SHAH ALAM – Umno menyatakan persetujuan untuk bergabung dengan Pas selepas Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencadangkan untuk bersama menghalang penerbitan video Innocence of Muslims.
Ketua Penerangannya, Datuk Ahmad Maslan berkata, cadangan itu sangat baik dalam usaha menentang musuh Islam supaya tidak terus memburuk-burukkan Nabi Muhammad SAW.
Beliau berkata, penerbitan video yang menghina Islam dan Rasulullah SAW itu menimbulkan kemarahan umat Islam dari seluruh dunia sehingga berlaku pembunuhan ke atas Duta Amerika Syarikat di Libya.
“Insiden tersebut amat dikesali dan saya ingin menasihatkan masyarakat supaya melakukan perhimpunan tanpa melibatkan keganasan.
“Cadangan Abdul Hadi disambut baik dan perlu dibincangkan pada peringkat atas supaya bersama-sama menolak penerbitan itu atas dasar Islam,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, isi kandungan filem itu sengaja diputar-belitkan supaya umat Islam dilabelkan sebagai pengganas dan tidak bermoral di mata dunia.
Ahmad berkata, umat Islam harus bergabung tanpa mengira fahaman atau bangsa demi menyelamatkan maruah Islam.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya berkata, beliau menyokong cadangan itu dengan sepenuhnya.
Katanya, gabungan seperti itu bukan sahaja perlu membabitkan Umno dan Pas, bahkan sepatutnya melibatkan umat Islam keseluruhannya.
Beliau berkata, semua pihak perlu bertanggungjawab membersihkan segala tuduhan dan penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW dan memberhentikan tindakan mempersendakan Islam.
“Saya juga ingin mencadangkan ahli agama bersatu menjawab semua fitnah itu secara ilmiah dalam beberapa bahasa menjelaskan perkara ini.
“Setelah video ini tersebar Youtube, masyarakat mulai mencari bukti dan jawapan sebenar mengenai isu tersebut,” katanya.
Fathul Bari berkata, pendekatan itu harus menjawab balik fitnah mereka yang anti Islam mengenai pengisian video tersebut tidak berasas dan benar.
Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengecam penayangan filem Innocence of Muslims yang menghina Nabi Muhammad SAW dan mengarahkan pihak berkuasa tidak membenarkan penayangan filem itu di negara ini.
“Bagi kita orang Islam, kita tidak boleh terima (filem menghina Nabi Muhammad SAW). Ia satu kesalahan besar. Kita tidak boleh mengizinkan sama ada dalam bentuk filem, perkataan dan apa saja yang menghina Nabi, sesuatu yang kita tolak,” katanya semalam.
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, pengeluaran filem itu adalah “satu perbuatan jahat yang tidak menghormati agama.”
Muhyiddin mengulas demikian selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kota Bharu dan menghadiri majlis Pemimpin Bersama Rakyat serta sambutan mesra Aidilfitri, di Kota Bharu.
“Saya sendiri secara peribadi, sepatutnya kita ban (filem ini), jangan kita benarkan perbuatan menghina Nabi Muhammad SAW ini,” katanya.
“Mungkin ada tujuan tertentu yang dilakukan supaya ada pertembungan antara agama, ada pergaduhan, sesuatu yang boleh bawa kesan besar kepada masyarakat dunia,” katanya.
Di MARANG, Hadi berkata, umat Islam di Malaysia tanpa mengira latar belakang atau fahaman politik perlu bersatu mengecam pembikinan serta penyebaran filem menghina keperibadian Nabi Muhammad SAW itu.
“Saya percaya umat Islam tidak kira siapa atau di mana saja mempunyai ‘roh’ Islam yang memberi kita semangat untuk bersama berjuang mempertahankan Islam daripada puak-puak yang tidak bertanggungjawab ini.
“Namun saya ingatkan dalam kita bertindak balas mempertahankan Islam, jangan kita terlajak. Jangan ada sesiapa yang tidak bersalah jadi mangsa atau sampai kita menghina agama orang lain,” katanya kepada media selepas menghadiri perhimpunan membantah filem itu yang dihadiri lebih 500 orang berlangsung selepas solat Jumaat di pekarangan Masjid Rusila.
Abdul Hadi meminta kerajaan pusat bertindak tegas dan tidak berkompromi terhadap perkara tersebut.

No comments:
Post a Comment