Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Wednesday, 19 September 2012

~TAHNIAH PADA KJ DAN USTAZ NASRUDDIN ATAS ISU INNOCENCE OF MUSLIM~

SHAH ALAM – Pemuda Umno dan Pemuda Pas bersatu suara membidas kenyataan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang secara sinis persoalkan perhimpunan besar-besaran umat Islam membantah filem Innocence of Muslims, Jumaat ini sebagai buang masa dan tenaga.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, kenyataan pemimpin DAP itu menunjukkan beliau sangat tidak sensitif terhadap perasaan umat Islam dan juga kedudukan Rasulullah SAW dalam Islam.

"Ini amat malang sekali. Dia rakyat Malaysia tetapi masih tidak faham perkara asas dalam Islam dan juga sensitiviti orang Islam.," katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan turut mengecam Koo Ham dengan menegaskan tiada isu buang masa atau tenaga sebagaimana dikatakan pemimpin DAP itu kerana bantah filem itu adalah kewajipan setiap individu Muslim.

"Kita tentang kerana ini isu agama, bukan politik. Filem ini menghina Rasulullah dan mengguris hati umat Islam seluruh dunia," katanya.

Menurutnya, berhimpun bantah filem itu adalah usaha kecil dibuat bagi menunjukkan perasaan tidak puas hati terhadap perbuatan biadap itu.

"Saya nak ajak semua ahli Pas hadir di kedutaan Amerika Syarikat Jumaat ini," katanya.

Perhimpunan sama juga akan dianjurkan Pemuda Umno pada hari yang sama, yang mendorong Koo Ham mempersoalkan dalam Twitternya: (Khairy nak orang Islam membantah Sam Bacile. Untuk Islam atau untuk kepentingan politiknya? Tidakkah orang Islam membuang terlalu banyak masa dan tenaga untuk ini?).

SUMBER SINAR HARIAN : http://www.sinarharian.com.my/politik/pemuda-umno-pas-bidas-koo-ham-1.86373

~GAMBAR TUN M BERSAMA ISTERINYA YANG SANGAT ROMANTIK~

CONTOH YANG BAIK PADA SEMUA..DAH TUA PON MASIH BAHAGIA BERSAMA ISTERI TERCINTA...MOGA JADI TAULADAN PADA SEMUA (:



~Mesej untuk Khairy dan Nasrudin~

FILEM Innocence of Muslims, yang mempersenda Nabi Muhammad SAW  membangkitkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia. Di negara kita, demonstrasi dianjurkan di merata negeri dan daerah. Selain  jemaah masjid yang  berdemonstrasi selepas solat, beberapa NGO turut menyuarakan bantahan.

Memang  banyak provokasi  dilakukan terhadap umat Islam.  Tidak lama dulu, akhbar Denmark, Jyllands-Postenmemaparkan kartun yang mempersendakan Nabi Muhammad. Ahli politik Belanda, Geert Wilders, juga sering mencetus provokasi. Begitu juga, apabila Terry Jones, paderi sebuah gereja kecil di  Amerika Syarikat membakar al-Quran, demonstrasi demi demonstrasi bantahan diadakan.

Demonstrasi adalah salah satu cara memanifestasikan perasaan dan merakam bantahan mana-mana pihak yang menyokong atau menentang sesuatu perkara. Ia sihat dalam amalan demokrasi selagi ia tidak bertukar menjadi rusuhan tidak terkawal. Ia bagus selagi jawatankuasa anjur demonstrasi menjaga disiplin ahli. Ia baik selagi pemimpin demonstrasi itu sendiri tidak lepas tangan apabila sesuatu tidak diingini terjadi.

Demonstrasi yang berpaksi daripada sesuatu isu itu seharusnya disertai pihak yang mempunyai pandangan dan pendirian sama, tidak kira daripada kumpulan mana ia datang dan anutan fikiran apa yang diwakili. Sesuai dengan tujuan demonstrasi iaitu menunjuk kuat dengan penglibatan seramai mungkin pembantah, lagi besar kumpulan berdemonstrasi, lagi besarlah impak yang diperolehi.

Dalam konteks ini alangkah molek Pemuda Umno dan Pemuda Pas dapat sama-sama berjalan sederap kaki dan berganding bahu suarakan bantahan. Alangkah cantik jika mereka berarak dari dua arah  berbeza dan bertemu menjadi arus besar menuju ke kedutaan AS.

