Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Friday, 28 September 2012

~BELANJAWAN 2013 (BAJET 2013)~


28 SEPTEMBER 2012 | Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Bajet 2013 akan dibentangkan di Parlimen sebentar lagi.

Pembentangan Bajet 2013 oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kewangan dijangka menyaksikan penerusan dasar afirmatif yang beliau telah perkenalkan sejak tiga tahun lepas untuk terus meningkatkan kualiti kehidupan rakyat Malaysia dan akan diadakan seperti berikut:

TARIKH: 28 September 2012

MASA: 4.00 ptg

TEMPAT: Parlimen Malaysia


Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, Belanjawan 2013 akan memberi tumpuan terhadap pertumbuhan seimbang dan berkualiti selain kebajikan rakyat. 

Perbelanjaan kerajaan persekutuan pada 2012 dianggarkan bernilai RM229 bilion dan ini bermakna yang perbelanjaan tahun depan akan tinggi sedikit bagi menampung pelbagai program menyeluruh yang bertujuan mengukuhkan kesejahteraan rakyat dalam beberapa bidang.

Ini termasuklah rumah mampu milik, pengangkutan awam yang lebih baik, keselamatan awam, kemudahan pendidikan dan latihan, peluang perniagaan dan pelaburan yang lebih meluas.

Dalam perundingan Belanjawan 2013, kerajaan menerima 84 memorandum. Cadangan itu akan ditimbangkan sebagai input untuk Belanjawan 2013 yang bakal dibentangkan nanti.

Belanjawan 2013 ini dijangka akan menangani kebimbangan para pembayar cukai kelas pertengahan bandar, yang pendapatan bulan antara RM5,000 dan RM10,000.


dipetik dr laman web http://pengundisetiasungairapat.blogspot.com/2012/09/28juta-rakyat-malaysia-akan-menumpukan.html

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...