Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Monday, 23 September 2013

Panas!! CALON MT DIPUKUL ORG ?? KNP

Keratan

SHAH ALAM - Seorang calon Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno hari ini mendedahkan kisah sebenar berhubung dakwaan beliau dipukul seorang lelaki ketika menghantar borang pencalonan di Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.

Mohd Ariff Abdul Aziz, 57, yang merupakan calon ke-24 MT itu berkata, kejadian tersebut berlaku pada jam 2 petang ketika beliau berjalan kaki menuju ke PWTC untuk menghantar borang pencalonan Ketua Bahagian Titiwangsa.
Menurutnya, borang pencalonan MT berjaya diserahkan pada sebelah pagi, manakala borang ketua bahagian mahu diserahkan di sebelah petang.

"Saya dicekik, ditendang dan pukul di dada, ketika itu saya sedang berjalan dari Wisma Perkim menuju ke Dewan Tun Razak, PWTC untuk hantar borang calon Ketua Bahagian Titiwangsa.

"Lelaki tersebut mengugut saya supaya tidak bertanding di kawasan tersebut bagi memastikan calon di kawasan itu menang tanpa bertanding. Keadaan ini berlaku di hadapan ramai ahli Umno yang ingin menghantar borang," katanya kepada Sinar Harian.

Ketua Umno Cawangan Kompleks Pejabat Jalan Gurney itu berkata, selepas kejadian itu beliau terus membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dan mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

"Selepas membuat laporan dan mendapatkan rawatan, saya kembali untuk meneruskan hasrat menghantar borang tetapi dihalang oleh empat orang," katanya.
    
Sementara itu, Datuk Johari Abdul Ghani menafikan dakwaan pihaknya terlibat dalam usaha untuk menghalang seseorang daripada bertanding jawatan Ketua Bahagian Titiwangsa yang dimenanginya tanpa bertanding semalam.

“Bila tiada orang nak lawan saya, jadi mereka reka cerita ada orang kena pukul. Saya rasa ini satu usaha untuk jatuhkan saya.

“Saya bukan orang seperti itu, siapa lakukan perkara seperti ini, kita akan pastikan mereka kena pecat daripada Umno,” katanya

Sunday, 22 September 2013

HOT ! GAMBAR PEMIMPIN DAP SEMBAH MAYAT CHIN PENG PENGGANAS KOMUNIS !!


Tahniah buat Ahli Parlimen DAP Jelutong, Jeff Ooi yang tidak bersembunyi menyatakan sokongan dan peminat kepada bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya, Chin Peng. Beliau secara terang-terangan memuatnaik gambar beliau menyembah mayat Chin Peng di laman Facebook beliau. Gambar di atas adalah gambar Jeff Ooi dan Pembantu Khas Pengerusi DAP Pulau Pinang, Li Hanming.

Kedua-dua tokoh DAP ini tiba di Bangkok pada pukul 9.45 pagi semalam dengan menaiki penerbangan Thai Airways. Kehadiran Ahli Parlimen DAP Pulau Pinang ini memberi penghormatan terakhir kepada "The Butcher of Malaya" di Kuil Wat That Thong ini juga turut mendapat liputan akhbar Thailand Kwong Wah eNews, di sini.

CTS masih menantikan gambar-gambar ADUN-ADUN Selangor yang 'kebetulan' mengadakan 'retreat' di Bangkok pada masa Chin Peng meninggal dunia. Takkan sudah berada di situ, mereka tidak hadir memberi penghormatan yang terakhir, terutama bagi ADUN-ADUN DAP yang sayang dan cintakan DAP? 

sumber : CTS 

Pssst Cina Dap dan komunis mmg tidak dpt dipisahkn .jika dikaji kita bole tahu mereka ada kaitan .

HOT!!! PEMUDA UMNO GOPENG PERLU TAHU KEDUA MEREKA INI?? SiapA Mereka?


