Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Sunday, 31 March 2013

Papa Gomo Pengundi Hantu ???




Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan, pihaknya boleh memotong nama pemblog Papa Gomo atau nama sebenarnya, Wan Muhammad Azri Wan Deris sebagai ‘pengundi polis’ berikutan kenyataan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung statusnya semalam.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf berkata, jika PDRM telah membuat kenyataan bertulis, suruhanjaya tersebut boleh mengambil tindakan dengan segera.

Menurutnya, kes berhubung Wan Muhammad Azri ini bersangkut dengan pelbagai agensi dan memerlukan pengesahan daripada PDRM.
 
Bagaimanapun beliau juga berkata, SPR boleh mengenal pasti setiap individu yang cuba untuk menjadi pengundi hantu dengan penggunaan dakwat kekal dan teknologi digunakan.

“… kalau ada kenyataan bertulis daripada PDRM, sekarang pun kita boleh padam dia sebagai pengundi pos.
“Kes Wan Muhammad ini agak rumit, dia mempunyai kesalahan tatatertib, jadi untuk melakukan sesuatu (batal undi pos), kita kena ikut saluran yang betul.

“Kita sentiasa berusaha untuk memastikan senarai (daftar) pengundi ini bersih, termasuklah setiap hari ada yang meninggal, ada yang tukar alamat dan sebagainya,” katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan surat watikah pelantikan kepada pegawai pengurus pilihan raya Selangor, hari ini.

Menerusi satu kenyataan semalam, PDRM mengesahkan pihaknya telah membuang kerja Wan Muhammad Azri, awal September lalu dan sudah tidak layak menjadi pengundi pos.

PDRM menjelaskan dia bukan lagi seorang pengundi pos polis.

Dalam kenyataan itu, Pengarah Pengurusan PDRM, Datuk Mortadza Nazarene berkata, Wan Muhammad pernah berkhidmat sebagai anggota polis berpangkat konstabel di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya mulai 1 Julai 2002 hingga 30 November 2004 apabila ditangkap atas kesalahan jenayah.

“Pada 31 Oktober 2005, anggota ini telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ampang Jaya di atas kesalahan jenayah. Proses perbicaraan mahkamah dan rayuan telah dibuat sejak dari tarikh tersebut.

“Pada 6 September 2012, anggota ini telah disabitkan salah dan dijatuhkan hukuman. Seterusnya prosiding tatatertib PDRM terhadapnya telah dibuat dan anggota ini telah dibuang kerja berkuat kuasa 6 September 2012,” kata beliau.

Sehubungan itu, Mortadza berkata, Wan Muhammad tidak lagi tersenarai dalam rekod PDRM sebagai “pengundi polis.”

“Perkara ini juga telah dijelaskan oleh pihak SPR bahawa rekod pendaftaran anggota ini sebagai pengundi pos telah dipadamkan, seperti kenyataan SPR pada 23 Mac 2013,” katanya lagi.

Sabtu lalu, Abdul Aziz juga menunggu PDRM mengesahkan status Wan Muhammad Azri untuk badan berkanun itu mengambil tindakan.

Terkini !!UMNO Kelantan Letak Calon ULAMA dalam PRU 13 ??


KOTA BHARU - Barisan Nasional (BN) Kelantan akan menampilkan tokoh ulama serta calon yang mantap untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pemilihan calon sudah di peringkat akhir dan ia akan menampilkan muka lama dan baru.

“Kami mahu setiap calon yang dipilih diterima dan disukai rakyat supaya membawa kemenangan kepada BN di negeri ini,” katanya.

Sebelum itu, beliau meluangkan masa lebih sejam melawat kawasan Karnival Pengajian Tinggi Negara 2013 di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV.

Menurutnya, BN akan berusaha sungguh-sungguh dan meletakkan calon terbaik, walaupun sedar bahawa sesiapa pun diletakkan sebagai calon, mungkin ada yang akan mempertikaikannya.

Mustapa berkata, bagi beliau dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, mereka yang terpilih adalah  barisan terbaik yang dipilih di kalangan tokoh di Kelantan.

Sementara itu, mengulas mengenai pertemuan beliau dengan Najib, yang juga Presiden Umno dan Pengerusi BN, di Putrajaya kelmarin, Mustapa berkata, pertemuan seperti itu sudah diadakan sejak enam bulan lepas.

Menurutnya, ia bagi membincangkan perkara berkaitan parti, terutama mengenai senarai calon BN Kelantan.

Ditanya mengapa Najib belum membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU13, Mustapa berkata, beliau percaya Najib mahu hasil transformasi yang dilaksanakan, termasuk dalam bidang ekonomi, dirasai rakyat.

"Ia tiada kaitan dengan apa-apa desakan pembangkang. Ini strategi Najib dalam memastikan rakyat melihat hasil kerja, termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA),” katanya, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Mustapa tidak menolak kemungkinan banyak lagi program peletakan batu asas bagi projek tertentu dilakukan kerajaan Pas Kelantan, dan menyifatkan tindakan seperti itu 'tidak lebih daripada gimik politik' menjelang pilihan raya.

Ngeri !!! Adik Lihat Kakak Tertusuk Besi ??


