Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Thursday, 4 October 2012

~PRU13~

Menjelang PRU 13
Menjelang PRU 13
ANALISIS – Teka-teki tarikh pilihan raya raya belum ada kesudahan. Spekulasi berterusan. Begitu juga bayangan demi bayangan yang diberikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak – satu-satunya pemimpin yang ada kuasa dan yang tahu secara mutlak bila Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) perlu dan akan dipanggil.
 
Nampaknya semua menarik nafas!
Sekali lagi penganalisis menjadi perhatian.
Beberapa penganalisis politik yang dihubungi Sinar Harian Online berpendapat PRU13 akan diadakan Januari 2013 susulan bayangan terbaru – kali kelima dalam tempoh sebulan ini.
Ketika membuat bayangan keempat, Perdana Menteri menasihatkan mereka yang menunaikan haji supaya tidak bimbang dengan tarikh PRU13.
 
Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia, Dr Azizudin Mohd Sanim berkata, agak mustahil pilihan raya diadakan tahun ini kerana faktor masa dan belanjawan yang bakal dibentang hujung minggu ini.
 
Menurutnya, Bajet 2013 akan mengambil masa untuk dilaksanakan.
“Saya tak fikir PRU akan dibuat tahun ini, kalau hujung tahun pun ia dilihat agak kelam kabut dan saya rasa paling awal PRU, dijangka Januari depan.
 
“Lagipun pembentangan bajet pada bulan ini banyak yang dirancang kerajaan dalam usaha menarik undi rakyat seperti pemberian bantuan, bonus kepada kakitangan kerajaan dan lain-lain, akan ditunaikan pada awal tahun hadapan dan Perhimpunan Agung Umno yang akan dibuat adalah satu langkah untuk mengatur strategi terakhir untuk memastikan Barisan Nasional menang besar," katanya.
 
 
Kelmarin, Najib menasihatkan jemaah haji, jumlahnya dalam sekitar 28,000 orang, agar menumpukan perhatian terhadap amal ibadat agar dapat melaksanakan segala rukun dan syarat haji serta umrah dengan sempurna.
 
Dua hari sebelum itu, Najib berkata Perhimpunan Agung Umno (AGM) akan diadakan mulai 27 November hingga 1 Disember ini dan ia akan ditunda sekiranya kerajaan memilih untuk mengadakan pilihan raya umum pada waktu yang sama.
 
“Mudah sahaja. Sekiranya pilihan raya diadakan, kita tangguhkan Perhimpunan Agung. Tarikh pilihan raya terpulang kepada kita untuk putuskan bila masa yang terbaik. Kita boleh adakan atau tidak adakan, tapi kita akan teruskan seperti biasa," katanya.
 
Bermakna Najib, yang juga Presiden Umno, masih boleh memanggil PRU13. AGM bukan satu halangan dalam menentukan tarikh PRU.
 
Pada Sabtu lalu, ketika berada di Johor, Najib memberi bayangan kelima - sokongan yang diperlihatkan oleh ahli-ahli Umno negeri itu memberikan beliau satu bentuk semangat untuk memanggil PRU13.
 
Nampak gaya, keliru lagi!
Ditanya sama ada penetapan tarikh Perhimpunan Agung Umno akan menyebabkan rakyat terus membuat spekulasi bahawa pilihan raya umum akan diadakan tahun depan, Najib secara berseloroh berkata, biarlah rakyat membuat spekulasi mengenai perkara itu.
“Saya suka mereka buat spekulasi," katanya.
 
Ketika era pentadbirannya, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sering dikaitkan dengan istilah “ilham” apabila spekulasi tarikh PRU muncul. Era beliau menyaksikan PRU 1982, 1986, 1990, 1995 dan 1999.
 
Wartawan sering bertanya sama ada sudah ada ilham ataupun sebaliknya.
Sementara Najib bermain dengan kata-kata ‘bayangan’, Pas menjangkakan PRU13 akan ditangguh lagi. Kemungkinan sehingga akhir tahun ini atau tahun depan, kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
 
Menurut Hadi, Pas mengandaikan Pas sudah menetapkan tarikh untuk mengadakan Muktamar Agung Pas pada 24 November ini.
 