Memetik dari Sumber Blog Parang Pedang Ini bukan auta, ini fakta. Kalau tak betul, aku tak kata. Buktinya apabila Saudara Didi bergerak, saudara Sham turut mengiringi bersama. Ini kerana mereka adalah dua sahabat baik yang mempunyai satu matlamat untuk pembangunan Gopeng serta membantu golongan bumiputera dikawasan Gopeng mencapai kemajuan. 
   
Saudara Shamuddin Tajuddin merupakan nadi pemikir yang terbaik kepada sahabat beliau. Ini terbukti apabila beliau sendiri menajana pergerakan para belia dikawasan beliau sendiri. Kita harus memberikan sokongan padu buat kedua dua calon ini memandangkan penggal lalu kita telah kerugian masa yang berharga.

Baca Lagi Di Parang Pedang

TERKINI!! PAS AKAN BERSATU DENGAN UMNO DLM MASA TERDEKAT??

hadi awang


Alhamdulillah berita baik baru aku terima. Ternyata mimpiaku bukan sekadar mimpi . Menurut dari laporan Sinar Harian Pas sedia bekerjasama dengan Umno termasuk berdialog bagi membincangkan pelbagai isu jika parti itu dipelawa, kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.  

   
Katanya, Pas boleh berbincang mengenai apa sahaja isu dan sejarah membuktikan pemimpin-pemimpin Pas dan Umno boleh berada bersama di atas satu pentas.  
   
Beliau berkata, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Presiden Pas, Allahyarham Datuk Fadzil Noor pernah bersama dalam satu forum suatu ketika dahulu.
   
"Dasar kita boleh berbincang apa sahaja isu seperti jenayah, rasuah dan ekonomi. Kalau kita diajak kita boleh pergi, kita boleh bincang," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Konvokesyen Kolej Islam Darul Ulum di Pokok Sena, dekat sini hari ini.
   
Abdul Hadi berkata, jika perbincangan itu melibatkan soal Islam, Pas akan berpegang kepada dasarnya iaitu berlandaskan al-Quran, hadis, ijmak ulama dan qiyas.  
   
"Pas pernah membuka pintu mengajak Umno bermuzakarah pada 1980-an dengan berdasarkan perkara-perkara berkenaan," katanya.
   
Baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilapor sebagai berkata, kerjasama antara Umno dan Pas untuk menyatukan orang Melayu serta umat Islam di negara ini bukan perkara mustahil.
   
Mengenai cadangan Dewan Ulama Pas supaya tahaaluf siyaasi (kerjasama politik) antara parti itu dengan sekutunya dalam pakatan pembangkang dikaji semula, Abdul Hadi berkata, Dewan Ulama Pas berhak mengemukakan usul ke muktamar Pas akhir tahun ini yang kemudian akan dibawa ke sebuah jawatankuasa untuk ditapis.
   
"Terpulang kepada Dewan Ulama Pas, bukan hak kita dan jawatankuasa usul akan melihatnya. Kadang-kadang usul ini tak perlu dibahas tetapi diselesaikan secara peringkat dalaman parti," katanya. - Bernama

Terkini !! SAH KJ MENANG TANPA BERTANDING

Mengejutkan teman apabila teman membaca satu artikel dari akhbar tempatan iaitu utusan . Terkejut jugak teman apabila Saudara Khairy Jamaluddin dilaporkan dlm utusan,menang tanpa bertanding bagi jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau setelah tiada borang pencalonan lain diterima bagi jawatan itu sehingga tempoh penyerahan tamat pada 5 petang ini.

Khairy yang ketika ini menyandang jawatan Ketua Pemuda UMNO Rembau menghantar borang pencalonan menerusi wakilnya pada pukul 8 pagi kepada Jawatankuasa Pemilihan UMNO negeri di Wisma Umno, di sini.

Beliau juga dijangka mempertahankan jawatannya selaku Ketua Pemuda UMNO peringkat pusat pada pemilihan nanti. - BERNAMA


pssst hehehe sengaja nak bg kome baca story skit 


 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...