Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%
Showing posts with label Zambry. Show all posts
Showing posts with label Zambry. Show all posts

Thursday, 4 April 2013

Terkini !!! Manifesto Selaras Janji akan Diumumkan ???


Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul KadirIPOH -  Barisan Nasional Perak akan melancarkan manifesto khusus untuk negeri ini dalam menghadapi pilihan raya umum ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

"Manifesto peringkat negeri akan selaras dengan janji yang dibuat di peringkat kebangsaan. Kami akan memberi penekanan kepada semua aspek kepentingan rakyat," katanya.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pula berkata parti itu bersedia dari segi kempen, strategi dan kewangan untuk menghadapi pilihan raya umum itu.

Katanya pembahagian kerusi untuk ditandingi oleh pakatan pembangkang di Perak sudah 98 peratus siap dan beliau menyifatkan peluang mereka sebagai 60:40 untuk mengambil tampuk pemerintahan negeri.

Pengerusi Perak, Datuk Dr Mohd Nor Manuty berkata, parti itu dijangka bertanding di 20 kerusi parlimen dan Dun di Perak dengan penampilan 60 peratus muka baharu termasuk kemungkinan bekas pegawai tinggi tentera.

Perak mempunyai 59 kerusi Dun dengan 28 kerusi dikuasai BN, 27 kerusi diwakili pembangkang manakala empat lagi kerusi diwakili calon bebas yang mesra BN sebelum pembubarannya hari ini.

Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu berkata BN negeri itu bukan sekadar bersedia malah yakin dapat mengambil kembali dua kerusi Dun kawasan Simpang Empat dan Sanglang daripada Pas pada pilihan raya kali ini. - Bernama

Wednesday, 3 April 2013

Zambry Umum Kejutan Buat Rakyat Perak !!!


Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini mengumumkan pemberian insentif tambahan sebanyak RM500 kepada setiap penjawat awam kerajaan negeri.

Beliau berkata pemberian yang akan dimasukkan dalam pembayaran gaji bulan ini melibatkan lebih 8,000 penjawat dengan peruntukan RM7.5 juta.

Ia sebagai menghargai usaha penjawat awam ekoran peningkatan hasil kerajaan negeri tahun lepas, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri.

"Kerajaan negeri menjangka kutipan hasil RM865 juta bagaimana kita berjaya mencapai RM905 juta," katanya.

Antara penjawat awam yang bakal menerima insentif itu ialah yang berkhidmat di Pejabat Tanah dan Galian, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan yang merangkumi Majlis Daerah serta Majlis Perbandaran.

Zambry turut menyangkal pemberian itu sebagai 'gula-gula' pilihan raya.Beliau berkata tahun sebelum ini, kerajaan negeri juga memberi insentif tambahan.

Sementara itu beliau berkata mesyuarat exco hari ini merupakan yang terakhir sebelum Dewan Undangan Negeri (Dun) dibubarkan.

Beliau dijadual mengadap Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah petang ini untuk memohon perkenan pembubaran Dun. - Bernama

Monday, 1 April 2013

Terkini !! Zambry Terus Martabat Islam dengan Umum Pembinaan Ma'ahad Tahfiz setiap Daerah ..


130331-maahad1Kerajaan Negeri Perak akan membina Ma’ahad Tahfiz di kesemua daerah di negeri ini untuk melahirkan masyarakat yang sentiasa menitikberatkan ilmu agama disamping mengerjakan aktiviti seharian.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata, setakat ini lima daerah negeri ini iaitu di Lenggong, Kerian, Sungai Siput dan Tapah telah mempunyai Ma’ahad Tahfiz dan yang terbaru bakal dibina di Pulau Pangkor.

“Hari ini saya merasmikan majlis pecah tanah bagi projek Ma’ahad Tahfiz, seperti yang telah diumumkan sebelum ini, kita akan bina sekolah tahfiz di setiap daerah di negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis tersebut di Tapak Projek Ma’ahad Tahfiz Pulau Pangkor, di Kampung Teluk Gedong, Pulau Pangkor, hari ini.

Beliau berkata, pelajar yang bakal menuntut di sekolah ini akan ditempatkan di asrama dan projek ini diharap memberikan kualiti pendidikan yang baik untuk mencapai tahap kecemerlangan yang terbaik, sebaris dengan pelajar daripada sekolah harian yang lain.

“Disamping belajar mengaji Al-Quran, belajar ilmu keislaman, mereka juga akan mengambil peperiksaan PMR, SPM, dan STPM seperti pelajar sekolah harian dan juga berpeluang melanjutkan pelajaran ke universiti dalam mahupun luar negara,” katanya.

Dr Zambry berkata, sebanyak RM8 juta telah diperuntukkan untuk projek ini dan kerajaan negeri akan mempertimbangkan lagi sekiranya terdapat kos tambahan yang diperlukan.

“Ini merupakan projek fasa pertama dan kerajaan negeri masih mempertimbangkan untuk menambah peruntukan untuk projek ini kepada RM10 juta sekiranya terdapat penambahan yang diperlukan,” tambahnya.

Beliau juga berkata, pihak kerajaan negeri tetap tidak akan melupakan Ma’ahad Tahfiz swasta yang lain dan akan terus memberikan bantuan dan sumbangan kepada mereka.

