Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Saturday, 16 March 2013

Terkini !!! Punca Genjatan Senjata Sebelah Pihak Kiram III didedahkan ???


Gempar di Manila apabila dihebohkan dengan kisah seorang kanak-kanak diberikan syiling baru 50 sen oleh seseorang yang datang dan mengambil gambar rumah Jamalul Kiram dari jarak dekat seminggu yang lalu.

Media Filipina terus menyerbu kanak-kanak tersebut bagi bertanyakan tentang pemberian wang 50 sen dari seseorang yang menaiki sebuah kereta hitam.

Media Filipina mendesas-desuskan kehadiran perisik Malaysia di hadapan rumah Kiram.

Selepas itu, Kiram mengumumkan gencatan senjata di pihaknya. Adakah ini puncanya?

Namun gencatan senjata itu ditolak pihak Malaysia memandangkan mula pertempuran juga disebabkan helah bendera putih yang dikibar pihaknya.

Friday, 15 March 2013

HOT & Terkini !!! Punca Sabah Huru Hara didedahkan !!!


Ketua pembangkang Anwar Ibrahim kini dilihat semakin terdesak, semata-mata untuk memastikan impiannya menjadi perdana menteri tercapai apabila sanggup melakukan dan menghalalkan apa sahaja tindakan sehingga menyemai sentimen kebencian malah menghasut penyokong pakatan pembangkang untuk menggulingkan kerajaan.

Ketika menghadiri satu siri ceramah mereka di Seremban baru-baru ini, penulis terkejut dan tidak sama sekali menyangka bahawa Anwar telah menyalahtafsirkan buku hasil karya terbaru Profesor Dr. Sheikh Yusuf Al-Qaradawi yang bertajuk 'Kebangkitan Rakyat' sebagai rujukan menghalalkan penentangan rakyat terhadap kerajaan.

Ucapan pemimpin ‘anugerah tuhan’ (gelaran yang dikurniakan oleh isteri tercinta) itu seolah-olah mempunyai "agenda tersembunyi" dengan cuba "mengekploitasikan" karya tersebut. Rakyat diajak untuk menerima tafsiran jijik yang dibuat Anwar bahawa kebangkitan rakyat menetang kerajaan adalah merupakan satu perkara yang dibenarkan Islam.

Hujah yang disandarkan kepada ulama Islam tersohor itu telah dilacurkan oleh Anwar bagi untuk menyakinkan rakyat, kononnya tindakan mereka bukanlah perkara yang keji malah merupakan sesuatu yang dibenarkan oleh Islam. Sedangkan di masa yang sama Anwar gagal menerangkan secara keseluruhan pandangan ulama tersebut. Apakah yang dimaksudkan dengan kebangkitan rakyat, jenis pemerintahan yang bagaimana perlu ditolak, dalil apa yang perlu diguna pakai dan sebagainya?

Walhal secara rational dan warasnya senario di ‘arab spring’ amat berlainan sekali jika hendak dibandingkan dengan negara ini. Setiap perbandingan yang dilakukan hendaklah dilakukan secara adil dan menyeluruh ‘apple-to-apple comparison’. Apakah dikira adil sekiranya kita membandingkan antara kancil dengan gajah? Malah di dalam Islam sendiri mentafsirkan pengertian adil itu membawa maksud meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Di dalam disiplin pengajian ilmu sebagai contoh, kita dituntut agar memahami sesuatu perkara itu secara keseluruhan dan bukan hanya mencedok setengah dan meninggalkan yang lain. Malah pepatah Inggeris juga ada menyebut ‘don’t judge a book by its cover’ yang membawa maksud penilaian sesuatu buku hendaklah dibuat secara menyeluruh dan memahami apa maksud sebenar yang ingin disampaikan oleh penulis.

Dalam ucapan tersebut, Anwar dilihat sudah berkira-kira bahawa mereka akan tewas dan mustahil untuk mengekalkan momentum seperti yang diperolehi di dalam PRU12. Tambahan pula masih banyak lagi perkara yang terkandung di dalam ‘manifesto bukan janji’ yang dibentangkan pada 2008 lalu, gagal dilaksanakan sehingga kini.

Maka dengan semua insiden yang berlaku di dalam negara seperti nyanyian ‘Sabah Nak Hilang’, perjumpaan dengan Nur Misuari, pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, kenyataan-kenyataan bersifat provokasi dan sebagainya adalah antara faktor penting yang perlu diberi perhatian serius.

Malah mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad turut menggesa pelbagai pihak agar memandang serius ugutan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, yang berhasrat untuk menjadikan Kuala Lumpur seperti Dataran Tahrir sekiranya gagal dalam percubaan untuk menjadi Perdana Menteri.

