Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Monday, 24 September 2012

~UPSI Menang Majoriti Tanpa Bertanding - Tanda Mahasiswa Belaan Pakatan Makin Suram Di Universiti Tanah Air~

Menurut info 23 dari 29 sudah dimenangi semasa penamaan. Maka benarlah wajar sugul Adam Adli semasa demo 13 September 2012 yang lalu menjadi bukti kenyataan ini.

Lihat wajah beliau diambil dari blog PPUM di sini : http://umb-ppum.blogspot.com/2012/09/prkampus-harapan-aspirasimahasiswa.html?utm_source=dlvr.it&utm_medium=twitter

Di merata tempat kemenangan demi kemenangan memihak kepada AspirasiMahasiswa atau AM. Dengan situasi nasional menunjukkan kacau bilau di dalam pentadbiran 'GodFather' mereka maka saat PRKampus kali ini turut memberi kesan kepada pengundia di tempat mereka.

Terkini PAS dikecam hebat isu Hudud, PKR isu jet peribadi selepas bas jutaan ringgit, selain DAP yang terpaksa berlutut meminta maaf isu hina umat Islam pertahan Nabi Muhammad saw.

Lumrahnya manusia akan berfikir dan mengambil info dari semua sumber yang dipercayai.

Apatah lagi mahasiswa yang telah terbukti mempunyai kecerdikan belajar tentu matang mengkaji siapakah yang akan mereka sokong dalam pemilihan MPP.

Tahniah kepada yang menang dan demi keamanan jangan kita sokong mahasiswa yang suka buat kekacauan dan mencipta rusuhan melanggar peraturan.

Semoga Malaysia akan sentiasa aman dengan generasi beradab tinggi keluaran IPT yang bakal menjadi pelapis kepimpinan hari ini pada masa akan datang.

Sunday, 23 September 2012

~LUAHAN HATI TUN M~

 
Saya sedih. bukanlah saya berharap kerana kesedihan saya akan menarik simpati sesiapa. Hanya saya ingin menyatakan perasaan saya, perasaan apabila melihat kaum saya, orang Melayu, begitu sekali tidak tahu bersyukur, begitu sekali mudah lupa, begitu sekali mudah di pengaruhi dan diperalat oleh orang lain sehingga sanggup memburukkan bangsa sendiri.

Bagi generasi yang dilahirkan selepas merdeka tentulah mereka tidak merasai sendiri kehinaan yang di alami oleh orang Melayu semasa di jajah dahulu. Tetapi takkanlah mereka tidak baca sejarah bangsa kita.

Jika mereka sudah lupa, jika mereka tidak dapat menyelami pahit maung, pedih perit bangsa yang dijajah, izinkan saya yang biasa dengan tiga penjajahan bercerita sedikit mengenai orang Melayu semasa dijajah.

Rata-rata mereka miskin, tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak terdaya mempertahan negeri-negeri mereka. Mereka terpaksa bertuankan orang putih Inggeris yang mereka terima sebagai Tuan mereka di negeri mereka sendiri. Mereka bukan tuan rumah. Mereka sebenarnya hamba rumah yang diduduki orang lain.

Orang putih secara terbuka menyatakan bahawa orang Melayu adalah bodoh dan malas, tidak mampu menyumbangkan apa-apa kepada pembangunan negeri-negeri mereka. Mereka hanya layak menjadi pemandu kereta dan orderly atau budak pejabat atau kerani. Mereka dianggap tidak berkebolehan melaksanakan apa-apa kerja yang dipertanggungjawabkan kepada mereka. Orang asing dari India dan Cina perlu dibawa masuk untuk mengatasi masalah oraang Melayu malas dan tidak cekap.

Datang Jepun. Orang Melayu hilang jawatan perkeranian dan jawatan-jawatan rendah yang lain. Mereka terpaksa jadi penjual pisang di tepi jalan - kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Jika tidak tunduk serendah mungkin apabila lalu dihadapan askar Jepun, mereka dipaksa tatang ketulan batu yang besar sehingga mereka pening dan jatuh. Mereka diarah panjat pohon kelapa untuk dapatkan buah bagi askar Jepun.

Jika gagal mereka ditempelang dan terbongkok-bongkok meminta maaf daripada askar Jepun. Tanpa bertanyakan sedikitpun akan pandangan orang Melayu sebagai pemilik negeri-negeri Melayu, Jepun menghadiahkan empat buah negeri Melayu, iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu bagi membalas budi Siam. 

 Di bawah pemerintahan siam, orang Melayu diarahkan supaya menghormati lagu kebangsaan Siam dan bendera Siam. Saya lihat sendiri seorang orang tua Melayu yang tidak turun basikalnya semasa lagu kebangsaan Siam dimainkan, ditendang dikepala oleh askar Siam apabila lagu berhenti dan ia jatuh terlentang di atas jalan. Saya dan beberapa Melayu lain tidak berani menolong orang tua yang telah jatuh. Kami bangsa yang dijajah dan boleh ditendang oleh sesiapa yang menjajah kami. Jangan sesiapa tolong.