FotoSeremban: Seorang wanita mengalami detik mengerikan apabila melihat kakak kandungnya maut dalam keadaan tragik selepas lehernya tertusuk sebatang besi yang terjatuh daripada lori yang berselisih dengan kereta dinaiki mereka di Jalan Batu 8, Kampung Nyatoh, di sini, semalam.

Dalam kemalangan jam 10.45 pagi, V Inthirani, 50, maut di tempat kejadian selepas lehernya cedera parah ditusuk besi sepanjang setengah meter.

Adik mangsa, V Thilaga, 32, berkata, ketika kejadian dia bersama kakaknya yang memandu kereta jenis Perodua Viva dalam perjalanan dari Rantau menuju ke rumah mereka di Taman Bunga Sejati, di sini, dengan jarak hanya satu kilometer dari lokasi kejadian.

Katanya, sampai di lokasi kejadian, kereta dinaiki mereka berselisih dengan sebuah lori satu tan tanpa muatan.

“Sebaik berselisih dengan lori itu, saya lihat satu objek panjang berwarna hitam terpelanting sebelum ia terus menembusi cermin depan kereta yang kami naiki.

“Dalam sekelip mata, kereta kami terus berpusing sebelum berhenti di tepi jalan dan apabila saya menoleh ke tepi, saya lihat kakak dalam berlumuran darah sambil memegang besi yang terpacak di lehernya,’’ katanya yang ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Melihat keadaan kakaknya yang nazak, Thilaga menjerit meminta tolong sebelum beberapa pengguna jalan raya dan penduduk berhampiran datang membantu.

“Bagaimanapun, selang beberapa minit, saya lihat kakak saya kaku dan saya hanya mampu menangis apabila orang ramai yang membantu, memaklumkan dia tidak lagi bernyawa,’’ katanya sedih.

Sementara itu, Pegawai Turus Trafik negeri Asisten Superintendan Abdul Halil Hamzah yang mengesahkan kejadian itu berkata, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.

“Buat masa ini kita mengesan lori terbabit dan sesiapa yang melihat kejadian itu boleh menghubungi kami untuk membantu siasatan,’’ katanya.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat sebelum diserah kepada keluarga untuk urusan pengebumian.

HOT !!! Kisah Sedih Anak Allahyarham Inspektor Zulkifli ??


Foto

Ipoh: “Abah gi (pergi) Sabah... abah dah ninggal (meninggal),” itu ayat pertama yang keluar dari mulut anak sulung Allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat, Mohamad Akmaruddin, 5, ketika disapa wartawan pada majlis penyerahan bantuan di Mes Pegawai Kanan, Pasukan Gerakan Am, Briged Utara, Hulu Kinta, Rabu lalu.

Tidak banyak maklumat diperoleh daripada kanak-kanak itu kerana dia seolah-olah cuba menyembunyikan perasaan sedih mengenai pemergian arwah bapanya.

Ketika ditemui, Mohamad Akmaruddin tidak berbeza daripada kanak-kanak lelaki sebayanya yang aktif dan suka bergurau, malah wartawan turut diajak bermain dan dipeluknya.Dia mungkin belum mengerti pemergian insan tersayang dalam hidupnya.

KELETAH Akmaruddin (kiri) dan adiknya Akhil menyentuh jiwa.Perbualan singkat dengannya mungkin sedikit sebanyak dapat memberi gambaran sebenar memori yang sempat dikongsi kanak-kanak itu.

Hmetro

Terkini!!!Pengganas Sulu lepas geram pada Penduduk Tempatan???

Kehidupan kira-kira 1,400 penduduk di Kampung Tanjung Labian di sini ibarat sudah jatuh ditimpa tangga apabila mereka terpaksa menghadapi masa depan suram dan beban hutang gara-gara pencerobohan pengganas Sulu sejak 12 Februari lalu.
Selepas sebulan meninggalkan rumah dan menghuni pusat pemindahan ekoran insiden pencerobohan pengganas Sulu, sebahagian penduduk dibawa memasuki kawasan kampung itu sebelum dikejutkan dengan penemuan banyak harta masing- masing yang musnah terbakar atau dirosakkan.

Tidak cukup dengan rumah, kedai runcit dan bengkel kenderaan, peralatan untuk mencari sesuap nasi seperti bot nelayan turut dimusnahkan.Sedih dengan apa yang dilihat, beberapa orang penduduk meraung, menangis, menjerit, terduduk dan bertakbir.

Siti Aminah Hiya, 21, berkata, kehidupannya kini sudah tidak bermakna apabila rumah yang dihuni beberapa tahun lalu musnah.Lebih memburukkan keadaan apabila bot dan enjin yang diguna oleh suami ke laut menangkap ikan turut terbakar.

"Bot dan enjin ini saya dapat hasil pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia sebanyak RM1,500 beberapa bulan lalu dan baru sekali saya bayar balik pinjaman.

"Sekarang bot sudah hancur, bagaimana saya dan suami hendak mencari rezeki bayar balik pinjaman? Rumah juga dibakar dan apa yang ada sekarang hanyalah baju yang kami pakai ini," katanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...