Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Tuesday, 16 October 2012

cerai dan jenis talak

TALAK dari segi bahasa bererti melepaskan ikatan sesebuah perkahwinan. Manakala dari segi istilah pula ialah melepaskan ikatan perkahwinan dengan menggunakan lafaz cerai, talak dan seumpamanya oleh suami kepada isteri.



ALLAH SWT telah berfi rman mengenai talak dalam Surah Al-Baqarah ayat 229 yang bermaksud,“Talak yang boleh dirujuk kembali itu hanya dua kali. Sesudah itu bolehlah ia rujuk dan memegang terus isterinya itu dengan cara yang sepatutnya atau melepaskannya iaitu menceraikannya dengan cara yang baik.”

Secara umumnya, terdapat empat cara perceraian di dalam Islam. Jenis yang pertama ialah cerai secara taklik. Perceraian melalui lafaz taklik adalah perceraian secara bersyarat di mana terdapatnya lafaz oleh suami terhadap isteri yang melarang atau menegah isteri tersebut daripada melakukan sesuatu. Talak boleh jatuh jika isteri melanggar syarat seperti yang terkandung di dalam lafaz taklik tersebut.

Jenis yang kedua adalah talak khuluk atau dikenali juga sebagai tebus talak. Secara ringkasnya, khuluk ialah perceraian di antara pihak suami dan isteri dengan tebusan atau balasan daripada pihak isteri.

Seterusnya, perceraian secara lian. Lian ini boleh dibahagikan kepada dua keadaan. Keadaan yang pertama iaitu, sumpah seorang suami apabila mana dia menuduh isterinya berzina tanpa mengemukakan sebarang saksi. Keadaan kedua ialah apabila seorang suami menafi kan kandungan isteri bukan daripada benihnya dan si isteri pula menafi kan tuduhan suaminya tersebut.

Jenis perceraian yang terakhir ialah fasakh. Fasakh adalah pembubaran perkahwinan disebabkan sesuatu hal keadaan yang diharuskan oleh hukum syarak dengan kuasa hakim.

Firman ALLAH SWT yang bermaksud: "Wahai Nabi! Apabila kamu (engkau dan umat mu) hendak menceraikan isteri-isteri (kamu), maka ceraikanlah pada masa mereka dapat memulakan idahnya dan hitunglah akan masa idah itu (dengan betul) serta bertakwalah kepada ALLAH, TUHAN kamu. Janganlah kamu mengeluarkan mereka dari rumah-rumah tempat kediamannya (sehingga selesai idahnya) dan janganlah pula (dibenarkan) mereka keluar dari situ), kecuali (jika) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan itulah aturan-aturan hukum ALLAH (maka janganlah kamu melanggarnya) dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum ALLAH, maka sesungguhnya dia telah berlaku zalim kepada dirinya. (Patuhilah hukum-hukum itu kerana) engkau tidak mengetahui boleh jadi ALLAH akan mengadakan, sesudah itu, sesuatu perkara (yang lain)." (Surah At-Talaaq : 1)

Ingin cerai tapi suami mahu tebus talak

Baru-baru ini, saya telah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah di tempat saya. Namun begitu, suami tidak bersetuju. Apa yang memeranjatkan, dia menyatakan bahawa jika saya membayar kepadanya RM10,000 dia bersetuju menceraikan saya. Saya amat keliru dengan permintaannya sedangkan saya memohon cerai ada bersebab dan dia tahu saya tidak mampu membayar sebanyak itu.

Jawapan: Menurut Abdul Rahman Al-Jazairi dalam Kitab Fiqah Mazhab Arbai’ah Jilid 4, tebus talak disebut juga sebagai khuluk. Khuluk dari segi bahasa membawa erti cabut atau buang, manakala pada uruf bermaksud menghilangkan hubungan perkahwinan. Ini adalah defi nisi secara umumnya, namun setiap ulama mentakrifkan khuluk secara berbeza.

Bagi Mazhab Hanafi , khuluk ialah menghilangkan milik nikah yang memerlukan penerimaan isteri dengan lafaz khuluk atau yang sama makna dengannya. Khuluk hanya akan berlaku dengan adanya penerimaan seseorang isteri, yang mana pihak isteri perlu menyediakan gantian, balasan atau tebusan kepada suami.

Ini selari dengan takrifan khuluk iaitu menjatuhkan talak dengan syarat bayaran harta. Selain itu, perlu diingat bahawa jika seorang isteri meminta dikhulukkan, maka gugurlah hak isteri tersebut. Ini termasuk mahar yang sepatutnya menjadi kewajipan suami untuk dibayar kepada isteri.

Mazhab Maliki membahagikan khuluk kepada dua jenis. Jenis pertama ialah talak dengan gantian atau tebusan dan jenis kedua ialah talak dengan lafaz khuluk. Jenis pertama adalah khuluk yang perlu ada gantian atau tebusan daripada pihak isteri.

Bagi jenis talak yang kedua, iaitu talak dengan melafazkan talak khuluk tanpa apa-apa tebusan atau juga disebut talak ba’in. Talak jenis ini boleh terjadi apabila ada bayaran daripada pihak isteri mahupun orang lain bagi suami menceraikannya ataupun isteri tersebut menggugurkan haknya terhadap suami.