Kemudian British kembali dan raja-raja Melayu diugut akan diturunkan dari takhta mereka jika mereka tidak tandatangan perjanjian Mac Michael supaya negeri-negeri Melayu diserah secara langsung kepada British. Dan raja Melayu pun tandatangan dan diturunkan pangkat kepada kadi besar negeri mereka.

Cadangan Malayan Union British bertujuan menamatkan negeri-negeri Melayu sebagai Tanah Melayu. Ia akan menjadi milik siapa sahaja yang mendapat taraf rakyat Malayan Union milik British.

Dalam keadaan orang Melayu yang begitu miskin, daif dan tidak berilmu pengatahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak mempunyai senjata, tidak tahu berniaga, sudah tentu mereka akan menjadi kuli dan hamba kepada orang lain yang lebih pintar, lebih cekap dan lebih kaya daripada mereka. Sudah tentu tidak akan ada Tanah Melayu, tanah tumpah darahnya orang Melayu. Mereka akan jadi bangsa yang tak punya negara, tidak bertanahair. tidak ada masa depan bagi mereka.

Alhamdulillah. Di saat itu mereka tiba-tiba sedar. Berkat beberapa kerat diantara mereka yang terpelajar yang tahu akan malapetaka yang menanti bangsa mereka, mereka ketepikan sikap kenegerian mereka dan kesetian kepada raja masing-masing atau kepada keturunan mereka. Mereka bersatu dan bangun menentang rancangan Malayan Union British. Perpaduan Melayu yang tumpat ini, pendirian mereka yang tidak berbelah bagi berkenaan penolakan malayan Union memaksa British gugurkan rancangan mereka dan kembalikan negeri-negeri Melayu bersama Pulau Pinang dan Melaka yang dimiliki British kepada orang Melayu. Maka terselamatlah orang Melayu dan negeri mereka.

Malangnya sekembalinya sahaja Semenanjung Tanah Melayu ke tangan orang Melayu, maka bermulalah rebutan untuk nikmat yang datang dengan pemerintahan sendiri, khususnya untuk menjadi ahli dalam dewan-dewan negeri atau dewan undangan Persekutuan. Keahlian ini menjanjikan pangkat, elaun dan lain-lain kemudahan. 

Untuk bekerja sebagai budak pejabat memerlukan kelulusan tertentu. Tetapi untuk menjadi Yang Berhormat, menteri, bahkan Perdana Menteri tidak memerlukan apa-apa sijil atau kelulusan.

Yang kecewa, yang tidak dapat nikmat yang dikejar lupa akan nikmat perpaduan dan mereka tinggalkan UMNO untuk tubuh kesatuan mereka sendiri. Dengan ini mereka akan dapat dicalon oleh parti mereka untuk bertanding dalam pilihan raya yang akan datang.

Kumpulan pertama yang menubuh parti serpihan terdiri daripada ulama dalam UMNO yang kecewa kerana permintaan mereka supaya 10 daripada mereka dicalonkan oleh Tunku Abdul Rahman ditolak olehnya dan hanya satu sahaja yang diberi kepada kumpulan ini.

Tetapi Tuhan Maha Kaya. Rata-rata orang Melayu terus menyokong UMNO yang mana ini memberi kemenangan kepada UMNO dan rakan-rakannya. Demikianlah besarnya sokongan ini sehingga British terpaksa serah kuasa kepada Perikatan ciptaan UMNO. Jika Parti Islam mendapat lebih daripada satu kerusi, nescaya kemerdekaan tidak tercapai pada 1957.

Tanpa merampas hak orang lain, pemerintahan yang bertunggak kepada Melayu berjaya membangunkan negara dan memberi kepada bangsa Melayu dan bumiputera lain pelajaran, latihan dan peluang yang tidak pernah dinikmati oleh mereka semasa dijajah.

Berkat semua ini maka terpulihlah maruah bangsa Melayu. Alhamdulillah.

Ramalan bahawa pemerintahan yang dipimpin Melayu ini akan merampas hak dan harta kaum lain tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya pimpinan yang diterajui Melayu berjaya memajukan negara sehingga dikagumi dunia.

Semua ini terang dan nyata. Dunia akui kebolehan orang Melayu yang memimpin Malaysia. Tetapi mereka belum sampai ke tahap bersaing dengan kaum lain terutama dalam bidang perniagaan dan perusahaan.

Malangnya kejayaan yang sedikit ini telah menjadikan mereka bongkak dan tamak. Rebutan kuasa antara mereka terus berlaku dan rebutan yang berpunca kepada ketamakan individu tertentu menyebabkan perpecahan dan serpihan daripada parti utama mereka.

