Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Thursday, 14 March 2013

Terkini!!! cikgu yang menghina wira Lahad Datu sudah ditangkap !!!


Polis memburu seorang guru yang bertanggungjawab menghina pasukan keselamatan sebagai ‘anjing’ dan menganggap kematian mereka sebagai ‘mati katak’ dalam laman sosial Facebook miliknya, baru-baru ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, lelaki itu, Mohd. Lotfi Nor, 37, yang berasal dari Pasir Putih, dipercayai sedang bersembunyi.

Menurut beliau, pihaknya telah membuka kertas siasatan berhubung laporan polis yang dibuat sebelum ini mengikut Seksyen 41 Akta Hasutan 1948.

“Siasatan segera akan dijalankan kerana tindakan lelaki itu yang dipercayai mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Bali, Pasir Puteh di sini bukan sahaja melampau tetapi boleh meracuni fikiran orang ramai.

“Kita akan siapkan kertas siasatan dan hantar kepada Ketua Unit Pendakwaan untuk tindakan susulan.

“Kalau dia tidak waras tak kan dia pandai menulis mengeluarkan kata-kata sebegitu, pandai pula takut dan bersembunyi," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN

TERKINI! :

Tergempar dan Panas!!!!! Gambar cikgu yang menghina Pihak keselamatan di Lahad Dahu dan meroyan di dalam FB dan memburukkan anggota keselamatan negara...

Sudah ditangkap pun ~
Alhamdulillah...

[Video] Potong Tangan Bukan Anggota Keselamatan ??


Polis berkata video yang tersebar secara di media sosial dan Youtube bagaimana seorang lelaki diseksa bukan anggota keselamatan Malaysia. Video tersebut menunjukkan seorang lelaki dipotong tangan dan kemudian kepalanya dipenggal.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sangkal kesahihan video tersebut dan bertegas ia bukan anggota keselamatan Malaysia.

“Daripada penelitian kami mendapati video berkenaan sebenarnya melibatkan seorang lelaki dari negara asing. Insiden itu berlaku di luar negara. Lelaki dalam video itu memang pasti bukan anggota keselamatan pasukan kami. Tambahan pula, lelaki dalam video itu tidak memakai pakaian seragam anggota keselamatan Malaysia,” katanya kepada mStar.

Beliau juga berkata polis akan mengambil tindakan terhadap mereka yang menyebarkan video tersebut kerana ia boleh melemahkan anggota pasukan keselamatan Malaysia.

Maksudnya insiden penggal kepala anggota keselamatan Malaysia sememangnya wujud seperti mana yang disebut Zahid Hamidi di atas cuma video tersebut kesahihannya disangkal. - Sumber

Syahid hanya akan sah jika menjadi ahli PAS???



Negara kehilangan ramai anggota keselamatan apabila terkorban bertempur menentang musuh negara. Ada yang dibunuh dengan kejam hingga kepala dipenggal,mata dicungkil keluar,otak dikeluarkan dan ada ditembak dibahagian muka.

Anggota keselamatan ini berjuang mempertahankan kedaulatan negara demi bangsa,agama dan negara,Sehingga sekarang tidak ada seekor pun khawarij PAS tampil kehadapan menyatakan kematian para pejuang ini adalah syahid.

Apa yang menariknya,Nik Aziz mursidol Am memerangkap wali besar PAS awal awal lagi mengistiharkan ahli PAS yang pangkah sudah dijanjikan tempat mereka di syurga nanti. Dengan hanya bermodalkan kertas undi sesiapa pun layak untuk menjadi penghuni syurga asalkan pangkah kepada PAS DAP atau PKR.

Begitu juga dengan amanat Hadi, beliau sehingga sekarang masih berpegang teguh dengan amanat yang diberikan kepada ahli PAS hinggakan masih ada beranggapan lawan Umno adalah satu tuntutan agama . Hingga tercetusnya insiden Memali kesemuanya diistiharkan syahid walaupun pada ketika itu mereka menentang kerajaan.

Adakah syahid hanya akan sah jika menjadi ahli PAS atau penjilat tegar DAP?? Kenapa Nik Aziz tak berani beri fatwa anggota keselamatan yang gugur terkorban adalah syahid? Adakah ini semua diambil perkiraan politik?

Nik Aziz dan khawarij PAS awal awal lagi angkat Mat Indera sebegai pejuang kemerdekaan bersama sekumpulan komunis. Kumpulan komunis yang tidak ada agama juga diberikan tempat yang cukup mulia dihati PAS. Habis dijaja diseluruh negara berkempen Komunis pejuang kemerdekaan. Berkarung karung duit di kutip sambil bertakbir.

Dari blog pisau.net

[EKSKLUSIF] : MAT BOM DALANG PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU DIKEHENDAKI !!!


LAHAD DATU – Mat Bom!!! Itulah nama yang sering meniti di bibir para penduduk yang ditemui di Felda Sahabat apabila diminta bercakap mengenai ‘dalang’ di sebalik pencerobohan pengganas militan Sulu ke atas penempatan mereka.

Rata-rata percaya, Mat Bom orang yang paling bertanggung jawab dalam ‘menyambut’ pengganas militan Sulu ke sini hingga menyebabkan 10 anggota pasukan keselamatan terbunuh dalam pertempuran dengan pihak berkenaan.

Baca Lagi DISINI

gempar !!! VIDEO: Wajah Talibarut Pengganas Sulu Terbongkar!



Tu dia! Video perancangan pengganas Sulu untuk menyerang Sabah kini terbongkar. Punya celakanye pengganas ini. Tengok muka-muka laknat ni. Mohon sebar-sebarkan supaya anggota keselamatan dapat kenalpasti sekor-sekor pengganas yang mungkin sedang menyamar sebagai orang awam di Lahad Datu..

Ikuti terjemahan perbualan pengganas Sulu dalam video ini

Di awal perbualan...


"bang kamu awn pustu/pusu (kurang jelas awal perbualan)

klu kmu ada pusu (pusu=pengangkutan jenis laut yg mampu menampung 20-30 org)

manjari kumandan = boleh pinjam

yang tua keparat yang menanggalkan topinya....


berkata "kita tak boleh ke lahad datau buat je la panggilan suruh mereka ke lahad datu di sana PUSU kita"


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...