Memetik kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam yang turut mendedahkan, perancangan jahat pembangkang untuk menimbulkan huru-hara pada hari pengundian seterusnya meletakkan kesalahan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk dijadikan sebagai korban kambing hitam

Menurut Timbalan Perdana Menteri, huru-hara merupakan sebahagian daripada perancangan jahat pembangkang untuk menawan Putrajaya selepas tidak lagi yakin rakyat akan memilih mereka kerana gelombang sokongan kini jelas berpihak kepada Barisan Nasional (BN).

Jelas Muhyiddin, pendedahan itu bukan dakwaan semata-mata kerana beliau sendiri telah melihat beberapa dokumen daripada sumber yang boleh dipercayai bahawa Anwar dan parti pembangkang mempunyai niat tidak baik untuk mencetuskan kekacauan pada hari pengundian kelak.

SUMBER:  http://www.jeringdaily.com/2013/03/sabah-nak-hilang-antara-pendekatan.html#ixzz2Nb1OrlG1

Terkini !!!Dalang Lahad Datu Telah didedahkan !!!






Perhimpunan mendedah dan mendesak dalang di sebalik pencerobohan bersenjata pengganas Sulu disiasat dan di bawa ke muka pengadilan. Perhimpunan diadakah sejurus selepas solat Jumaat di Masjid Negara.

 Antara yang hadir Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali; bekas Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Hasan Ali; Ahli Parlimen Bandar Baru Kulim, Datuk Zulkifli Noordin dan Mursyidul Am Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip.

Terkini dan HOT !!! Org Filipinan Pendendam dengan ...



Budaya balas dendam orang Selatan Filipina cetus kebimbangan trajedi Lahad Datu berulang...

Budaya membalas dendam yang terpupuk dalam diri masyarakat di selatan Filipina sejak ratusan tahun dahulu memungkinkan tragedi berdarah di Lahad Datu berulang kembali pada masa hadapan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Justeru, beliau berkata pihak keselamatan Malaysia tidak akan berkompromi terhadap isu keselamatan negara dan inisiatif Kawasan Keselamatan Khas (ESSCOM) sepanjang kira-kira 1,400km di pantai timur Sabah merupakan antara langkah terbaik mengelakkan tragedi berdarah itu berulang kembali.

"Saya meletakkan keyakinan penuh kepada pasukan tentera dan polis kita dalam memastikan tragedi ini tidak berulang kembali, namun kebimbangan itu tetap ada kerana budaya membalas dendam ada dalam diri mereka (masyarakat itu).

"Budaya ini melibatkan keturunan juga masa ratusan tahun. Umpamanya bapa saya bergaduh dengan bapa seorang individu, kalau saya tak dapat balas dendam, cucu saya akan balas dendam kepada cucu individu itu," katanya kepada Bernama Khamis.

Anggota keselamatan Malaysia sehingga kini menembak mati 56 pengganas. Tragedi itu juga mengorbankan 10 anggota keselamatan Malaysia.

Ahmad Zahid berkata budaya membalas dendam itu sehingga kini masih berlaku di selatan Filipina seperti pembakaran rumah berlaku setiap bulan dan tidak mustahil tragedi berdarah di Lahad Datu itu menyebabkan pengganas Sulu bertindak membalas dendam kepada Malaysia pada masa hadapan.

"Kalau itu berlaku di kalangan mereka tidak mustahil berlaku di negara kita. Bagaimana jaminan (tragedi itu tidak berulang) dapat dilakukan sedangkan mereka punyai budaya balas dendam. Kerana itu pentingnya kita wujudkan ESSCOM bagi memastikan ini tidak berlaku," katanya.

Ditanya tentang rasional Malaysia bekerjasama dengan Filipina bagi mengambil tindakan ketenteraan di selatan Filipina bagi menghapuskan ancaman itu secara terus di puncanya, beliau berkata tindakan ketenteraan bukan penyelesaian kepada masalah itu.

"Pertama kalau kita masuk ke Filipina ke kawasan mereka, kita tidak hormati kedaulatan Filipina, begitu juga sebaliknya dengan kita di Malaysia. Jadi kedaulatan kedua-dua negara ini perlu dihormati.

"Kedua kita berbalik kepada budaya membalas dendam itu sendiri. Jika kita minta kerajaan Filipina bersama kita bersihkan kawasan itu, oleh kerana budaya dendam itu sentiasa ada, masalah tidak dapat diselesaikan dengan tindakan ketenteraan," katanya.

Ahmad Zahid turut merakamkan penghargaan kepada Filipina kerana sentiasa bekerjasama erat dengan Malaysia dalam menyelesaikan tragedi itu serta memastikannya tidak berulang kembali seperti usaha menyekat pengganas Sulu daripada memasuki Malaysia.

