Walaupun dihambur dengan kata-kata kesat, apatah lagi untuk mengundi YB Dato Hamidah namun itu tidak melemahkan semangat YB Dato Hamidah membantu koperasi yang baru seperti koperasi Al-Barakah.
Agak tertarik dengan ucapan pengerusi Jawatankuasa Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Al Barakah Dr. Hj. Ahmad Husni Bin Hj Hassan dengan membaca Surah Al Hujurat, Ayat 10:
"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat".
Mengambil pendekatan itu YB Dato Hamidah turun melihat sendiri kedai runcit koperasi Al-Barakah yang berada dibangunan yang sama dengan Markas Pas Kampung Pengkalan Pegoh dengan niat untuk membantu sesama Islam.
Menurut YB Dato Hamidah, "walaupun saya tahu koperasi ini daripada pengerusinya hingga ke ahli-ahlinya adalah penyokong kuat parti Pas namun saya turun pada hari ini sebagai seorang Islam untuk membantu umat Islam yang lain"
"Jika saya fikir ini sebagai agenda politik, saya pasti tidak akan turun pada hari ini kerana hampir kesemua ahli-ahlinya tidak pernah menyokong saya", kata YB Dato Hamidah lagi.
Oleh itu saya berharap setelah kita sudah lafaz semua umat Islam adalah bersaudara, sepatutnya tidak perlu mengkafirkan umat Islam yang lain sewenang-wenangnya, tidak memaki hamun umat Islam yang lain semudah itu.
Koperasi Al-Barakah ini telah dibantu dengan pinjaman mudah sejumlah RM60,000.00 untuk ubahsuai dan barangan runcit.
Lagi :SUNGAI RAPAT ONLINE
No comments:
Post a Comment