Mungkin pada mereka nyawa itu tidak bernilai jika yang mati itu melayu. Contoh nyata apabila teoh beng hock mati mereka sanggup memaki anggota keselamatan kerana mempertahankan seorang yang berbangsa cina. Bukan MKP nak bermain sikap rasis akan tetapi semua ini terbukti dan kita semua tahu akan kisah kematian teoh beng hock dibela oleh DAP.
Sejarah pengorbanan ini perlu dikenang supaya generasi baru mengerti perjuangan dalam usaha mengekalkan ketenteraman menuntut harga yang amat mahal.
Peristiwa Bukit Kepong contohnya antara rentetan sejarah silam yang dikenang sebagai kisah keberanian dan kegigihan anggota PDRM dalam mendaulatkan ketenteraman negara.
Tanpa usaha yang sewajarnya peristiwa pengorbanan wira-wira yang tidak didendang ini pastinya akan terkubur.
Menyelami sejarah silam ini, antara peristiwa yang menarik untuk diingati, misalnya peristiwa pertempuran di Chan Wing Estate, Bekok, Johor pada 15 Oktober 1950, selepas tujuh bulan peristiwa Balai Polis Bukit Kepong diserang sekumpulan pengganas komunis yang diketuai Mat Indera pada 23 Februari 1950.
Dalam pertempuran itu, lapan anggota polis terkorban terdiri daripada seorang koperal, lima konstabel dan dua konstabel tambahan.
Dalam tempoh 12 tahun pengisytiharan darurat iaitu pada 12 Februari 1949, komunis menyerang Jelebu, Negeri Sembilan yang menyebabkan 15 anggota polis terkorban.
Serangan itu juga hampir menyamai kejadian di Jalan Kroh-Betong, Perak pada 17 Jun 1968 apabila 17 anggota polis yang masih baru dalam pasukan Batalion 1 pasukan Polis Hutan atau kini Pasukan Gerakan Am gugur akibat diserang hendap komunis
Baca Lagi Klik SINI
No comments:
Post a Comment