Parlimen Persekutuan mengandungi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, dan dua Dewan iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
Perkara 55, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa hanya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sahaja yang boleh memanggil Parlimen untuk bersidang. Baginda juga mempunyai kuasa istimewa untuk memberhenti atau membubarkan Parlimen.
Dengan demikian Yang di-Pertuan Agong diperlukan oleh Perlembagaan untuk memanggil Parlimen bermesyuarat dalam masa enam bulan antara persidangan yang akhir dalam satu penggal yang kemudiannya.
Bagi Dewan Rakyat, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis hendaklah menetapkan sekurang-kurangnya 28 hari sebelum permulaan tiap-tiap penggal, tarikh-tarikh majlis akan bermesyuarat dalam penggal itu. Walau bagaimanapun , Ketua atau Timbalan Ketua Majlis boleh mengubah tarikh-tarikh yang ditetapkan itu dari masa ke semasa.
Parlimen Persekutuan merupakan badan perundangan yang tertinggi di Malaysia. Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu. Parlimen akan terus berjalan selama lima tahun, dari tarikh mesyuarat pertamanya selepas Pilihanraya Umum.
Pada penghujung tempoh lima tahun ini, Parlimen dengan sendirinya dibubarkan dan dalam masa 60 hari dari tarikh pembubaran Parlimen, Pilihanraya Umum bagi memilih wakil-wakil untuk Dewan Rakyat hendaklah diadakan, dan Parlimen dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada 120 hari dari tarikh pembubarannya.
Senarai-senarai Yang di-Pertuan Agong
YANG DI-PERTUAN AGONG KEEMPAT BELAS | |
Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah Negeri: Kedah Tempoh: 13 Dis 2011 - Kini | |
YANG DI-PERTUAN AGONG KETIGA BELAS | |
Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billal Shah Negeri: Terengganu Tempoh: 13 Dis 2006 - 12 Dis 2011 | |
YANG DI-PERTUAN AGONG KEDUA BELAS | |
Tuanku Syed Sirajuddin ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail Negeri: Perlis Tempoh: 13 Dis 2001 - 12 Dis 2006 | |
YANG DI-PERTUAN AGONG KESEBELAS | |
Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj Negeri: Selangor Tempoh: 26 April 1999 - 21 November 2001 | |
YANG DI-PERTUAN AGONG KESEPULUH | |
Al-Marhum Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman Negeri: Negeri Sembilan Tempoh: 26 April 1994 - 25 April 1999 | |
YANG DI-PERTUAN AGONG KESEMBILAN | |
Tuanku Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah Negeri: Perak Tempoh: 26 April 1989 - 25 April 1994 | |
YANG DI-PERTUAN AGONG KELAPAN | |
Al-Marhum Tuanku Sultan Iskandar ibni Al-Marhum Sultan Ismail Negeri: Johor Tempoh: 26 April 1984 - 26 April 1989 | |
YANG DI-PERTUAN AGONG KETUJUH | |
Tuanku Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'Ayatuddin Al-Mu'adzam Shah Negeri: Pahang Tempoh: 26 April 1979 - 25 April 1984 | |
YANG DI-PERTUAN AGONG KEENAM | |
Al-Marhum Tuanku Yahya Petra ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim Negeri: Kelantan Tempoh: 21 September 1975 - 30 Mac 1979 | |
YANG DI-PERTUAN AGONG KELIMA | |
Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah Negeri: Kedah Tempoh: 21 September 1970 - 20 September 1975 | |
YANG DI-PERTUAN AGONG KEEMPAT | |
Al-Marhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni Al-Marhum Sultan Zainal Abidin Negeri: Terengganu Tempoh: 21 September 1965 - 20 September 1970 | |
YANG DI-PERTUAN AGONG KETIGA | |
Al-Marhum Tuanku Syed Putra ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail Negeri: Perlis Tempoh: 21 September 1960 - 20 September 1965 | |
YANG DI-PERTUAN AGONG KEDUA | |
Al-Marhum Tuanku Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Al-Marhum Sultan Alaiddin Sulaiman Shah Negeri: Selangor Tempoh: 14 April 1960 -1 September 1960 | |
YANG DI-PERTUAN AGONG PERTAMA | |
Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad Negeri: Negeri Sembilan Tempoh: 3 Ogos 1957 - 1 April 1960 |
No comments:
Post a Comment