Terdapat cadangan di kalangan rakyat Malaysia supaya pemimpin pengganas itu Jamalul Kiram diekstradisi ke Malaysia bagi didakwa di mahkamah negara ini, dan mengulas cadangan itu beliau berkata atas nama kebersamaan negara Asean, Malaysia boleh meminta Filipina untuk berbuat demikian.

"Kita pernah hantar Nur Misuari (pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro) ke Filipina atas semangat Asean. Oleh demikian kalau Jamalul Kiram boleh ditahan dan diambil tindakan itulah sebaiknya.

"Jamalul Kiram rakyat Filipina tetapi jenayah dilakukan di Malaysia, jadi atas nama kebersamaan sebagai negara Asean kita boleh meminta Filipina bawa beliau bagi didakwa di Malaysia. Namun itu bukan atas kuasa Kementerian Pertahanan, Jabatan Peguam Negara kendalikan," katanya.

Beliau berkata ada kewajaran terdapat cadangan daripada Pergerakan Pemuda Umno bagi mendakwa Jamalul Kiram dan pengikutnya mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan kerana melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

"Mungkin akta dan seksyen itu sesuai tetapi kita serahkan kepada Peguam Negara akta mana paling sesuai digunakan. Apapun saya tegaskan pengganas yang kita tahan di Malaysia itu akan diambil tindakan perundangan sewajarnya.

"Kesalahan mereka itu dilakukan di negara kita jadi tindakan mahkamah dan perundangan mesti dilakukan di negara kita. Ia akan tertakluk kepada undang-undang di sini, kita menggangap mereka adalah penceroboh," kata Ahmad Zahid.

Sehingga kini 156 orang ditahan kerana berada di zon merah operasi manakala 97 individu ditahan untuk siasatan kerana disyaki terlibat dengan pengganas mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dan dibaca bersama Seksyen 130(c) Kanun Keseksaan.

Beliau turut ditanya tentang golongan tegar pembangkang yang hanya mempercayai fitnah dan tohmahan dilempar pemimpin pembangkang dan langsung tidak mempercayai maklumat disalurkan kerajaan tentang insiden itu.

Ahmad Zahid menegaskan masalah yang dihadapi di Lahad Datu sekarang bukan masalah politik sebaliknya masalah keselamatan negara dan seharusnya isu pertahanan negara tidak dipolitikkan demi kepentingan pihak tertentu.

"Ini merupakan hasil proses mentaksubkan pengikut yang hebat dilakukan pembangkang, budaya kebencian disemai di kalangan penyokong tegar mereka. Apa sahaja dibuat oleh kerajaan satu pun tidak positif.

"Saya harap mereka hormati profesionalisme Polis Diraja malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kalau mereka kata ATM atau PDRM tak sekuat mana, silakan ke Lahad Datu lihat sendiri. Saya bawa jika benar mereka ada semangat patriotik. Sehingga sekarang tiada seorang pun (ingin ke Lahad Datu)," katanya

[TERKINI] P Bala Meninggal Dunia ???

NONE

SUMBER MALAYSIAKINI

Penyiasat persendirian P Balasubramaniam meninggal dunia hari ini selepas menderita serangan jantung di Rawang petang ini.

Sebelum ini dalam temubual eksklusif dengan Malaysiakini, tiga arteri tersumbat dan separuh daripada jantung berhenti berdenyut memaksa beliau berhenti sebentar daripada terlibat dalam kempen Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum ke-13.

Beliau yang lebih dikenal sebagai "PI Bala" memainkan peranan dalam dua akuan bersumpah berhubung kes pembunuhan warga Mongolia Altantuyaa Shaariibu, yang dikaitkan dengan pemimpin tertinggi politik.


Beliau mendaftar keluar dari Pusat Perubatan Sime Darby pada Selalu lalu tetapi mengalami kesukaran bernafas ketika makan tengah hari di restoran dekat rumahnya di Rawang kira-kira jam 2.30pm.

Balasubramaniam kemudian bergegas ke klinik untuk bantuan tetapi meninggal dunia sebelum ambulans daripada Hospital Sungai Buloh tiba.

"Beliau sepatutnya membuat pembedahan pintasan jantung dalam tempoh dua minggu," kata peguam dan anggota parlimen Subang R Sivarasa kepada Malaysiakini ketika dalam perjalanan ke hospital.

Bulan lalu, Balasubramaniam mengalami serangan jantung kecil ketika bercakap dalam ceramah Pakatan Rakyat di Kota Bharu.

Selepas membuat pemeriksaan perubatan apabila pulang ke Kuala Lumpur, beliau dimasukkan ke wad selama 10 hari di Pusat Perubatan Sime Darby.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...