Ustaz Kazim Elias merupakan antara penceramah agama yang seringkali mendapat audiens yang ramai sungguhpun dia tidak menjanjikan bulan bintang mahupun janji-janji politik yang maha hebat sepertimana yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim.
Dan walaupun Kazim Elias merupakan orang PAS, tetapi banyak ceramah dan kelas agamanya, Kazim tidak seperti penceramah PAS yang tidak dapat membezakan antara politik Islam dengan politik Zionis sehingga main pukul rata bahawa politik dan Islam tidak boleh dipisahkan.
Kebelakangan ini, para propaganda Pakatan Rakyat sehinggakan blogger-blogger PAS yang tidak tahu menahu pun, turut memanjangkan sembang bohong musuh-musuh Islam yang dibiayai oleh Zionis, kononnya Mahathir menentang hukum hudud dan Islam.
Itu kempen yang sedang diperhebatkan oleh konco-konco Zionis yang mahu memecahbelahkan umat Islam dan berusaha untuk melaga-lagakan kepimpinan yang dilihat mampu menggagalkan usaha Zionis menjajah dan menjarah negara ini.
Dan berikut adalah penjelasan yang diberikan oleh Kazim Elias berhubung pertemuannya dengan Tun Dr. Mahathir Mohammad berhubung hukum hudud dan Islam yang kononnya ditentang dan dimusuhi oleh bekas Perdana Menteri itu.
Anda saksikanlah sendiri.... di laman web ini
No comments:
Post a Comment