Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Friday, 22 February 2013

Fam tidur lagi kut??


http://bilalelakiberbicara.blogspot.com/2013/02/fam-masih-belum-sedar-diri.html


Pentadbiran syok sendiri. FAM masih belum sedar diri. FAM masih tetap tidur dengan angan-angan menjadikan bola sepak Malaysia antara yang terbaik. Eksperimen 20 tahun? 30 tahun? 40 tahun? Berapa lama lagi mahu tunggu?

Prestasi pasukan Harimau Malaya tidak dinafikan bertambah baik. Jangan berlagak dengan mengatakan kejayaan itu dan ini. FAM masih belum sedar diri. Ada satu perkara yang amat penting FAM perlu tahu. Bola sepak adalah sukan no 1 di Malaysia. Kenapa no 1?

Bola sepak menjadi no 1 disebabkan peminat. Tiada peminat stadium kosong, kantung pasukan negeri kosong, kantung FAM pun kosong kerana tidak dapat menghukum pasukan negeri. Tugas FAM cuma berselindung dibawah Artikel 88. Kebal. Sangat kebal!

Apa yang paling mengecewakan, luahan peminat langsung diketepikan. Sentiasa pertahankan tindakan mereka. Bila pasukan berjaya bangga diri, bila merosot tak faham-faham nak undur diri. Hanya kambing hitam menanggung akibatnya. Perubahan yang dimahukan peminat hampa kerana terlalu kebal (Artikel 88)

Perdana Menteri Malaysia meminta rakyat memberi input kepada pembangunan negara. Tapi FAM bongkak. Sudah ramai peminat membicarakan tentang kekurangan sistem bola sepak di Malaysia. Tetapi FAM masih belum sedar diri. Sentiasa mencari peluang dan mengambil kesempatan terhadap pasukan negeri.

Perlukah demonstrasi besar-besarkan dilakukan AI (faham-faham je la ye) baru kehendak peminat dipenuhi? Perlukah pasukan negeri memboikot liga Malaysia baru FAM nampak dan sedar diri?

Sekurang-kurang dengarlah cadangan peminat dan komen orang ramai bagi menaikkan bersama kualiti bola sepak negara. Jangan ada perangai pangkah memangkah supaya kedudukan terjamin dalam FAM. Jangan laungkan slogan "Kami akan bekerja demi menaikkan mutu bola sepak negara". Bak kata Tun "Dah lama dah".

Entah bila FAM nak sedar diri. Asyik menghukum bagi menutup kelemahan sendiri. Mood peminat baru nak bernafas, jangan matikan minat peminat kepada Liga M dengan drama FAM. Sebab FAM masih belum sedar diri. Dengar! Dengar! Dengar! Bila peminat bercakap dengan kamu! Rombak FAM Malaysia!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...