Manakala bagi Mazhab Syafie pula, khuluk ialah perceraian antara pasangan suami isteri dengan bayaran atau tebusan dan menggunakan sama ada lafaz talak ataupun lafaz khuluk.

Mazhab Hanbali memberi definisi khuluk sebagai perceraian antara pihak suami dan isteri dengan tebusan atau balasan sama ada daripada pihak isteri mahupun orang lain dengan menggunakan lafaz tertentu.

Bagi Mazhab Maliki, sesuatu khuluk tanpa gantian atau tebusan adalah sah, namun Mazhab Hanbali berpendapat gantian atau tebusan penceraian tersebut adalah antara rukun khuluk. Oleh itu, tidak sah seorang suami mengkhulukkan isterinya tanpa apa-apa bentuk gantian atau tebusan sebagai balasan.

Menurut Seksyen 49 (1) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Islam 2003, perceraian secara khuluk atau tebus talak adalah dibenarkan. Ia berlaku apabila suami tidak bersetuju menjatuhkan talak dengan kerelaannya sendiri, tetapi pihak bersetuju bercerai dengan cara penebusan yang mana ia dikenali sebagai tebus talak. Perceraian sebagai tebus talak ini perceraian yang dikira sebagai ba’in sughra iaitu tidak boleh rujuk, tetapi perlu nikah semula sekiranya ingin terus hidup bersama.

Seksyen 49 (3) Enakmen sama memperuntuk, jika jumlah bayaran tebus talak tidak disetujui pihak itu, mahkamah boleh mentaksirkan jumlah itu mengikut hukum syarak dengan memberi pertimbangan kepada taraf dan sumber kewangan pihak itu. Di dalam kes ini, sekiranya puan tidak bersetuju membayar suami sebanyak RM10,000, puan boleh memohon kepada mahkamah untuk mentaksirkan jumlah bayaran perlu dibayar kepada suami mengikut
kemampuan. Puan boleh kemukakan penyata gaji puan dan segala tanggungan perlu dijelaskan misalnya, bayaran sewa rumah, bil air, bil elektrik dan sebagainya.

Namun begitu, jika puan tidak bersetuju membayar suami sebarang jumlah bagi tujuan tujuan perceraian, puan boleh mohon kepada mahkamah untuk pinda permohonan puan kepada perceraian jenis lain seperti fasakh ataupun taklik, bergantung dengan alasan perceraian diharuskan syarak.

Ganti rugi setelah bercerai

Saya telah berkahwin selama 24 tahun dan mempunyai enam cahaya mata. Namun, baru-baru ini saya diceraikan kerana kehadiran orang ketiga yang membawa kepada hasratnya untuk berkahwin lagi. Saya berasa terhina kerana dibuang begitu sahaja sedangkan saya telah menjaga keperluan suami dan anak-anak sehingga sanggup berhenti kerja dan menjadi suri rumah. Apakah saya boleh menuntut ganti rugi sebagai hak selepas bercerai?

Jawapan: Perkahwinan adalah percantuman antara lelaki dan perempuan bagi menghalalkan perhubungan jenis antara keduanya. Perkahwinan itu wujud berasaskan kasih sayang dan cinta mencintai. Perkahwinan itu tuntutan daripada ALLAH SWT sebagaimana firman-NYA yang bermaksud: “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-NYA, DIA mencipta untukmu isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, agar kamu cenderung dan berasa tenteram kepadanya dan dijadikan di antara kamu rasa kasih sayang dan bertimbang rasa.” (Surah Al-Rum : 11)

Kita sebagai manusia tidak mampu melawan takdir sekiranya ALLAH menghendaki perceraian berlaku antara kita dan pasangan.

Apabila berlaku perceraian, maka terungkailah akad pernikahan yang menghubungkan suami dan isteri. Perceraian dibenarkan oleh syarak berdasarkan fi rman ALLAH. “Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (daripada berkahwin) selama tiga kali suci (daripada haid)...” (Surah Al- Baqarah : 228)

Ganti rugi yang puan minta untuk menggantikan segala usaha dan pengorbanan sebagai isteri dalam menguruskan kehidupan suami dan anak-anak sepanjang perkahwinan boleh dituntut melalui tuntutan mutaah.

Maksud mutaah:

• Bayaran sagu hati atau hadiah oleh suami kepada isteri jika suami menceraikan isteri tanpa sebab yang patut atau munasabah.

• Bayaran yang ditetapkan oleh ALLAH berdasarkan fi rman-NYA dalam surah al-Ahzab ayat 49 yang bermaksud, “Wahai orang yang beriman, apabila kamu berkahwin dengan perempuan yang beriman, kemudian kamu menceraikan mereka sebelum menyentuhnya, maka tiadalah kamu berhak terhadap mereka mengenai idah yang kamu boleh hitungkan masanya. Oleh itu, berilah mutaah (pemberian sagu hati) kepada mereka dan lepaskan mereka dengan cara sebaik-baiknya.” 

• Berdasarkan pendapat Imam Syafie, bayaran mutaah wajib diberikan oleh suami kepada isteri yang bercerai hidup sama ada dengan talak atau seumpama talak dengan syarat-syarat tertentu.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...