan yang selama ini beranggapan Dr. Juanda Jaya, Mufti Perlis tidak menyokong kepimpinan Barisan Nasional ternyata meleset. Tentu puak-puak ni dah hilang semangat kerana rupanya ramai cendikiawan Islam yang menyokong kepimpinan DS Najib yang terus-menerus secara konsisten menegakkan syiar Islam di Malaysia.
Kenapa perlu ubah kerajaan yang sedia ada jika mereka konsisten dalam memperjuangkan Islam?
PAS belum lagi dapat membuktikan yang mereka memperjuangkan syiar Islam. Belum lagi terbukti yang PAS mampu menegakkan Islam. Hukum hudud yang dicanang setiap kali menjelang pilihanraya hanyalah omong kosong para pemimpin yang dilabelkan sebagai wali. Kelantan, Kedah telah diperintah oleh PAS namun sehingga ke saat ini hukum hudud yang dikatakan tidak pernah terwujud di dua buah negeri PAS ini.
Kerajaan negeri melalui Menteri Besarnya mempunyai kuasa penuh dalam melaksanakan hukum tersebut kerana hukum syariah dan juga mahkamah syariah adalah dibawah bidang kuasa kerajaan negeri. Kenapa kena tunggu dapat Malaysia dahulu baru nak laksanakan?
Jika benar PAS ikhlas dalam memperjuangkan Islam dan ingin mewujudkan hukum hudud, sejak dari awal 2008 setelah mereka menang kerusi DUN mereka sudah boleh merangka hukum hudud. Rasanya Sultan Kedah dan Sultan Kelantan tiada halangan dalam meluluskan hukum hudud yang disyarakkan dalam Islam tersebut.
Ternyata yang hukum hudud hanyalah mainan PAS untuk menarik sokongan rakyat terutama yang beragama Islam supaya menyokong mereka. Dr. Juanda juga menyeru supaya rakyat memilih kerajaan yang benar-benar ikhlas dalam mentadbir kerajaan Islam ini. Berhati-hati dalam memilih kerajaan kerana bukti nyata telah sedia ada bersandarkan prestasi kerajaan PAS Kelantan yang tidak pernah membina masjid untuk umat Islam di sana. Tetapi patung Buddha tinggi melebihi kubah masjid boleh pula dibina tanpa meminta derma dari orang ramai. Kerajaan Islam macam mana tu?
Parti PAS bukan Parti Islam. PAS bukan agama.
Pemimpin pas kena belajar dulu tgok kat Aceh Indonesia walaupun negara republik & presiden tak melaksanakan hukuman ikut syariah Islam tetapi para pemimpin di Aceh mereka tetap menerapkan syariah Islam walaupun banyak mendapat tentangan jg.
ReplyDelete