Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Tuesday, 9 April 2013

Terkini !!! SERAM dan Bau Busuk Sekitar Operasi Mengeluarkan 15 Mayat Pengganas


Kesemua mayat yang rata-rata sudah reput dan hanya tinggal tulang tersebut dipercayai ditanam di situ selepas mati ditembak dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan pada 1 Mac lalu. Salah satu mayat itu merupakan mayat pengganas wanita. 

Mayat itu dipercayai telah ditanam oleh pengganas Sulu yang terselamat dalam pertempuran tersebut.

Mayat itu dikeluarkan oleh pasukan keselamatan dan pegawai unit forensik dengan dikawal oleh anggota yang lengkap bersenjata api. Operasi mencari dan mengesan lubang itu bermula pada pukul 1 petang.


ANGGOTA Forensik Polis Diraja Malaysia menggali dan mengeluarkan mayat-mayat pengganas yang ditanam di dalam lubang di Kampung Tanduo semalam. 



Bau busuk menyelubungi kawasan sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Tanduo di sini apabila pasukan penyelamat mengeluarkan mayat 15 puak pengganas Sulu yang dikeluarkan dari tiga buah lubang.

Kesemua 15 mayat pengganas itu telah ditanam di dalam tiga buah lubang bersaiz antara empat dan lima meter persegi. Jarak antara setiap lubang itu kira-kira tiga meter.





Bau busuk dan keadaan mayat yang berulat dengan isi daging yang sudah terlerai menjadi cabaran utama sepasukan unit forensik ketika menggali tiga kubur mengandungi mayat pengganas dipercayai ditanam rakan mereka selepas bertempur dengan pasukan keselamatan ketika Op Daulat di Kampung Tanduo, awal bulan lalu.




Bagaimanapun, katanya, kerja menggali semua kubur itu terhenti hampir satu jam akibat hujan lebat.


“Kerja mengeluarkan mayat kemudian disambung semula kira-kira jam 3.30 petang sebaik hujan mulai renyai dan semua mayat berjaya dikeluarkan sekitar jam 7 malam,” katanya.

Terkini !!! Di Khabarkan Ibrahim Ali Di Risik Tun M


Ibrahim Ali akan mempertimbangkan pelawaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk bertanding di atas tiket Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Beliau sangat menghargai pelawaan itu kerana sebelum ini pernah berkhidmat di dalam UMNO bermula dari peringkat Pemuda, exco Pemuda, ketua bahagian dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

"Saya hargailah pandangan Tun (Dr. Mahathir) terhadap diri saya kerana mungkin dia ikuti dan mengenali saya dengan agak lama, dan dia tahu baik buruk saya. Saya terserah, hanya nak berkhidmat kepada rakyat dan hanya nak berjuang untuk agama bangsa dan negara.

"Saya bukan saja akan pertimbangkan, tetapi kalau diberi kesempatan ingin kembali kepada UMNO kerana saya orang UMNO, asalnya saya pemimpin UMNO. Cuma dulu ada sedikit pergeseran kerana saya digugur sebagai ketua bahagian selepas persempadanan semula," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Masyarakat Sabah Pasir Gudang di Dewanraya Jalan Suria, Bandar Seri Alam, dekat sini malam tadi.

Yang turut hadir adalah Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali; Ahli Dewan Tertinggi Perkasa, Leftenan Jeneral (B) Datuk Mohd. Salleh Ismail dan Laksamana Madya (B) Datuk Mat Rabi Abu Samah; Timbalan Yang Dipertua Perkasa Johor, Samat Atan dan wakil rakyat Sabah di Johor, Mohamed Basaran.

Majlis itu dihadiri kira-kira 1,000 penduduk termasuk kira-kira 600 masyarakat Sulu di sekitar Pasir Gudang.

Menurut Ibrahim, beliau tidak pernah melakukan sebarang kesalahan ketika di dalam UMNO dan pengguguran tersebut mencabar maruahnya, menyebabkan dia melakukan 'sedikit' tindak balas.

"Mungkin waktu itu saya terlanjur sedikit, tetapi kita kena lihat apa yang terjadi. Itulah buktinya saya kasih kepada UMNO, kalau digugur dan tidak lawan maknanya saya tidak sayangkan UMNO.

"Tetapi saya begitu sentimental dengan UMNO, sebab itu saya lawan. Saya tiada berjumpa dengan sesiapa tentang hal ini (tiket BN), saya mahukan kestabilan politik negara," katanya.

Ibrahim kali pertama menjadi Ahli Parlimen pada 1986 mewakili BN sebelum keluar UMNO untuk menyertai Semangat 46 dan kalah dalam pilihan raya umum berikutnya.

Beliau kemudian bertanding atas tiket bebas pada pilihan raya umum 2004 dan dalam pilihan raya empat tahun kemudian menang atas tiket Pas tetapi mengumumkan beliau wakil rakyat bebas yang mesra BN. - UTUSAN ONLINE

Lagi Ahli Pkr Kecewa Sertai UMNO !!!


Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Gombak yang diketuai Timbalan Presiden, Azmin Ali kini tempang selepas sebanyak 250 ahlinya dengan diketuai Timbalan Ketua Cabang, Abu Bakar Ninggal dan Ahli Jawatankuasa Cabang, Mazlan Abdul Rashid keluar daripada parti itu.

Serentak itu, kesemua mereka menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar selepas hilang kepercayaan terhadap PKR khususnya Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin.

Abu Bakar ketika ditemui berkata, PKR telah jauh tersasar daripada perjuangan memartabat bangsa, agama dan negara kerana Anwar serta Azmin dilihat meletakkan kepentingan peribadi melebihi segalanya selain turut diselubungi masalah moral kronik.

"Kepercayaan saya terhadap PKR, Azmin dan Anwar semakin terhakis sejak beberapa tahun lalu rentetan pelbagai isu yang menyelubungi parti ini. PKR tidak lagi membela bangsa, agama dan negara tetapi hanya ghairah mahu menabalkan Anwar sebagai Perdana Menteri.

"Apatah lagi Anwar dan Azmin juga diselubungi masalah moral. Jadi kami melihat hanya UMNO sahaja dapat membela nasib bangsa setelah kami membandingkan apa yang berlaku di Selangor," katanya dalam Majlis Pengisytiharan Keluar PKR di Batu 10, Gombak, di sini malam ini. - UTUSAN




Siapa Tiru Siapa Beb Oi ???


PRU13
TIDAK sampai 24 jam selepas dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ternyata manifesto Barisan Nasional (BN) yang bertemakan 'Menepati Janji Membawa Harapan' mendapat reaksi yang begitu hebat sekali. Mungkin ini kali pertama sejak beberapa dekad lalu, manifesto pilihan raya umum di negara ini menjadi topik perbualan utama rakyat Malaysia.


BN telah memperkenal 17 perkara yang merangkumi keseluruhan aspek kehidupan rakyat. Paling utama, manifesto kali ini memberi perincian terhadap apa yang akan BN lakukan dalam masa lima tahun akan datang.

Nampaknya, pemerincian janji-janji yang dibuat oleh BN menyebabkan Pakatan Rakyat (PR) hilang arah dan mula menuduh BN meniru manifesto mereka. 

Manifesto harus dilihat secara keseluruhan bukannya secara satu isu lawan satu isu. Pengurusan kewangan dan polisi negara perlu dinilai secara menyeluruh dan komprehensif.

Untuk perbahasan kita boleh akui topik-topik yang diutarakan oleh manifesto PR turut disebut dalam manifesto BN. Namun idea yang sama seperti harga kereta, pemberian bantuan kepada orang miskin, sistem pendidikan, kos sara hidup adalah isu universal yang diperkatakan oleh orang ramai.

Baca Lagi SINI
   

Gempar !!! Apa Nasib Dap Selepas PRU ini didedahkan???

Apabila pilihanraya hampir tiba,PAS akhirnya tidak sanggup lagi dilihat sebagai anjing kurap atau kuda tunggangan kepada DAP.Dengan susah payah,PAS mula bangun dan mengutip sisa-sisa harga diri yang tinggal.Umat Melayu mula memandang serong terhadap PAS apabila parti itu tunduk kepada DAP sehingga meninggalkan perjuangan ke arah Negara Islam.

Tahap ‘keIslaman’ PAS teruji lagi apabila berhadapan dengan isu murtad yang mana DAP telah dikenalpasti turut menjadi dalang.

Ternyata PAS kalah dalam ujian tersebut sehingga sanggup memecat Datuk Hasan Ali yang bersungguh-sungguh memperjuangkan akidah umat Islam dari dipesongkan oleh gerakan Evangelist Kristian.
Tindakan PAS benar-benar mengejutkan umat Islam dan ia dilihat sebagai bukti kukuh betapa tipisnya perjuangan Islam PAS sehingga sanggup untuk memilih menjaga hati DAP,daripada menyelamatkan akidah ummah.
PAS juga sanggup membelakangkan bangsa sendiri dan menghina mereka yang mempertahankan Melayu walaupun menyedari bahawa DAP bermati-matian memperjuangkan bangsa Cina.

.Atas dasar itu maka,sokongan Melayu terhadap PAS pun semakin berkurangan. Pada tahun 2010,PAS sekali lagi memilih untuk menyebelahi DAP dalam isu Kalimah Allah dan injil berbahasa Melayu.Isu ini menjadi gah apabila pihak kerajaan dituduh dengan sengaja menghalang kemasukan injil berbahasa Melayu yang menggunakan Kalimah Allah ke Malaysia.

Pada masa itu PAS mengambil pendirian untuk mendesak kerajaan membenarkan kemasukan injil tersebut bagi menunjukkan kepada DAP betapa parti Islam itu serius membawa imej yang lebih terbuka. 

Baca Lagi Di Badut Rakyat

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...