Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Sunday, 6 January 2013

WALAU ZAIRIL BERJAYA KE CEC DAP NAMUN MELAYU MASIH TIADA WAKIL!!


HARAP para pembaca dan pendengar berita yang disiarkan oleh media-media elektrik dan elektronik tidak terpedaya dengan segala pembohongan yang dibuat. Semalam TV3 menyiarkan yang Zairil Khir Johari telah terpilih menganggotai Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP kerana kesilapan teknikal yang baru disedari.

Oleh kerana kesilapan teknikal terbabit, Pengarah Pilihanraya DAP terpaksa meletakkan jawatan untuk membersihkan nama DAP yang sedikit tercemar dalam insiden ini. Persoalan yang kerap bermain difikiran aku sejak semalam adalah, kenapa baru sekarang? Sudah lebih 2 minggu persidangan DAP di Pulau Pinang berakhir tapi kenapa baru sekarang timbul isu kesilapan teknikal? Di mana kredibiliti DAP dalam menjalankan pilihanraya dan berani pula meminta tuntutan pilihanraya bersih dan adil?

Yang sebenarnya, CEC DAP masih tiada calon Melayu di dalamnya walaupun Zairil yang berlagak umpama Melayu telah menang dengan kesilapan teknikal. Zairil hanyalah anak angkat kepada Khir Johari dan darah keturunan beliau adalah Cina. Mana mungkin seorang anak muda Cina yang hanya berkeluarga angkatkan seorang tokoh Melayu diangkat menjadi pembela Melayu dalam DAP? 

Apa yang dia boleh buat tentang hak dan kehendak ahli Melayu dalam DAP? Jangan jadi bodohlah. Ternyata yang DAP itu rasis dan tidak menghiraukan sedikit pun tentang peranan Melayu dalam parti itu.

Lagi satu yang aku nampak adalah Guan Eng cuba mengalihkan isu yang boleh menjatuhkan reputasi teruk terhadap DAP iaitu berkenaan kes Nga dan Ngeh yang memiliki syarikat pembalakan yang diambil dari Kelantan. Memang ada yang tak kena pasal kontrak pembalakan yang diberikan oleh Nik Aziz kepada pemimpin DAP Perak ini. Harap jangan jauh terpesong.

Teruskan membongkar bersama sehingga Nga dan Ngeh terlingkup sekaligus berjaya membuktikan yang DAP bukanlah sebuah parti bersih yang digembar-gemburkan. Guan Eng cuba menutup bangkai gajah dengan daun pisang. Kes Nga dan Ngeh lebih besar dari kesilapan teknikal dalam CEC DAP.

Jangan tersilap congak nanti kita yang rugi. Jangan terlalu bongkar kenapa Zairil berjaya naik atas kesilapan teknikal kerana mereka cuba lari dari isu besar yang boleh menjatuhkan mereka. Fikirkan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...