Teruskan bercakap wahai Nik Aziz... sebab semakin lama cakapmu, tidak ubah seperti AHMAK atau bahasa Melayunya bermaksud dungu, tolol, bahlol, baghal dan bengong!
Malam tadi, Nik Aziz sekali lagi mengajarkan perkara karut yang menjadi sebahagian daripada isi perut dan urat dagingnya. Katanya, orang UMNO kalau bersolat tak akan dapat pahala kerana UMNO mengamalkan dasar kebangsaan yang menolak Islam.
Dasar Kebangsaan tolak Islam?
Apakah yang Nik Aziz cuba maksudkan Islam itu sebagai PAS? Kalau Islam dimaksudkan sebagai PAS, maka HALALLAH dan WAJIBLAH bagi UMNO memerangi dan menolak PAS kerana PAS tidak pernah memperjuangkan Islam yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w, sebaliknya PAS hanyalah sebuah parti politik yang telah mempergunakan dan memperdagangkan Islam dengan harga yang amat murah iaitu sebuah kerusi politik untuk tempoh 5 tahun!
BACA DI SINI
Taktik mengkafirkan UMNO dan mengislamkan PAS yang diamalkan oleh Nik Aziz sebenarnya amat menyerupai kaum Khawarij mengkafirkan sesiapa sahaja yang bukan daripada golongan mereka.
Islam apakah yang diajarkan oleh Nik Aziz? Dia sendiri cuba mengambil kerja Allah Taala dengan menentukan pahala dan dosa manusia lain. Apakah kerana dia menjadi Mursyidul Am PAS, maka dia bebas mengeluarkan kenyataan menyeleweng dan karut sebegitu rupa?
Seterusnya Nik Aziz cuba bercakap tentang IKHLAS. Katanya, kalau tidak ikhlas, tidak dapat pahala.
Sekali dengar, memang betullah cakapnya tu. Apa-apa amalan pun, perlu ikhlas dan wajib mengikhlaskan diri kepada Allah Taala. Tetapi dalam konteks dia sendiri sebagai orang politik, ikhlas sangatkah perjuangannya itu? Ikhlas sangatkah dia sehingga dia pernah mengeluarkan kenyataan akan terus bertanding dalam pilihanraya biarpun terpaksa berkerusi roda? Ikhlaskah dia untuk menjadi wakil rakyat walaupun tahu dia sebenarnya tidak pernah peduli dengan masalah rakyat yang diwakilinya? Adakah amalannya akan diterima sekiranya dia MEMECAH AMANAH yang dia sendiri minta?
Apa sebenarnya tujuan PAS ditubuhkan? Baca Lagi Klik SINI
No comments:
Post a Comment