Mereka yang kecewa kerana gagal merebut tempat menghasut ahli-ahli dan pemimpin kerdil untuk menyertai mereka, untuk menjayakan hasrat sempit mereka merebut kuasa, terutama untuk menjadi Perdana Menteri. Untuk ini mereka membohong, menyalahtafsir agama, menyokong orang lain yang tidak suka melihat orang Melayu meraih walaupun sedikit kekayaan, kedudukan dan nikmat yang terdapat di negara ini.

Hasilnya ialah perpaduan Melayu diganti dengan perpecahan. Orang Melayu yang dahulu digeruni oleh British kerana kukuhnya perpaduan mereka, sekarang berpecah kepada tiga kumpulan kecil yang terpaksa mengemis untuk mendapat sokongan orang lain termasuk mereka yang menentang segala usaha untuk mengimbangkan kedudukan orang Melayu dengan kaum-kaum lain.

Sokongan orang lain ini tidak diberi secara percuma. Jika mana-mana daripada parti Melayu ini memenangi pilihan raya dan mendirikan Kerajaan, tak dapat tidak Kerajaan ini akan terpaksa mengikuti telunjuk orang lain. Melayu tidak lagi akan menjadi tunggak kepada pemerintahan negara yang mereka rela berkongsi dengan orang lain. Mereka akan jadi puak minoriti dalam pakatan yang mereka sertai. Inilah yang akan terjadi hasil perpecahan orang Melayu.

Siapakah yang membawa malapetaka ini. Tak lain tak bukan malapetaka ini dibawa oleh orang Melayu sendiri - orang Melayu yang tamak, orang Melayu yang kurang pintar, orang Melayu yang mudah dipengaruhi nafsu, yang mudah dikuasai oleh perasaan benci apabila dihasut.

Orang Melayu sudah lupa akan betapa hinanya mereka semasa dijajah dahulu. Mereka tidak pun mengakui akan nikmat yang banyak yang dinikmati oleh mereka setelah merdeka dan mereka menerajui Kerajaan - Kerajaan Malaysia merdeka.

Oleh kerana lupa dan tidak bersyukur, mereka rela supaya perpaduan yang memberi kekuatan kepada mereka dimusnahkan. Mereka sanggup dipecah dan dipisah daripada kuasa yang sedikit yang ada pada mereka.

Sebab inilah yang saya sedih. Bangsa saya jelas tidak dapat menangani kejayaan. Bangsa saya mudah lupa. Bangsa saya tidak tahu bersyukur. Bangsa saya tidak tahu mengambil iktibar daripada nasib yang menimpa kaum sebangsa yang hari ini tinggal di wilayah yang dikuasai orang lain.

Jangan bersedih dan bersimpati dengan saya. Bersimpatilah dan bersedihlah dengan diri sendiri, dengan anak cucu yang akan alami masa depan yang gelap kerana kita tamak dan begitu benci kepada bangsa dan pemerintahan oleh kita sendiri.


~TAHNIAH BLOGGER SEKUPANG DUA ANAK PAKYA~

APA YANG ANAK JATI MALAYA NAK CERITA KAN APA YANG BERLAKU SEMASA PRESS CONFERENCE SEMALAM ADA DI LINK INI.

DARIPADA LINK YANG ANAK JATI MALAYA BERIKAN ,ANAK JATI MALAYA DAPAT MENGAMBIL SEDIKIT APA YG ADA DI LINK TERSEBUT ANTARA NYA IALAH 
"SAMAN!!! Alhamdulillah kira-kira jam 11.30 pagi tadi di pejabat peguam teman Tetuan Norali & Co berlansung satu sidang akhbar perihal tindakan susulan kepada Ngah yang baru-baru nie dalam blog dia pada 12hb September 2012 lalu membuat kenyataam Fitnah terhadap teman seolah-olah makamah memutuskan saya bersalah, memohon maaf padanya, berjanji tidak akan buat posting yang memfitnah beliau lagi, menarik fitnah terhadap dia dan beberapa sebutan dalam blog dia yang nampak macam teman mengaku salah bila tersiarnya di dalam portal dan akhbar bahasa Cina sebelum ni

Kenapa buat posting ketika ini juga menjadi tanda tanya, dalam bakal menghadapi Konvensyen PR yang tinggal dau tiga hari jer tiba-tiba keluar posting dalam blog pasal sekupangdua. pulak tu macam  didapati bersalah buat fitnah dan siap mintak maaf pada dia bukan tak tau kesannya, bila masa makamah mengakui dan menjatuhkan teman didapati bersalah buat fitnah? Apakah laku posting dalam blog dia sebagai makamah yang menentukan tidak bersalah sebagai modal untuk konvensyen yang tak berapa jam saja akan diadakan mendapati dia tidak bersalah?" 