“Kita sudah tetapkan tarikh lebih awal untuk adakan muktamar. Bermakna kita lebih berani berbanding Barisan Nasional untuk pilih November sebagai persidangan,” katanya.
 
Seorang lagi penganalisis politik, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian turut meramalkan pilihan raya kali ini akan diadakan tahun hadapan, antara Januari atau Mac 2013.
Namun tidak mustahil bagi Najib untuk mengadakan PRU tahun ini selewatnya Disember 2012 kerana kuasa sepenuhnya terletak di tangan beliau.
 
“... kemungkinan besar tahun hadapan, setelah cukup sepenuhnya lima tahun mandat,” katanya.
Tambahnya, pengumuman bajet yang bakal memberi pengaruh besar kepada undi rakyat perlu ditunaikan terlebih dahulu seperti pemberian insentif-insentif berbentuk kewangan kepada rakyat dan Perhimpunan Agung Umno adalah platform terakhir BN untuk mengatur strategi bagi menghadapi PRU13.
 
Dalam pada itu, Prof Dr Shamsul Adabi Mamat berkata, spekulasi tarikh sebenar PRU13 sering menjadi perbualan rakyat dan ada pihak menjangkakan berlaku musim haji.
 
Beliau berkata, PRU13 berkemungkinan diadakan November ini setelah jemaah haji pulang ke tanah air, cuma ketika itu negara berisiko menghadapi masalah banjir.
 
“Mac antara tempoh sesuai untuk PRU13 memandang masa itu adalah cuti sekolah,” katanya.
Ramai meramalkan sidang Parlimen Mac-April lalu sebagai yang terakhir.
 
Hari ini Parlimen bersidang semula. Mengikut aturan mesyuarat, persidangan akan memakan masa sekitar dua bulan. Paling lama dalam kalendar Parlimen. Ia juga dilabel sebagai ‘sidang bajet’.
Beberapa minggu lalu, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub meminta Najib mengambil kira musim peperiksaan dan cuti sekolah jika mahu memanggil PRU13 November ini.
Katanya, musim peperiksaan melihatkan pelajar, guru, dan ibu bapa.
 
“Jumlah keseluruhan mereka itu besar dan mereka memberi tumpuan ke atas peperiksaan. Jadi, saya berharap Datuk Seri Najib tidak membubarkan Parlimen ketika musim peperiksaan,” katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.
 
Sebelum Pas melahirkan pendirian agar Perdana Menteri melihat aspek musim haji.
Kini sudah jelas tiada PRU13 ketika musim haji. Tidak akan ada PRU13. Musim peperiksaan akan merentasi bulan November. Dan, ia akan disusuli Disember.
 
Beberapa sumber berkongsi maklumat dengan Sinar Harian Online bahawa semua pihak boleh 'rasa lega’ kerana PRU13 pasti tidak akan berlangusng Disember ini, melainkan keadaan mendesak.
PRU13 - 'ibu' segala pilihan raya umum akan muncul Februari-Mac? Jika begitu, suasana PRU 2004 dan 2008 akan disaksikan lagi kali? Atau Najib akan cuba mengelak persekitaran itu.

Tuesday, 2 October 2012

~Pesanan Tun Siti Hasmah~




Radio TRAXXXfm (RTM) di Wisma Radio Angkasapuri telah membuat temubual eksklusif 30 minit bersama Tun Siti Hasmah, 86, isteri kepada Perdana Menteri paling lama memerintah dalam sejarah di Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad.


Beliau berkongsi pengalamannya ketika Dr. Mahathir menerajui negara dan berhadapan beberapa krisis yang sangat kritikal ketika itu iaitu krisis mata wang dan politik pada tahun 1998, dipecat dari UMNO pada tahun 1969 dan ketika mengumumkan untuk bersara dari politik sekaligus meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri pada 2002.


