Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Wednesday, 27 February 2013

Warga Emas saman kerajaan?


Seramai 1,001 warga emas memfailkan saman menuntut caruman takaful RM2.5 juta yang dijanjikan oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam manifesto pilihan raya umum ke-12 lima tahun lalu.

Saman difailkan oleh peguam.

Kamarudin Ahmad menerusi Tetuan Kamarudin & Partners di kaunter pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini, jam 9.40 pagi tadi.

Akhirudin Abd Rashid, 63, menamakan Kerajaan Selangor sebagai defendan pertama dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku defendan kedua.

Beliau mewakili penduduk warga emas kawasan Shah Alam, Ampang, Gombak, Tanjung Karang, Hulu Langat dan Kuala Langat.

Kamarudin ketika ditemui berkata, saman ini difailkan atas kegagalan Kerajaan Selangor menunaikan janji mereka untuk memberi caruman takaful sebanyak RM2,500 seorang kepada warga emas.

"Tindakan Kerajaan Selangor menunaikan janji mereka itu telah menghampakan harapan semua warga emas yang hampir lima tahun menunggu janji yang diberikan oleh mereka," katanya. SINAR

Orang muda mengamuk minta sesuatu?



Bagi mereka parti tidak penting. Mereka tidak pedulikan parti apa yang bertanding. Yang penting bagi mereka ialah parti boleh meletakkan calon muda bagi mewakili orang muda didalam DUN dan Parlimen.

Harapan orang muda yang non partisan ini perlu diambil perhatian oleh PM. Calon orang muda perlu diketengahkan. Malah ketua ketua pemuda UMNO Bahagian rata rata telah menunjukkan kredibiliti mereka. Ketu ketua pemuda umno Bahagian dilihat lebih agresif dalam menjalankan program program yang berbentuk kerakyatan dan mampu mendekati hati rakyat.

Tiba masanya PM mengambil ketua ketua pemuda UMNO Bahagian untuk diletakkan sebagai calon Dewan Undangan Negeri di Parlimen masing masing. Calon payung terjun dan calon yang telah beberapa penggal menjadi wakil rakyat kini dilihat sudah ditolak oleh pengundi muda. 

Amat penting golongan golongan lama didalam umno berkorban demi parti dan memberi peluang kepada orang baru untuk berkhidmat kepada rakyat. Dengan tenaga muda pastinya kawasan yang mereka wakili dapat dimajukan dengan lebih giat lagi.

SUMBER:<--Lagi banyak di Daeng Selili

[VIDEO] WACANA SINAR : Kuasa Politik Mahasiswa,Wajib Tonton


Bagi yang terlepas semalam video WACANA SINAR : Kuasa Politik Mahasiswa ,
boleh ditonton melalui SINI <--klik Untuk Tonton

:: Di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam

Panelis :
1) Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad
2) Bekas aktivis pergerakan mahasiswa, Tun Faisal Ismail Aziz
3) Penganalisis politik dari UiTM, Prof Dr Azmi Hassan
4) Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia, Muammar Ghadafi Datuk Jamal
5) Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Azan Safar.
Moderator: Prof Datuk Mohamad Abu Bakar dari Universiti Malaya.

DAP KUALA LANGAT 'RAMPAS' TANAH 6 EKAR DALAM KAWASAN KG MELAYU TRADISI.


Menurut sumber blog Samaremas,beliau mendedahkan tentang seorang elaku EXCO Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung, dah kowtim dengan Pengerusi PIBG AHLI DAP tersebut untuk rembat tanah 6 ekar di Kg Bandar.

Tanah berkenaan selama ini digunakan sebagai Padang oleh penduduk kampung.
adalah sikit tanaman kelapa sawit yang memberikan pendapatan tetap kepada JKKP kampung tersebut untuk kegunaan orang kampung.Tanah berkenaan berstatus TANAH TOL.

Namun begitu terletak dalam kawasan MAJORITI PENDUDUK MELAYU ISLAM KG BANDAR.
Hari esok, Kalid G akan adakan mesyuarat EXCO.Salah satu minit ialah mengenai TANAH 6 EKAR tersebut.

Menurut sumber Khalid G akan MELULUSKAN TANAH 6 EKAR ITU DI ATAS USUL EAN YONG HIAN WAH selaku EXCO Pengerusi Jawatnkuasa Tetap Pembangunan Kampung.

SUMBER <--Berita Penuh

Manifesto Ada sumber Dajjal,Freemanson?


Memetik dari Sumber Apple Biru ,Sesuatu yang mengejutkan. Tidak hairan lah jika apa yang pernah di war-warkan sebelum bahawa Pakatan Rakyat telah diresapi dengan Yahudi dan Israel. Salah satu logo yang tertera di dalam manifesto Pakatan Rakyat adalah sama dengan lantai yang selalu digunakan golongan Freemason. 

Tema rasa ini bukanlah kebetulan. Malahan logo PKR sendiri pun juga melambangkan Freemason dan Yahudi. Tidak mungkin secara kebetulan. Fikir-fikirkan lah..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...