Isu yang ditangani adalah isu pertahankan imej Nabi yang dipersendakan. Yang ingin dirakamkan kepada  Amerika Syarikat adalah ketidaksenangan kita terhadap rakyatnya yang tidak sensitif terhadap agama lain. Yang lebih penting, apa yang hendak ditunjukkan kepada umat Islam ialah betapa perlunya kita membuang pakaian politik apabila soal agama menjadi mainan orang.

Pengikut akan ikut apa yang pemimpin buat. Apa yang patut dibuat pemimpin mestilah sesuatu yang boleh dilihat oleh pengikut. Retorik daripada permainan kata pemimpin politik sukar dimengerti oleh ahli. Tetapi, bila Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berjalan bersilang lengan dengan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan, ahli yang lain akan ikut serta.

Bayangkan betapa padunya semangat yang bernyala tatkala demonstrasi itu. Lafaz selawat senada dan laungan yang gegak gempita akan mengalirkan ukhuwah dan membarakan rasa persaudaraan yang akan meleburkan seketika hijab prasangka akibat berlainan pendirian dalam politik. Biarpun sekejap, ia adalah satu perasaan yang menegakkan bulu roma.

Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Kalau dah tentu handal, di mana pun seseorang itu berada, dia tetap kekal dengan kehebatannya. Kalau sudah tentu hebat, dengan siapa pun kita bergaul, keampuhan peribadi akan tetap terserlah.

Tidak kiralah siapa yang hendak bergerak dahulu atau kemudian asalkan kedua-dua pihak nampak peri pentingnya kita suarakan bantahan terhadap imej Nabi yang diperkotak-katikkan.

Tidak ada yang menang-kalah seandainya kedua-dua pihak membuka baju politik buat seketika dan mempamerkan pakaian Islam yang sememangnya sudah terlekat di kulit dan sudah mendarah daging di dalam tubuh.

Datanglah. Datanglah dengan hati yang terbuka lagi tulus dan suci. Bukalah tangan-tanganmu untuk menggenggam tangan-tangan saudaramu yang mungkin tidak pernah kamu sentuh. Rasakan roh persaudaraan yang menggetar dan mengalir di antaramu. Jadikan demonstrasi Innocence of Muslims sebagai permulaan.

Kita sudah tiada masa. Onar yang semakin banyak berlaku dalam arena politik yang kian membahang sudah menampakkan kedunguannya.

Tindakan merosak kenderaan, menyimbah cat kepada bas dan bangunan, membakar bendera dan memijak gambar pemimpin yang semakin kerap terjadi membayangkan ia makin tidak dapat dikawal. Jika tiada pemimpin yang menegur, menasihati dan menyuarakan kebencian kepada aksi bodoh yang semakin ganas ini., seolah-olah ia bukan dilakukan oleh mana-mana aktivis politik.

Para pemimpin boleh menyejukkan suhu politik membahang ini. Tunjukkan gambaran besar yang patut diperjuangkan. Fokuskan kepada perkara yang ada isi dan inti. Apakah kita layak bercakap tentang ukhuwah, tentang perpaduan, kalau diri sendiri tidak boleh berdiri dalam satu saf?

sumber bernama sinar harian http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/norden-mohamed/mesej-untuk-khairy-dan-nasrudin-1.86385

Tuesday, 18 September 2012

~BLOGGER-BLOGGER PCT MENGAMUK LAGI~

BERITA HARI INI ,TINDAKKAN SALAH SEORANG PEMIMPIN KANAN DAP PERAK(NGEH)YANG MEMPERSOALKAN TINDAKAN ORANG ISLAM YANG MEMPROTES FILEM YANG TERKINI IAITU "INNOCENCE OF MUSLIM" DIANGGAP BIADAP .


DILAMAN TWEETERNYA BELIAU TURUT MENYOAL YANG TELAH DITERJEMAHKAN DALAM BAHASA MALAYSIA YANG BERBUNYI DIANTARANYA "Khairy mahu Muslim protes membantah Sam Bacile. Bagi Islam atau bagi kepentingan politik? Adakah Muslim membuang masa dan tenaga dalam berhubung perkara ini?" 



agak bro2 sekalian boleh nilai tak apa maksud tersirat yang dikeluarkan beliau.Kalau fikir secara rasional pon rasanya dah boleh dapat jawapannya.