Kita ikuti beberapa pesanannya yang ditujukan kepada isteri-isteri pemimpin masyarakat apabila berhadapan dengan situasi-situasi tertentu :
  • Sentiasa tenang dan gigih menyokong suami semasa menghadapi situasi kritikal.
  • Jangan menambah tekanan terhadap suami yang sedang menghadapi sesuatu krisis dengan mencampuri atau bertanyakan yang bukan-bukan terhadap perkara itu.
  • Penting untuk memastikan sebarang krisis yang dihadapi suami mereka dapat ditangani sewajarnya.
  • Bila suami ingin memperkatakan mengenai krisis yang dihadapinya kepada kita, pastikan kita mendengar apa yang suami mahu perkatakan.
  • Prihatin dan sentiasa berhati-hati agar anak2 juga memahami situasi yang berlaku.
  • Jangan mendiskriminasi anak-anak yang sedang membesar dengan mempunyai sifat pilih kasih dalam keluarga.
  • Ibubapa juga, semestinya perlu kerap meluangkan masa dengan anak-anak.


Walaupun nampak simple, tetapi sudah semestinya apa yang diperkatakan oleh Tun Siti Hasmah itu sangat bermakna buat dirinya. Sepanjang menjadi isteri kepada pemimpin utama negara pada masa itu, beliau tidak nampak dikritik atau digossipkan dengan pelbagai perkara yang menjelekkan oleh 'musuh politik' suaminya.


Semoga beliau panjang umur dan terus sihat...... 


 

~Isu tanah 30 ekar ~

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar menyelar tindakan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Sue Lim yang semakin menampakkan kebodohannya apabila ‘banyak bercakap’ mengenai isu tanah udang 30 ekar yang dimilikinya.

Noh berkata tindakan yang diambil oleh Sue Lim dengan membangkitkan isu tersebut jelas membuktikan beliau tidak mengetahui mengenai proses permohonan tanah.


Noh Omar
“Saya nampak apabila ADUN DAP tersebut makin banyak bercakap, semakin menampakkan kebodohan beliau sebagai pemimpin,” ujarnya.

Noh meminta supaya Sue Lim memahami betul-betul proses permohonan untuk mendapatkan pemilikan tanah sebelum membuka mulut dan menampakkan kelemahan diri sendiri.

“Untuk mendapatkan tanah, pertama sekali mestilah perlu memohon, selepas mohon, masuk ke jawatankuasa tanah, selepas jawatankuasa dah lulus, baru masuk mesyuarat exco. Exco lulus, baru keluar borang 5A,” katanya.

Selain itu Noh turut mencabar Sue Lim supaya menyemak semula bila tarikh EXCO meluluskan permohonan pemilikan tanah beliau.

“Saya cabar ADUN Sekinchan supaya membuka semula fail dan tengok bila EXCO meluluskan permohonan tanah saya tersebut,” katanya lagi.

Noh menjelaskan permohonan tanah diluluskan oleh mesyuarat EXCO kerajaan negeri pada 8 Mac 1995 sedangkan beliau menjadi calon Ahli Parlimen pada April 1995.



Ng Sue Lim
“Lebih banyak beliau bercakap mengenai tanah tersebut, lebih banyak menampakkan kebodohan diri sendiri kerana projek tanah udang ini sudah berjalan sejak 16 tahun dahulu,” katanya.

Terdahulu, Sue Lim mempertikaikan mendakwa Noh berbohong berhubung pemilikan tanah seluas 30 hektar yang menjadi tapak untuk projek penternakan udang.

Sue Lim mengemukakan dokumen yang didakwa membuktikan bahawa pemilikan tanah Noh ke atas tanah di Tanjung Karang itu hanya didaftarkan selepas menteri tersebut menjadi MP kawasan berkenaan pada 1995.

Hari ini, Sue Lim sekali lagi menasihati Noh agar tidak lari daripada isu pokok mengenai pemilikan tanah dan bukannya mempersoalkan kelulusan mesyuarat EXCO dan Borang 5A bagi tanah tersebut.

“Tidak perlu mengeluarkan banyak kenyatan seperti yang telah dilakukannya. Saya tidak mahu menampakkan kebodohan dan kelemahan diri sendiri seperti beliau. Cukuplah dengan apa yang saya sudah jelaskan sebelum ini,


dipetik dari sumber : http://durhakaderhkala.blogspot.com/2012/10/isu-tanah-30-ekar-sue-lim-tampak-bodoh.html

Monday, 1 October 2012

~BANTULAH ATAS DASAR KEMANUSIAAN:Basri perlu tempurung kepala~


“Ibu bapa mana sanggup melihat kehidupan anak yang dulunya lincah dan cergas tiba-tiba berubah 360 darjah. Dia kini hanya mampu terlantar di katil dan tidak dapat bercakap.”