DIATAS TADI ADALAH SERBA SEDIKIT PETIKAN YANG TELAH DIAMBIL DR LINK INI.BAGI ANAK JATI MALAYA SENDIRI INGIN MENEGASKAN TAK PERLU LAH TAKUT PADA SEORANG BLOGGER YANG MENGELUARKAN FAKTA LAGI BERNAS.AJM DENGAN INI MENGISTIHARKAN AKAN TERUS MENYOKONG BLOGGER SEKUPANG DUA ANAK PAKYA... HIDUP SEKUPANG DUA


SIDANG MEDIA YANG BERLAKU DI PEJABAT PEGUAM TETUAN NORALI & CO



WE ARE FROM THE PERAK CYBER TROOPERS SUPPORT THE BLOGGERS SEKUPANGDUA ANAK PAKYA

Saturday, 22 September 2012

~SERBA SEDIKIT TENTANG DATO' SERI DR. ZAMBRI ABDUL KADIR,MB BESAR PERAK~


BERIKUT ADALAH SERBA SEDIKIT BUTIRAN TENTANG  DATO' SERI DR. ZAMBRI ABDUL KADIR,MB BESAR PERAK



Yang Amat Berhormat Dato' Seri Diraja Dr Zambry Abdul Kadir  S.P.S.A., S.P.M.P., D.G.S.M., D.P.M.P., A.M.S
JAWATAN KINI 

Menteri Besar Perak

TARIKH BERKHIDMAT

12 MEI 2009

ADUN NEGERI PERAK ,PULAU PANGKOR

MULA BERKHIDMAT:4 MAC 2004

DILAHIRKAN PADA 22 MAC 1962

DILAHIRKAN DI PULAU PANGKOR,PERAK DARUL RIDZUAN

PARTI POLITIK:UMNO (BARISAN NASIONAL)

TEMPAT TINGGAL :KG MASJID PULAU PANGKOR,NEGERI PERAK

PEKERJAAN :ADUN

AGAMA;ISLAM



 PENDIDIKAN DATUK SERI
TahunPendidikanKelulusan
1987Universiti Islam Antarabangsa MalaysiaB Econs (Kepujian)
1991Universiti Islam Antarabangsa MalaysiaMA (Pemikiran Islam)
1992Universiti Temple, Amerika SyarikatMA (Falsafah Politik dan Perbandingan Agama)
1995Universiti Temple, Amerika SyarikatPh.D (Pemikiran Politik)

Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir merupakan ahli Dewan Undangan Negeri Perak kawasan Pangkor, Negeri Perak dan menjadi Menteri Besar Perak pada 6 Februari 2009 selepas 3 Adun PR menjadi Adun Bebas .

Beliau berkelulusan Ph.D dari Amerika Syarikat dan menjadi pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Pada tahun 1998, beliau telah ditahan Akta Keselamatan Dalam Negeri kerana mempertikaikan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Antara salah satu slogan yang telah dibawa oleh ds Zambry di negeri perak adalah slogan Perak Aman  Jaya. Dalam slogan ini beliau menekankan tiga aspek iaitu peluang berkualiti,pendapatan berkualiti serta kehidupan berkualiti



okay sekarang Anak Jati Malaya berbesar hati ingin menunjukkan apa itu Perak Aman Jaya





sekitar program di Perak


program visit perak 2012



DS ZAMRY BERJIWA RAKYAT


sempat meluang kan masa bersama rakyat :)



mendengar masalah dan rintihan rakyat.



peringatan dari seorang pemimpin buat kita semua

Kalau Anak Jati Malaya nak cerita tentang perjuangan ,keikhlasan DS Zambry sebagai wakil rakyat sampai esok pagi tak habis.Biarlah rakyat sahaja yang menilainya..Insyallah PRU 13 DS masih bersama kami..

BLOGGER PCT SUPPORT DATO' SERI DR. ZAMBRY ABDUL KADIR,MB BESAR PERAK

ikuti wawancara di link ini




~Tunku Aziz Jauh Lebih Mulia ~




Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim sedia menjelajah ke seluruh negara bagi membuka minda rakyat, khususnya penyokong pembangkang supaya membuat keputusan tepat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Menurutnya, beliau mahu pengundi membuat pilihan berdasarkan akal fikiran bukannya mengikut perasaan. Ia kerana, jelasnya, PRU-13 sangat penting untuk Malaysia dan rakyat seharusnya membuat pilihan yang tepat demi masa depan mereka.

"Kita mahu rakyat dimaklumkan mengenai perkara sebenar supaya mereka dapat membuat keputusan tepat.

Tiba masa untuk ahlol ahlol regim PAS yang menjadi tukang basuh najis DAP buat keputusan yang tepat...???.
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...