BAGI PIHAK ANAK JATI MALAYA SENDIRI ,BLOGGER MENYOKONG SEPENUHNYA TINDAKKAN YANG TELAH DIAMBIL SECARA DRASTIK  OLEH RAKAN BLOGGER PCT YANG TERDIRI DARIPADA KINTA MENJERIT DAN BUDAK BENTENG SERTA SEKUPANG DUA ANAK PAKYA DIATAS LAPORAN YANG TELAH DIBUAT SEKITAR JAM 4 PETANG TADI DI IPD IPOH ,PERAK BERHUBUNG DENGAN ISU YANG TELAH MENGHANGITKAN KEADAAN..

PAGI PIHAK ANAK JATI MALAYA JUGA,BLOGGER JUGA INGIN BERTANYA PADA RAKAN SEKUTU KUATNYA IAITU PAS SENDIRI DALAM HAL INI,ADAKAH HANYA INGIN MENDIAMKAN DIRI SAHAJA SETELAH NGEH MENGELUARKAN STATEMENT SEDEMIKIAN.ANAK JATI MENUNTUT TINDAKKAN SEGERA DALAM HAL INI,KALAU BETUL NAK PERJUANGKAN ISLAM BERANI KAN DIRI BANTAH KATA2 YANG DIKELUARKAN NYA...



blogger PCT mohon Polis DiRaja Malaysia siasat atas statement yang dikeluarkan

untuk lebih info boleh klik di link yang anak jati berikan 





Monday, 17 September 2012

~Filem 'Innocence of Muslims' Cara Zionis -Yahudi Permalukan Islam~

Lelaki  di balik tabir pembuatan filem anti-Islam yang memercikkan gelombang protes kekerasan di Timur Tengah .dulu pernah dipenjara. Dalam masa percobaan hukuman dia dilarang menggunakan komputer dan internet.  Atas pelanggaran dengan menyebarkan film lewat internet,[Filem Innocence Of Muslims yang menghina Nabi Muhammad SAW].Dia boleh  kembali dikirim ke penjara.

Nakoula Basseley Nakoula 55 tahun,penganut  Kristian Koptik kelahiran Mesir . Sekarang tinggal di California, dulu pernah divonis bersalah atas kepemilikan obat terlarang yang dijadikan bahan metamfetamin dan penipuan keuangan, pengakuan palsu atas situasi muflis atau bangkrap, dituntut atas cukai pendapatan  yang belum dibayar nya

Pada Juni 2006 ia mengajukan kemuflisan , setelah diharuskan membayar cukai-pajak sebesar 191 ribu dolar.
 
Ia juga dikenal memiliki jaringan palsu sedikitnya menggunakan 17 nama samaran, termasuk  “Kritbag Difrat” dan “PJ Tobacco.”
Nakoula, lelaki  botak ini ,telah menikah, punya tiga orang anak,adalah  seorang Kristen Koptik yang tidak religius pada agamanya .Pernah  dulu memiliki stesyen pam minyak  Ialah yang diyakini menulis senario 'Innocence of Muslim' dalam selnya di penjara California.

Produksi filem dimulai beberapa minggu  setelah ia dibebaskan pada Jun  tahun lalu. Saat ini pun mantan banduan  itu masih menjalani masa percobaan bebas bersyarat setelah dipenjara selama 21 bulan atas penipuan tadi, salah satunya membobol kad kredit dengan akaun orang lain. Setelah ditahan, kerana  penipuan bank, ia kemudian menjadi informan pemerintah.[1]

Di California, Anna Gurji : 21 tahun, yang melakonkan watak pengantin kanak-kanak yang dikahwini Muhammad dalam filem tersebut meluahkan rasa kesal kerana dia telah 'dikhianati' oleh Nakoula. Dia juga melahirkan rasa takut akan tindak balas umat Islam ke atasnya

'Saya melakonkan watak pengantin perempuan bongsu kepada watak yang bernama George, "katanya. 'Saya tidak tahu George akan ditukar kepada Muhammad. Saya mengunci diri di dalam rumah saya. Saya takut orang-orang di Timur Tengah akan menyalahkan saya.

'Saya penganut katolik oleh itu mereka mungkin fikir saya menentang umat Islam. Saya mengambil pil tidur. Saya telah menangis selama beberapa hari. Saya rasa dikhianati. Muka saya terpapar dalam klip filem. Apabila orang menonton filem buruk itu mereka akan melihat saya. '

Gurji berkata dia dan pelakon lai percaya mereka telah membuat sebuah filem aksi yang dipanggil Desert Warrior. Nakoula atau 'Sam' tidak pernah menyebut tentang agama.