Itulah luahan kata hati sepasang suami isteri menceritakan keadaan anak lelaki mereka selepas menjadi mangsa kemalangan dua tahun lalu. Akibat kejadian itu, tempurung kepala Mohd Basri Basharudin, 18, atau lebih mesra dengan panggilan Basri, terpaksa dibuang bagi mengeluarkan darah beku. 
 
Bapanya, Basharudin Bakar, 46, berkata, ketika kejadian, anak ketiganya itu sedang membonceng motosikal yang ditunggang sepupunya. Motosikal itu terbabas dan menyebabkan Basri terpelanting.

Ketika kemalangan, Basri baru memasuki tingkatan lima dan hanya sempat bersekolah selama sebulan.

“Pada mulanya doktor membuang tempurung kepala Basri di sebelah kanan, namun disebabkan masih ada darah beku, doktor sekali lagi membuang tempurung kepalanya di sebelah kiri pada 25 Jun 2011," katanya yang tinggal di Kangar, Perlis.   
              
Jagaan rapi

Basharudin berkata, kini anaknya itu memerlukan sejumlah RM7,000 hingga RM10,000 untuk menggantikan tempurung kepalanya yang baru supaya kelihatan seperti insan normal yang lain walaupun dia tidak mampu berjalan dan bercakap.

“Dengan pendapatan sekarang, saya tidak dapat menampung kos menggantikan tempurung kepala anak saya yang baru. Dia (Basri) hanya mampu makan bubur dan minum susu khas bagi memastikan tubuhnya sihat.

“Setiap tiga jam, kami akan memberi Basri makan, atas nasihat doktor, kerana dia tidak boleh bercakap seperti insan normal lain,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Darat Barat, Santan.

Basharudin berkata, bagi memastikan Basri sentiasa berada dalam keadaan sihat, dia perlu minum susu khas yang berharga RM62 setiap tin dan sebulan dia memerlukan 10 tin kerana satu tin susu berkenaan hanya mampu bertahan selama empat hari.

Ibunya, Jamilah Kamis, 41, berkata, disebabkan keadaan Basri yang memerlukan jagaan rapi, dia dan anak perempuan sulungnya tidak bekerja bagi menguruskan segala keperluan Basri.

Setiap bulan, Basharudin memperuntukkan RM1,000 untuk makanan dan keperluan anak ketiganya itu.

“Saya dan suami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Santan, Sabry Ahmad yang banyak membantu kami serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pihak lain,” katanya.

Sabry yang juga Exco Pertanian, Industri dan Asas Tani, menyampaikan sumbangan berjumlah RM1,000 kepada Basri bagi menampung perbelanjaan hariannya.

Kos pembedahan

Sebelum ini, keluarga Basri membuat permohonan katil khas daripada Adun Santan itu bagi memastikan Basri tidur dalam keadaan selesa dan memudahkan urusan penjagaan Basri.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Darat Barat, Fazil Yob merupakan individu prihatin yang telah memaklumkan mengenai Basri kepada Sabry.

Sabry ketika ditemui berkata, sepatutnya di usia ini, Basri sedang menuju ke menara gading. Namun disebabkan kemalangan itu, remaja itu terpaksa terlantar di katilnya.

"Bagi memastikan tempurung kepalanya diganti semula, keluarganya terpaksa mencari sejumlah kos yang agak besar untuk menampung pembedahan itu,” katanya.

Untuk tujuan itu, Sabry berharap pelbagai pihak dapat membantu keluarga Basri untuk mengumpulkan sejumlah wang bagi tujuan pembedahan tempurung kepalanya.

Orang ramai yang bersimpati dengan penderitaan ditanggung oleh Basri bolehlah salurkan bantuan dan derma melalui akaun Sinar Di Hati seperti yang tertera.

Maybank - SINAR KARANGKRAF SDN BHD : 506164-019988

~MOH KITA BOIKOT OLD TOWN WHITE COFFE~


AYUH RAKYAT MALAYSIA KITA BOIKOT PRODUK OLD TOWN WHITE COFFE...HAH TENGOKLAH APA YG DIHIDANGKAN PADA KITA ...BUKTI SEMUA ADA....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...