“Kerajaan negeri akan terus memberikan bantuan dan sumbangan kepada Ma’ahad Tahfiz swasta yang lain, tetapi untuk projek seperti ini kesemua Ma’ahad yang bakal dibina akan diletakkan sepenuhnya dibawah bantuan kerajaan negeri,” katanya.

Saturday, 30 March 2013

Terkini !!! BN Perak telah muktamadkan Senarai Calon Bertanding ??


 Dr Zambry Abdul KadirIPOH - Barisan Nasional (BN) Perak telah memuktamadkan senarai calon yang akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13, kata Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir.

Bagaimanapun, kata Pengerusi BN negeri itu, keputusan akhir senarai calon tetap akan diputuskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN.

"Calon negeri Perak akan mempunyai kombinasi (muka baharu dan lama). Akan ada perubahan kerana sering kali kita sebut untuk kemuka calon yang terbaik.

"Kami juga menghormati ada calon yang telah menjadi wakil rakyat dan berkhidmat dengan baik dan mereka boleh dikekalkan," katanya kepada pemberita pada majlis minum pagi bersama ketua biro organisasi media di Perak di sini hari ini.

Zambry berkata calon yang disenaraikan ialah calon tempatan dan telah melalui proses tapisan yang merangkumi pelbagai aspek.

"Mungkin ada dalam kalangan mereka dikekalkan dan ada yang digugurkan bukan sahaja disebabkan faktor tapisan tetapi juga termasuk faktor populariti," katanya.

Beliau menjelaskan calon yang akan bertanding di kawasan dewan undangan negeri (DUN) tidak perlu popular di peringkat negeri atau nasional sebaliknya mereka perlu popular dan disenangi di kawasan DUN yang akan ditandingi.

Mengenai kemungkinan terdapat pihak yang tidak berpuashati apabila tidak dicalonkan, Zambry berkata: "Ini manusia, biasalah... adakalanya dia rasa masih perlu (jadi calon) tapi parti berpandangan perlu ada pertukaran.

Kami adakan perbincangan dengan baik maka dengan ini ia dapat diselesaikan".

Katanya semua pihak yang terlibat telah dijelaskan bahawa apa yang paling penting ketika ini ialah untuk memastikan kemenangan BN.

Ditanya mengenai kemungkinan berlakunya perpecahan dalam parti berikutan calon tertentu tidak terpilih untuk bertanding, Zambry tidak menolak kemungkinan perkara itu boleh berlaku.

"Saya mahu bercakap secara praktikal. Saya tidak mahu menyatakan bahawa tidak ada orang sokong sana, orang sokong sini. Apa yang penting ialah tanggungjawab kita menyelesaikan perkara ini.

"Kita perlu tahu akhirnya suka atau tidak, calon hanya ada seorang. Tak mungkin ada dua calon daripada parti yang sama," katanya.

Zambry berkata sebagai anggota parti, mereka perlu akur dengan keputusan yang dibuat oleh parti berhubung pemilihan calon.

Mengenai pembahagian kerusi antara parti komponen BN, beliau berkata ia dibuat berdasarkan formula untuk memenangkan BN.

"Mungkin ada perubahan untuk kami pastikan kerusi yang ditandingi capai kemenangan," katanya sambil menjelaskan agihan kerusi hanya akan diumumkan selepas mendapat persetujuan Najib. - Bernama

Wednesday, 20 March 2013

Terkini !!! Anwar akan bertanding Di Perak ???



Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir tidak hairan jika Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di Perak kerana pakatan pembangkang sememangnya dianggotai pemimpin politik
 'touch n go'.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri berkata, pemimpin pembangkang termasuk Anwar dan Lim Kit Siang berhak bertanding di mana sahaja mereka suka kerana itu dibenarkan dalam sistem demokrasi.

"Kalau rasa mereka adalah pemimpin 'touch n go', mereka buatlah apa yang disukai. Tidak mendatangkan kehairanan kepada saya kalau itu keputusan yang mereka buat," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini mengumumkan akan bertanding kerusi Parlimen sama ada di Perak atau Selangor.

Menurut Anwar, beliau belum membuat keputusan muktamad tentang kerusi Parlimen di negeri mana yang akan ditandingi tetapi sedang menimbang untuk bertanding di Perak.

Ditanya sama ada peluang BN untuk menang di Perak akan terjejas jika Anwar bertanding di sini, Zambry berkata, pihaknya tidak gentar langsung.

Katanya, tiada istilah gentar dalam dunia politik, apatah lagi apabila berada dalam suasana pilihan raya.

"Sepatutnya soalan gentar itu tidak ditanyakan kepada saya tetapi ditujukan kepada Anwar. Kenapa beliau tidak kekal di kawasannya di Permatang Pauh. Apakah beliau gentar?," soalnya.

Zambry berkata, tindakan Kit Siang bertanding di Parlimen Gelang Patah di Johor pada Pilihan Raya Umum Ke-13 mungkin menjadi pengakhiran kepada perjalanan karier politik Penasihat DAP itu.

"Mereka rasa tidak akan alami masa surut. Mereka perlu faham, apabila tiba masanya, air pasang akan surut juga dan ada sebab musababnya.

"Kamu pernah menamatkan karier politik orang lain dan siapa tahu karier politik kamu juga akan ditamatkan dengan cara sama," katanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...