Kristianisasi ke atas orang Melayu tidak akan mendapat sokongan sekiranya ibu bapa tahu peranan mereka ke atas anak-anak mereka. Teman sendiri bersekolah di sekolah-sekolah berpengaruh mubaligh La Salle selama 9 tahun dan sejak berusia 10 tahun lagi, teman telah terbaca ayat-ayat seperti 'Yesus Kristus, Ruhul Kudus, Allah Tuhan Bapa' pada lagu-lagu Kristian berbahasa Melayu yang dicetak berbelas-belas tahun sebelum itu. Terbaca.
Tetapi, bagaimanakah misi Kristianisasi umat Melayu pada ketika itu tidak mendapat sambutan seperti hari ini? Di Sekolah Rendah La Salle Canning Garden Ipoh misalnya, pengamatan teman dari tahun 1985 hingga tahun 1990 , pada perhimpunan pagi Isnin, Cikgu Anthony akan membaca doa mengikut upacara Kristian dan murid-murid akan ikut sama mengulangi lafaz-lafaz Cikgu Anthony yang menggenggam dua tangan ke dada dengan bacaan " Oh God, I thank You, for my life, you give me today, bla bla bla bla.. Amen". Kami tidak menggenggam dua tangan ke dada kerana mengetahui itu adalah perbuatan orang Kristian. Tiada paksaan untuk itu.
Minggu berikutnya, satu-satunya guru agama Islam, Puan Hawa Asiah, akan mengetuai bacaan doa dengan menadah tangan dan doanya lebih kurang begini " Ya Allah, berilah keberkatan Mu kepada kami, bagi memudahkan kami, bla bla bla bla bla.. Amin". Saat kami menadah tangan bersama Puan Hawa, ramai juga murid bukan Islam yang tidak menadah tangan, mengetahui itu adalah upacara Islam.
Ya, oleh kerana semuanya adalah kanak-kanak 12 tahun dan ke bawah, doa-doa ini dilafaz dan diikut oleh murid-murid tanpa sedikitpun ada rasa percanggahan. Jika itu berlaku hari ini, pasti akan menjadi isu besar.
Tetapi, di rumah, teman dikisahkan oleh ustaz dan ustazah sekolah agama rakyat, juga emak teman tentang nabi-nabi. Teman juga suka membaca kisah-kisah nabi di perpustakaan. Dengan mengenal nabi-nabi terdahulu sahajalah, kita akan dapat memahami pegangan kita sendiri. Kata tok guru teman, kita akan lebih sayangkan Islam selepas kita kenal apa itu Kristian dan Yahudi!
Hasilnya, hari ini, jika ada yang mengajak teman masuk Kristian dengan alasan itu sahaja jalan yang terbaik untuk diselamatkan di akhir zaman, pasti teman menyebut, Nabi Isa akan datang untuk memberitahu bahawa dia tidak mencipta apa-apa agama! Kerana dia hanyalah salah satu nabi untuk umat Yahudi pada masa lalu.
Jika hendak diselamatkan, pastilah Nabi Isa akan menyelamatkan pemikiran mereka para penganut agama yang tak pernah wujud yang kekhilafan tentang status Nabi Isa itu sendiri, dan memperbetulkannya!
Pastilah teman akan mengatakan bahawa, ketahuilah, hanya di dalam al-Quran sahaja Allah menyebut tentang agama yang telah siap iaitu Islam. Kristian sebagai agama tidak disebut di dalam Injil dan Yahudi sebagai agama tidak disebut dalam Zabur dan Taurat. Malah dunia mengetahui, Yahudi itu bukanlah agama. Mereka sekadar disebut ahli Kitab.
Terlalu mudah untuk melawan para pendakyah Kristian ini sekiranya pengetahuan agama dilombong secukupnya kerana kebenaran anutan Islam ini terlalu jelas.
Malangnya, sesetengah ibu bapa, saat ditanya oleh anak-anak mereka mengenai agama lain, maka akan diherdik pula anak itu dengan "jangan dok tanya pasal agama kafir lah". Mungkin sang ibu bapa sendiri yang tak berapa berilmu.
Sesetengah orang Islam pula akan menghina orang Islam lain yang menjengah kitab-kitab Injil palsu hari ini dan apabila Psalm (Zabur) dan Torah (Taurat) dibelek, disindir-sindir pula.
Memang kita perlu membaca dan memahami Al-Quran kerana ia adalah kitab penutup yang melengkapi semua kitab-kitab yang wajib kita ketahui yang telah diturunkan dalam tempoh 2,000 tahun antara zaman Nabi Musa hingga ke Nabi Muhammad.
Tetapi, umat Islam yang kuat ialah umat Islam yang mendaulatkan al-Quran dengan menyebarkan kepada para penganut Islam lain tentang sudut-sudut pemalsuan yang telah dibuat oleh pengikut-pengikut Nabi Isa ketika mereka berusaha menubuhkan fahaman Kristian.
No comments:
Post a Comment