'Saya diberitahu saya adalah untuk menjadi watak Hilary, pengantin muda kepada watak yang dipanggil George, "katanya. 'Filem ini adalah tentang sebuah komet yang jatuh ke Bumi di Timur Tengah purba.[2]

"Sam Bacile" diyakini adalah Nakoula,

Dalam masa bebas bersyarat, ia tak boleh menyentuh akses internet dan komputer berlaku selama lima tahun. Namun pada July, "Sam Bacile" diyakini adalah Nakoula, mengunggah trailer berdurasi 14 minit di YouTube. Kini FBI  California menyelidiki apakah dia melanggar persyaratan kebebasannya.

Nakoula diyakini melubangi rumah dengan empat bilikya untuk lokasi set penggambaran filem tersebut berhampiran  Los Angeles. Mereka yang mengenalnya menggambarkan sosoknya sebagai lelaki berwatak melankolis , pandai berbicara yang kerap mengenakan setelan kot  dengan tali leher-.Dia  tak memiliki pekerjaan tetap dan ambisinya adalah memproduksi filem, itulah yang pernah dilontarkan nya setidaknya pada tahun 2008 dulu.

Projek fielm yang sedang dia  garap tertunda ketika dia masuk ke penjara. Para pelakon yang sudah menandatangani  kontrak diberitahu bahwa Nakoula sedang sakit. Filem anti-Islam tersebut diyakini menelan dana 250 ribu dolar US.

Salah seorang  mantan kawannya, seperti dikutip Daily Telegraph, bertutur, "Dia seorang pemalsu ulung. Dia bisa menipu siapa pun dan melakukan apa pun untuk mendapatkan uang dan keterkenalan."

"Dia tak punya etika sama sekali, zero - etika. Ia berbicara banyak. Namun ketika anda tahu siapa sebenarnya dia, anda tak akan percaya padanya. Saya kira dia membuat filem untuk terkenal, untuk kemasyhuran. Saya tidak percaya ia seorang yang religius. Dia tidak benar-benar mengenal Tuhan." tutur kawannya.[3]
Pada Kamis pagi lalu, Nakoula dikabarkan menelpon pemimpin Persekutuan Koptik Ortodox dari California Selatan, Uskup Serapion. Nakoula menyatakan tidak bersalah dan bukan dirinya yang membuat filem tersebut.

Uskup Serapion, yang sebelumnya tidak pernah mengenal Nakoula mengutuk filem tersebut dan mengaku prihatin dengan reaksi permusuhan yang kini diterima umat Kristen Koptik. "Jika seseorang membuat ulah-onar  maka mereka yang harus bertanggung jawab. Kami sebagai gereja, tak pernah memiliki misi kebencian."

Walau bagaimanapun tanggapan membela oleh pemimpin Amerika serta pendukung dana pembuatan filem tersebut oleh donator Yahudi Zionis - Api "Kebencian' dan Permusuhan terhadap Islam dan Nabi Mujammad SAW  telah berjaya dipetik oleh "Sam Bacile" Nakoula,[4]Seperti kata-kata pembelaan Presiden Obama  "Saya telah menjelaskan Amerika Serikat memiliki penghormatan besar bagi pemeluk semua agama," kata Obama dalam pidato radio mingguannya. "Tapi, tak pernah ada pembenaran bagi kekerasan ... Tak ada alasan untuk menyerang Konsulat dan Kedutaan Besar kami."

Obama mengakui gelombang kerusuhan anti-Amerika di Timur Tengah sudah menggangu. Pentagon mengirim Marinir guna meningkatkan keamanan di Kedutaan Besar AS di Sudan. Namun, Khartoum menolak tindakan tersebut setelah peningkatan serupa di Libya dan Yaman.



Protes keras anti-Amerika telah berkobar di dunia Muslim sebagai reaksi atas film yang menghujat Nabi Muhammad SAW. Satu serangan terhadap Konsulat AS di Kota Benghazi, Libya, menewaskan Duta Besar AS Christopher Stevens dan tiga lagi staf berkebangsaan Amerika minggu ini.

Sumber Info ;

[1] ROL berita/internasional/global/12/09/15

[2] Harakahdaily.net/index.php/terbaik-dari-blog/13175.

[3] 
Daily Telegraph.uk

[4] ibid ,

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...