Apa yang dikupaskan oleh Sahabat Blogger, RBF Online, amat menarik dan amat berguna walaupun bagi para pecacai Pakatan Rakyat, khususnya puak-puak yang mengamalkan sikap HALALKU WA HARAMMU akan membutakan mata, memekakkan telinga dan menyongketkan bibir sambil beriktikad, fitnah yang mereka dengar selama ini tanpa sebarang bukti, adalah DALIL SAH.
Agak menarik, mengapa seorang blogger boleh mencari bukti-bukti ini dengan lengkap dan lebih meyakinkan berbanding Chegu Bard yang hanya menggunakan Borang Kemasukan Item Kastam yang kemudian dijaja-jaja kononnya, Rosmah Mansor memiliki cincin berkenaan?
Bahkan paling menarik, mengapa agaknya TOK IMAM-TOK IMAM MURAKKAB PAS yang tidak menjalankan tugas agama, sebaliknya hanya bertopengkan agama, terus memanjangkan fitnah Chegu Bard sekalipun tidak mempunyai sebarang bukti nyata?
Lebih menarik lagi ialah apabila ada pula PECACAI PAKATAN yang mempersoalkan, mengapa cincin tersebut boleh keluar masuk Kastam dengan mudah hanya semata-mata untuk dilihat oleh Rosmah Mansor!
Walhal segala butiran telah diberikan oleh BLOGGER RBF secara terperinci. Maka timbullah tandatanya mengapa pula perincian sebegitu rupa, masih tidak difahami oleh PECACAI PAKATAN yang masih mengeluarkan pertanyaan bodoh. Adakah kerana dia tidak faham, tidak membaca, atau sememangnya manusia seperti PECACAI PAKATAN yang mengeluarkan pertanyaan sebegitu rupa, tergolong daripada mereka yang telah DIBUTAKAN MATA, DIPEKAKKAN TELINGA DAN DIHIJAB HATI MEREKA?
Anda baca sendiri apa yang didedahkan dan diterangkan oleh RBF DI SINI... kalau anda masih juga berpendirian dan masih mengulang-ulang serta mempercayai bahawa cincin berkenaan merupakan milik Rosmah Mansor, sememangnya ada sesuatu yang tidak kena dengan otak anda.
Atau barangkali cuba anda uji dengan MENGUCAP SYAHADAH... barangkali ada sattah, syaddah, kasroh, atau dummah mahupun huruf yang tertinggal di mana-mana sehinggakan Allah Taala menarik kembali kewarasan dan keupayaan otak untuk mengadaptasi penjelasan dan perincian sehingga terselindung daripada kebenaran serta realiti semasa.
No comments:
Post a Comment